Thursday, June 21, 2012

SAYA BELI KAMERA ( KOS RENDAH ) YANG BARU.


Kamera yang baru saya beli sedang berposing di depan kamera henfon saya !

Apa yang bagusnya kamera ini ialah ia ada skrin kedua kat depan. Tak payahlah nak agak-agak bila ambil gambar. Bila saya tengok kamera ini kat kedai, perkara pertama terlintas dalam kepala saya ialah blogger Gedek.  Dia ambil gambarnya sendirian Bhd.  Mungkin pengeluar kamera ini peka akan masalah yang dihadapi oleh orang-orang seperti Gedek semasa mengambil gambar.

Dengan kamera ini, sekali ambil pasti jadi. Saya telah membuktikannya seperti di bawah. Kemudian saya bermain-main dengan Picasa .. lalu terjadilah apa yang telah terjadi. Menyeramkan !


 Saya cadang nak guna gambar tersebut sebagai gambar profil yang baru .. ada siapa kisah ?

Kemajuan teknologi tidak pernah dan tidak akan berhenti. Sebelum ini saya tak pernah terfikir kamera seumpama ini akan tercipta. Dalam Wawasan 2020, salah satu terasnya adalah seperti berikut

    Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, mempunyai daya perubahan tinggi dan memandang ke depan, yang bukan sahaja pengguna teknologi tinggi tetapi juga menyumbangkan kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan.

Tak tahulah saya kita dah ada keluarkan kamera sendiri ke belum masa ini ?

Di samping itu, kita juga  jangan takut untuk bereksperimen atau selesa dengan produk yang ada. Lihat Samsung. Sekarang dia telah berjaya menerajui pengeluaran henfon pintar. Mungkin tidak lama lagi dia akan menjadi pemimpin dalam teknologi kamera pula - mengalahkan Jepun yang selama ini menguasai pasaran dunia. Itu belum bercakap fasal K-Pop lagi !

Saya percaya kita juga boleh memintas atau tidak pun setanding dengan Korea Selatan, dengan syarat kita yakin pada diri sendiri, bahasa sendiri dan budaya sendiri. 


p/s: Satu sen pun saya tak dapat dari pengeluar kamera ini tapi saya ada satu kenangan yang sangat manis di Korea Selatan seperti yang pernah diceritakan di sini !





35 comments:

  1. Boleh tahan canggih juga kamera tu :D

    Lepas ni lebih meriah blog ini dengan gambar-gambar!

    ReplyDelete
    Replies
    1. inilah komen (atau jawapan) yang pertama menggunakan gambar terakhir seperti di atas. jadi ke tak jadi tak tahu lagi ..

      Delete
  2. Classic sungguh gambar yg last tu. Saya pun suka bermain dgn Picasa :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Picasa sekarang makin canggih .. gambar last tu macam lukisan tangan. Kan ?

      Delete
  3. Salam Tuan..
    cantik juga kameranya tu..
    pasti banyak kegunaannya nanti,
    lebih bernilai dari nilai kameranya

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kembali

      boleh tahanlah .. tapi banyak sangat benda nak kena belajar.

      Delete
  4. Boleh la amek gambar ala uncle gedek tiap2 hari :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak bolehlah lawan uncle Gedek .. dia sudah mencipta nama tersendiri.

      Delete
  5. Gambar hasil 'main-main' itu kelihatan garang! :)

    ReplyDelete
  6. amboi. canggihnye kamera uncle. boleh la selalu posing sendirian berhad lepas ni. hihi.

    *

    10 tahun dulu saya mengimpikan satu gadget yg boleh buat call, sms, dgr radio, tgk tv, tangkap gambo, dan buat video - semua dalam satu. tak sangka impian saya dah jadi kenyataan. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuma satu gajet je yang tak ada lagi .. boleh buat pancing !

      Delete
  7. canggihnya kamera..memang nak beli sebijik ni..sebab kamera lama dah rosak..hukhukhuk..

    dah la selalu ambik gambar..cuma tak sehebat uncle gedek la..hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. beli jangan tak beli .. ada wifi lagi .. tapi pakcik tak reti nak guna lagi.

      Delete
    2. harga dia dalam lingkungan berapa pakngah?? ada wifi tu yang tak bole nak dengar tu..hihihi

      Delete
    3. harganya bawah RM700 .. siapa suruh dengar, orang suruh tengok je !

      Delete
    4. baik pakngah,tengok aje yer..

      pakngah..kalau tak keberatan,bole tak bgtahu model apa? sebab eka tengok macam 'best' je.. hehehehe

      Delete
    5. modelnya: DV300F .. dah beli nanti, buatlah satu n3 mengenainya.

      Delete
    6. terima kasih pak ngah.. kalau beli saya buat entry..hehe

      Delete
  8. Guna Samsung, barulah Samseng! haha!

    (cermin depan tu brilliant...!)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak sangka akan ada sorang lagi bakal menjelma sebagai legend self potrait; coming soooonnnnn....

      aiyok la unclegedek!

      Delete
    2. mana boleh lawan gedek .. dia hensem lagi dari uncle.

      Delete
  9. lepas ni banyaklah gambar sendiri keluar

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ada benda nak di cerita .. pasti ada.

      Delete
  10. Ha ha ha..mmg sesuai benar la camera tu dgn tabiat ankel gedek

    P/s: Mari kita lancarkan tabung amanah utk ankel beli camera tuh! Hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha .. tabung amanah .. nanti kecik hati pulak uncle gedek .. macam tak mampu sangat.

      Delete
  11. uncle, macamana nak buat gambar jadi macam tu? boleh buat tutorial ke tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya-Allah .. tapi hari tu, saya buat tutorial, tak ada pun orang ikut.

      Delete
  12. Singgah dan follow dari blog abg gedek.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kerana sudi singgah kali pertama dan follow ..

      Delete
  13. Replies
    1. terima kasih kerana singgah dan menjadi follower yang ke 800. anda ada 4 blog .. saya tak tahu yg mana satu mahu difollow.

      Delete
  14. ada kamera samsung gak, tapi yang tak de skrin depan tu

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.