Thursday, October 4, 2012

MARI KITA MARTABATKAN BAHASA INGGERIS.


Ramai guru tidak cekap berbahasa Inggeris - Akhbar The Star 26/9/2012.

Ini satu kenyataan yang sangat merisaukan saya. Kalaulah ramai guru tidak cekap berbahasa Inggeris, bagaimana murid-murid nak cekap. Satu tindakan bersepadu dan bersungguh-sungguh perlu diambil dengan segera kalau kita tidak mahu negara kita ketinggalan dari segi kemajuan ekonomi dan di pandang rendah oleh dunia.

Kita tidak akan kemana-mana kalau kita tidak boleh menguasai bahasa Inggeris. Kita akan  diperleceh oleh penduduk dari negara-negara maju yang lain. Oleh itu jika kita ingin mencapai status negara maju dan disegani orang, kita mesti memartabatkan Bahasa Inggeris kerana Bahasa Melayu tidak akan membawa kita ke mana-mana hatta di dalam negara Malaysia sendiri.

Kalau anda tidak pandai berbahasa Melayu di negara ini, usah khuatir kerana anda masih boleh  menjadi CEO syarikat ternama di Malaysia. Tapi kalau anda tidak pandai berbahasa Inggeris, jangan mimpilah.

Di Malaysia ini anda masih boleh menjadi seorang menteri kabinet  walaupun bahasa Melayu anda lintang pukang dari sebutan atau nahunya.
Tapi kalau bahasa Inggeris anda lintang pukang, pasti anda akan diketawakan kawan dan lawan.

Begitu juga, kalau kita namakan taman-taman perumahan dalam Bahasa Melayu, maka rumah itu susah nak jual.  Kalau tak percaya mari kita lihat nama-nama taman perumahan dari sebuah syarikat seperti di bawah.

ICON CITY, ICON RESIDENCE, M CITY, SOUTHVILLE CITY, CLOVER GARDEN RESIDENCE, GARDEN PLAZA, KINRARA RESIDENCE, M RESIDENCE @ RAWANG.


Akhbar The Star - 29/9/2012.

Jadinya jika anda dari golongan miskin dan ingin meningkatkan taraf hidup anda, haruslah anda atau anak-anda berusaha untuk menguasai bahasa Inggeris. Kalau tidak, anda akan kekal di takuk lama kerana  orang-orang atasan dan yang kaya raya menghantar anak-anak mereka belajar di luar negeri atau sekurang-kurangnya mengambil guru tuisyen bahasa Inggeris yang terbaik mengajar anak-anak mereka di rumah.

Tetiba saya teringat lagu ini (mesti klik)


35 comments:

  1. cikgu english saya dulu ajar saya dalam bahasa melayu..aduh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya dengar ada juga pegawai kerajaan bercakap Inggeris dalam mesyuarat memartabatkan BM dalam BI.

      Delete
  2. Tadi saya dah masuk ke sini, dah baca. Bila nak komen, tiba2 catatan ini hilang!

    nota : Saya tinggal di Taman Kencana bukan di Lavender Heights!

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tidak terlibat dalam menamakan taman ini .. apakan daya !

      Delete
  3. Nama taman uncle pun nama mat saleh! hahaha

    ReplyDelete
  4. True. Saya pernah pergi ambil report card anak di sekolah. Kebetulan guru kelasnya ialah English teacher. So, saya cuba speak in English. Tapi sayangnya, guru itu sendiri, grammarnya berterabur. Dia sebut : Class, what did I told you? No wonder kanak2 sekolah sekarang semakin keliru.

    ReplyDelete
  5. Saya pun tak pandai English, kadang2 saya cakap Melayu dgn bos mat saleh saya dan dia pun blur2 pas tu terus gelak. Dia tau saya kenakan dia...kehkehkehhh... Sapa suruh sibuk nak cakap denga kuli cam saya nih, tukang sapu...:)

    Ermmm...macam kak cik jugak... Saya tinggal di Kajang Utama rasanya dalam Bahasa Melayu juga kot...ehehee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau saya dapat bos macam tu, mungkin dah lama dia pandai cakap Melayu .. hehe.

      Delete
  6. As salam Tuan Lavendari,

    Tuan tinggal di Senawang dah dekat dgn rumah mak saya :)Dulu selalu lalu lalang di disitu... :)

    Saya sedang memperbaiki bahasa Inggeris saya, w/pun sekarang berada di negara org sy perlu belajar bahasa lain pula...mereka ni pun tak pandai juga berbahasa Inggeris sukar nak temui yg pandai... Rasa kelakar pula berbual dgn org yg tak pandai berbahasa Inggeris & terus terasa diri pandai sgt w/pun ntah apa2...hehehe :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaikumsalam.

      saya pun pernah merasa perasaan macam itu bila suatu masa dulu berjiran dengan orang Mesir yang tak berapa pandai cakap Inggeris .. bukan main lagi dia puji BI saya yang berterabur. hehe

      Delete
  7. sokong pasal bahasa inggeris perlu hebat. sedangkan pakcik gangnam yang nyanyi lagu ibunda pun hebat bahasa inggeris kan pak ngah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang Bahasa Ingeris PSY , penyanyi Gangnam Style tu macam orang Amerika .. tapi yang saya kagum dia tak nyanykan lagu tu dalam BI tapi bahasa Korea.

