Monday, January 30, 2012

SONYUM SOKOJAP 38: BUAT SENDIRI

.

 Gambar hiasan hasil carian Google.


Hari Jumaat lepas, saya pergi ke Plaza Ampangan, memperbaharui insuran kereta Makngahnya. Setelah hampir selesai, petugas kaunter tanya saya:

Petugas kaunter: Road tax kereta ni Pakcik nak buat sendiri atau nak kita orang buatkan ?

Saya: Boleh ke buat sendiri?

Petugas kaunter: Apesal pulak tak boleh ?

Saya:  Manalah tahu entah-entah  JPJ tak terima road tax buatan sendiri ?

Petugas kaunter: Terdiam sebentar dan sambil menarik nafas panjang, cuba menjelaskan .. "maksud saya ... "

Saya: Pakcik faham (saya memintas sebelum dia sempat menghabiskan ayat) .. Pakcik gurau je !

Petugas Kaunter:  Sambil ketawa dia membalas. "Salah saya Pakcik sebab cakap tak 'clear' dan menyambung ketawanya.



Nota kaki: Entri ini adalah kembar kepada entri ini  yang telah mendapat tempat pertama dari 6.5 juta results dalam carian Google. Walaupun sedikit teruja berada di tangga pertama, tapi hati kecil saya tidak percaya kerana bila saya guna Yahoo untuk mencari, tak ada pulak entri tu keluar. Mungkin Google sengaja nak menyedapkan hati saya kot.




17 comments:

  1. Tuan ni kreatif. Baca N3 ini pun kakak senyum juga.:)

    ReplyDelete
  2. kerkedu mereka kejap kot dgr uncle ckp camtu..hehe


    wahh uncle suka check skrg ye..saya tak pandai nak check keyword saya

    ReplyDelete
  3. kalu leh buat sendiri senang kan uncle..hehee

    =}

    ReplyDelete
  4. HEHE.. BOLEH TAHAN JUGA KELAKAUNYA.. ;)

    ReplyDelete
  5. hahaha!!! mesti ceria budak kaunter tu sepanjang hari!

    *

    ReplyDelete
  6. cuba uncle buat lawak macam ni kat kaunter si Bujal..:)

    ReplyDelete
  7. hahaha.. senang lah kalau boleh buat sendiri, tak perlu pergi ke kaunter JPJ. tulis sendiri kat cermin kereta tarikh expired road tax yg kita nak. :P

    ReplyDelete
  8. hahaha.. senang lah kalau boleh buat sendiri, tak perlu pergi ke kaunter JPJ. tulis sendiri kat cermin kereta tarikh expired road tax yg kita nak. :P

    ReplyDelete
  9. Hmm...selambalah tu . boleh tahan plk.. tak ketawa dulu. klu saya, saya yg ketawa dulu, sbb tu tak bleh buat lawak.

    ReplyDelete
  10. kalau sy pastinya biru dah muka tahan malu........

    ReplyDelete
  11. Nape eh pakngah..kalau kat kaunter kerajaan, yang kerani perempuan layan kita yang perempuan ni ala kadar je, tapi kalau yang datang tanya orang laki, wah kemain laju lagi haa diorang bagi layanan...ini tidak adil tidak adilx (nyani ikut rentak lagu yuna tu)

    ReplyDelete
  12. Salam Tuan Haji..

    semoga sihat selalu

    ReplyDelete
  13. sbb tuh entri2 tuah=n saya suka sbb unik=)

    ReplyDelete
  14. TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG SUDI MEMBERI KOMEN. SAYA NAK BALAS KOMEN DARI ..

    LYDIA MIZA.

    TEKAN JER KAT GOOGLE TAJUK N3 AWAK.

    ASADA RYUTARO

    KALAU BOLEH SAYA NAK ROAD TAX SAYA EXPIRED PADA ABAD AKAN DATANG.

    SKY IS BLUE

    TERUSKANLAH MENGJAR SAMPAI BERSARA.

    LAYLIE MDNOOR

    KIRA ADILLAH TU .. KALAU YANG JAGA KAUNTER TU LELAKI, DIA PUN LAYAN PAKNGAH ALA KADAR JER.

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.