Saturday, January 29, 2011

3 HARI 2 MALAM DI SIBU, SARAWAK.



Gambar 1: Pintu gerbang ni berbeza sikit. Dia duduk tepi jalan.


Gambar 2 : Saya menginap di hotel ini yang membelakangi sungai Rajang, sungai yang terpanjang sekali di Malaysia.  RH= Rimbunan Hijau.


Gambar 3: Minum petang dengan kuih Selorot yang dibungkus dengan daun pisang. Nyaman gilak. Tak cukup selorot. Saya makan tiga  empat lorot. Nyaman gilak tu maknanya sedap sungguh. Gilak tu  maksudnya sama dengan giler yang selalu orang muda kita gunakan di Semenanjung. Saya rasa perkataan giler tu berasal dari perkataan gilak yang digunakan oleh orang  Sarawak. (Sila betulkan saya, kalau saya terkhilaf)
Masa saya bekerja di Sarawak pada tahun 1981 lagi perkataan itu telah saya ketahui dan gunakan. 


Gambar 4: Makan malam dengan buah Dabai.  Mahal gilak buah tu .. RM20 sekilo.  Saya pernah cerita buah Dabai di sini semasa kunjungan saya ke Kuching sedikit masa lalu. Akhirnya saya dapat juga merasa. 
Kawan sebelah saya tu tak tahan silau lampu kamera !

Gambar 5: Makan malam dengan lauk tradisional Sarawak. Antaranya ayam pasok, ikan lumek, umey dan sayur midin. Ikan lumek tu adalah ikan salai. Nyaman gilak !


Gambar 6: Sarapan pagi di hotel yang senibinanya moden dan banyak ruang  lapang dan  juga bebas dari gangguan hantu.



Gambar  7: Patung unggas apa entah namanya di belakang hotel. Di dalam bangunan yang nampak tu, ada kompleks membeli belah  dan ia bersambung melalui jejambat ke hotel RH.


Gambar 8: Ternampak sebuah bot ekspres memudiki Sungai Rajang. Bangunan yang tersergam itu adalah Bangunan Lembaga Pelabuhan Rajang. Kalau kita di Semenanjung, istilah ekspres digunakan biasanya untuk bas ekspres tapi berbeza di sini ia digunakan untuk bot membawa penumpang di sungai atau laut.




Gambar 9: Minuman rehat pagi .. Laksa Sarawak dan kuih selorot lagi. Tapi kuih selorot ini dibungkus dengan daun nipah.


Gambar 10: Mengabadikan kenangan dengan pegawai yang mengiringi kita meronda-ronda  di pekan Sibu yang bersih serta lalulintasnya penuh tertib.


Nota kaki:  Maaf Ustaz Abd Razak kerana berkunjung ke daerah tuan tanpa izin dan balik tanpa pamitan.

36 comments:

  1. Salam Tuan,

    Amboi!!! Seronok gilak ye tuan berpersiaran. Makanan sampai licin. Benarlah tu sedap gilak.. Hehehe.....

    ReplyDelete
  2. KAKZAKIE

    MEMANG NYAMAN GILAK .. BADAN SAYA PUN JADI BERAT GILAK ! HEHE.

    ReplyDelete
  3. memang best nampak suasana tu ....
    hidangan yg licin tu, tanda makanan pun best..

    ReplyDelete
  4. sibu bandar lamak.kamek org sarawak baruk 2 kali pergi sibu time kerja kat sarawak dulu. dah ada hotel baru ye.RH.Dulu lea pergi dok dekat PREMIER HOTEL je.dabai dah da ye tn.haji? dabai ikut musim gak. boleh mintak mak kirimkan nanti.celur sekejap cicah kuah rojak.dabai masin ada kat stok kat rumah. adui...nyamannya kuih celorot. lamak dah x mkn kuih tu. sini takda.nak buat tak reti.ikan lumek pun jarang jumpa kat sini tn.haji.sekali jumpa kat pasar borong beli 2 kg terus.buat sup n cucur. sedap. yg bestnya suami pun suka mkn dabai n ikan lumek.

    ReplyDelete
  5. teringin nak makan kuih celorot tu..

    ReplyDelete
  6. kenapa gambar 2 tu dipanggil minuman, tak macam air ja.
    nampak macam agar2 ja..hehe!

    new blog update:
    Oh Speed Trap!

    ReplyDelete
  7. Salam Pak Ngah..

    Kacak (bahasa sarawak) sungguh kuih selorot itu....

    ReplyDelete
  8. Patutlah pergi dan kembali senyap2, ya? Takut ada yang mengirim buah dabai rupanya... Saya juga dah sampai ke bandar ini tahun lalu. :)

    ReplyDelete
  9. Bestnya pergi Sarawak..nak ikut boleh?

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  11. salam...tak sampai lagi ke sini...takat Kuching aje...macam2 makanan ade...nak cuba2 tak termakan pulak! kalau pucuk midin tu okey la...lain2 tak okey!