      Delete
  8. masa sekolah dulu pun teacher saya ajar english tp guna BM. Cane tu? now, banyak tadika focus dlm english medium...parents byr mahal2. tapi bila masuk sekolah rendah yg betul...semua hancus! betul...

    ReplyDelete
    Replies
    1. begitulah realitinya dalam masyarakat Melayu kita .. lebih-lebih lagi saya difahamkan kalau di negeri2 pantai timur. entah betul atau tidak, saya tak pasti.

      Delete
  9. orang yang tak tahu berbahasa inggeris bukannya tak nak belajar. mereka nak dan teringin pandai bahasa inggeris. cumanya malu diperkecilkan melebihi segalanya. saya juga masih mencuba pertingkatkan penguasaan bahasa inggeris.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tepat sekali pandangan awak .. hairannya kalau orang yang berterabur BMnya tidak pulak diperkecilkan.

      Delete
  10. SAYA PUNYA INGGERIS BROKEN, TETAPI DI MUZIUM SAYA PERNAH GUIDE TIMBALAN PERDANA MENTERI THAILAND. DI KIRI KANAN DEPAN BELAKANG SAYA ADA ORANG-ORANG BESAR TERMASUK KETUA MENTERI MELAKA, S.U.K, KETUA-KETUA JABATAN BERKAITAN PELANCONGAN DLL. SAYA RASA KALAU ORANG TOREH MUKA SAYA PADA MASA TU, DARAH PUN TAKDE.. BOS ADA, TAPI DIA TOLAK KAT SAYA.. DAHLAH TIDAK DIRANCANG, TETIBA SAYA YANG KENA.. TAPI OKAYLAH, PENGALAMAN..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak patut langsung bos awak buat cenggitu .. kalau saya, saya lari masuk tandas. hehe

      Delete
  11. english saya lagi teruk, kokak habis...tp saya hantam jer la labu...saya kesiankan orang2 yg ketawakan saya...haha...

    tahun saya mula masuk menengah dulu adalah tahun terakhir diadakan remove class...yuran rm50...arwah ayah cukup marah ngan menteri pelajaran masa tu (Dr M yg menghapuskan sekolah aliran english)...ayah cakap cuma remove class dan kelas aliran english jer yg boleh membuatkan anak-anak melayu/china/india menguasai bahasa inggeris dgn lebih baik(wlp tak semuanya mampu disebabkan yuran yg mahal ketika itu)...

    ayah marah sebab dalam masa yg sama (dihentikan kelas bahasa inggeris) tu, anak2 pak menteri dimasukkan ke sekolah swasta yang english sepenuhnya, ataupun ada kelas tambahan terbaik utk anak2 mereka, apa kes untuk anak2 orang kampung yg tak mampu?

    kata jer nak mertabat bahasa melayu tp pak menterinya pun lebih selesa berbahasa english, anak2 mereka pun, sedangkan anak2 melayu yg lain wlp keluar dari U tp englishnya 2x5 jer macam saya..pi interview berterabur...situkang interview bersungut2 maklum dah pandai kan?

    saya "terpaksa" (takder yg memaksa - pilihan sendiri) hantar anak2 belajar kat sekolah swasta...sekolah agama aliran inggeris...mana2 anak yg dah lepas tu lepas la...tp masa ekonomi merosot terpaksa tukarkan anak ke sekolah ugama aliran melayu...anak kelima saya fasih bertutur dalam bahasa inggeris masa umur 5-6 tahun...tp bila tukar sekolah melayu, englishnya pun hancur...kat sekolah cikgu cakap melayu masa subjek english...sekolah lama dia dulu cikgu hentam cakap english 100%, faham tak faham memang kena faham, anak2 saya "bisu" setahun tapi tahun berikutnya speaking berhabuk2...tp tu la...bila dah tukar sekolah melayu serba serbinya agak layu...apa pun mereka tetap score subjek english dalam kelas.