    ReplyDelete
  12. salam uncle...seronoknya dpt melancong ke sana.makanannya semua nyaman gilak ye uncle?ermm bila lah dpt ke sana menikmati kuih selorot

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum bang haji..

    Nang nyaman buah dabai ya bang haji, tapi saya baru pandai makannya lately jer..:)

    ReplyDelete
  14. buah dabai gue x pernah mkn, tp org kata buah tu masin2 lemak..

    kenak sik madah kamek datang kuching?

    ReplyDelete
  15. boleh la tu...belajar bhs srwk...
    3 hari ia mustahil, x pun dpt juga sikit2.. nyaman gilak ha ha lucu

    ReplyDelete
  16. salam...wah seronoknya pergi Sarawak....

    ReplyDelete
  17. URY

    MEMANG BILA KE TEMPAT ORANG, SEGALA MAKANAN INGIN DI CUBA .. AKIBATNYA PERUT YANG MERANA .. HEHE

    ReplyDelete
  18. MONALEA

    OH LEA ORANG SARAWAK RUPANYA. IKAN LUMEK MEMANG TAK PERNAH JUMPA KAT SEMENANJUNG. HARI ITU SAYA MAKAN GORENG BERLADA. BALIK RUMAH PUN SAYA SURUH ISTERI MASAK MACAM TU. MASAK CARA LAIN TAK TAHU.

    KUIH TU EJAANNYA CELOROT ATAU SELOROT ?

    ReplyDelete
  19. ANIF

    TANG MANA YANG SERONOK GILAK TU ?

    ReplyDelete
  20. GADISBUNGA

    AMBO TAK FAHE MU GHOYAK GAPO !

    ReplyDelete
  21. IKAN EMAS

    SAYA TAK PERNAH JUMPA KAT SEREMBAN NI ! MUNGKIN KENA BELAJAR BUAT DAN BERNIAGA KAT PASAR TANI YANG BARU BUKA KAT LAVENDER HEIGHTS.

    ReplyDelete
  22. ARERIPE

    BIASALAH KITA CAKAP MINUM PETANG TAPI MESTI ADA KUEH. MACAM AJAK ORANG MAKAN NASI JUGA .. TENTULAH ADA LAUK.

    ReplyDelete
  23. NIDA

    SALAM KEMBALI.

    INGATKAN AWAK NAK CAKAP PENULIS ENTRI NI YANG KACAK. HEHE

    ReplyDelete
  24. KAKCIK

    ALAH PERGI SIBU JER .. BUKAN PERGI MONGGOLIA !

    ReplyDelete
  25. SONATA

    SALAM KEMBALI.


    SAYA SUKA CUBA, TAPI KENA DAPAT NASIHAT DULU DARI KAWAN DI SANA SEBELUM MAKAN.

    ReplyDelete
  26. LYDIA MIZA


    UNTUK MELANCONG SEBENARNYA TAK ADA APA SANGAT KAT PEKAN SIBU.. KECUALI KITA AMBIL EKSPRES DAN PERGI TINGGAL BERMALAM DI RUMAH PANJANG .. BARU SERONOK.

    ReplyDelete
  27. UST ABD RAZAK

    WAALAIKUMSALAM

    SAYA BARU PERTAMA KALI CUBA .. AGAKNYA SELEPAS MAKAN BEBERAPA KALI NANTI BARU SEDAP .. KATA ORANG "ACQUIRED TASTE"

    ReplyDelete
  28. IZZAFEY 1 & 2

    SAYA TAK SINGGAN KUCHING .. DIRECT DARI KL KE SIBU PERGI BALIK.

    SAYA PERNAH BEKERJA DI PEJABAT SUPS DI KUCHING PADA TAHUN 1980 - 81 DULU.

    ReplyDelete
  29. HONEYBUNNY

    TAK SERONOK .. SEBAB MELETIHKAN.

    ReplyDelete
  30. ikan lumek saya selalu buat sup letak halia sikit.suami pulak suka buat mcm cekodok tu.ikan tu potong 2 je.letak bawang , cili n daun bawang sikit. dekat teluk intan ada jumpa 2 kali ikan ni.dekat pasar borong selangor jumpa sekali. kuih celorot betulnya.

    ReplyDelete
  31. pertama kali dgr dan tgk kuih selorot tu.

    rasanya sama tak dgn rasa ikan terubuk masin yg tak masin??

    :P

    ReplyDelete
  32. MONALEA

    TERIMA KASIH KERANA BERI INFO ITU. SAYA PERCAYA CEKODOK TU MESTI DI BUBUH TEPUNG KAN !

    ReplyDelete
  33. KTS

    JAUH SEKALI BEZA RASANYA. KUIH SELOROT RASANYA MACAM KUIH SELOROT MANAKALA IKAN TERUBUK YANG TAK MASIN, SEBIJI MACAM RASA IKAN TERUBUK.

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.