    mahal betul harga pendidikan kat negara kita, untuk 5 org anak dulu (masa tu yg bongsu kecik lagi), saya peruntukan hampir rm4000.00 sebulan untuk yuran anak saja, yuran kindergarten saja mencecah rm400 sebulan. Yuran semahal itu juga untuk membayar harga pendidikan ugama mereka, hasilnya lebih memuaskan jika dibandingkan anak2 kawan yg bersekolah kerajaan dari segi ilmu dan amal mereka, sebab ada diantara mereka yg masih tak faham sepenuhnya asas2 kehidupan beragama wlp dah tingkatan 5 sedangkan mereka tu lahir dari keluarga Islam dan dibesarkan dlm negara yg pemerintahnya pun berugama Islam, melainkan mereka berpeluang belajar disekolah berasrama yang baik2...di situ mereka dapat lebih tambahan kefahaman tentang hidup beragama...kalau setakat ting 5 dgn pendidikan asas yg agak rapuh dan pemerhatian yg cincai maka kebanyakan dari mereka akan jadi seperti apa yg kita lihat hari ini...

    nak cakap lebih2 pun nanti org cakap saya kutuk bahasa ibunda sendiri...bahasa melayu pun semakin pening untuk difahami...apalagi sekarang minggu revision untuk anak saya....menambahkan tinggi suhu demam dibadan...ada2 jer yg bertukar, entah apa maksud disebaliknya...entah siapa (latar belakangnya) sekarang yg duduk diatas sana...harap2 jgn lah akhirnya bahasa sendiri menjadi porak peranda angkara mereka...siapa yg akan menjadi mangsa?

    sekali terfikir - adakah Tuan Haji jujur menimbulkan isu ini ataupun...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas komen yang bernas dan bersemangat. Saya telah pun membuat satu entri khas untuk membalasnya.

      Delete
    2. adakah ni dikatakan menghapuskan kepentingan rakyat untuk kepentingan kroni? tapi saya setuju memartabatkan bahasa melayu, lihat saja bangsa jepun, korea dan china, tak perlu pandai bahasa inggeris tapi cukup berjaya menjadi negara maju yang disegani pak2 inggeris

      Delete
  12. when i was in previous school, my colleagues whom taught BM have to teach BM in English as the students there have low proficiency in BM. Whereas now, I have to teach English in BM. so that my English deteriorate faster. also, the English teacher have to sit CPT- Cambridge Placement Test and who obtained far lower from the par have to go for I don't know what. so we just admit that we are stupid!! our superior that are sooo intelligent so teach us the correct Englishlah!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. I sincerely hope you are in the well. I am in the well too.

      Itulah joke yang Guru English saya suka buat suatu masa dulu. hehe

      Delete
  13. banyak broken english skang ni.
    n kat tempat keje pun takde apply bahasa omputeh ni..
    kalo ada environment english.... mesti jadik!
    pendapat saya la, kan.
    *broken english lagi a.k.a bahasa rojak*

    ReplyDelete
  14. Mengikut pengamatan saya, nama tempat kediaman, kedai dan syarikatlah (yang banyak memasukkan perkataan-perkataan Inggersi)yang rakus menodai Bahasa Melayu kita. Siapa yang memberi nama dan siapa yang meluluskan?

    Pasti tidak salah untuk kita memahirkan diri dalam Bahasa Inggeris. Pasti! Tapi, pastilah kita sebenarnya juga malang, sebab walaupun sudah merdeka lebih dari separuh abad, kita masih kebingungan dalam usaha memertabatkan Bahasa Kebangsaan kita. Terserlahlah kebingungan itu sehingga, pada hari ini, kita sendiri jadi tidak tahu, Bahasa Kebangsaan kita itu bernama Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tidak suka .. sangat tidak suka kalau nama tempat kediaman atau nama jalan menggunakan perkataan Inggeris. Kalau nama biskut tu .. lantaklah.

      Delete
  15. nak martabat bhs itu la, nk martabat bhs ini la, tp buatnya tak bersungguh2...pas sethn dua senyap...last2 mcm ni la hasil nya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin pepatah 'hangat-hangat tahi ayam' sesuai digunakan kot !

      Delete
  16. projek saya namanya Nusa Idaman dan Nusa Bayu.

    Sedap tak? :D

    ReplyDelete
  17. emm entah macam mana saya nak komen entri ni.saya difahamkan bangsa jepun dan korea serta china tak pandai/fasih berbahasa inggeris pun boleh jadi negara maju? peliknya kenapa negara kita yang dah berdekad menggunakan bahasa inggeris tetap tak boleh jadi maju? adakah kerana kita terlalu memperlecehkan bahasa sendiri? tepuk dada tanya hati :D

    ReplyDelete
  18. nak memperkasakan bahasa melayu macamana...bank2 pun masih guna bahasa inggeris bile hantar statement..huhu..

    sbb tu orang kita terpaksa belaja bahasa inggeris. tp masalhnya malu nak bertutur bahasa inggeris, takut kena gelak...hmm

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.