Monday, April 15, 2013

DI MANAKAH JANJI MANIS MU CIMB ?



Surat dari CIMB yang saya tunggu-tunggu.


Pada suatu masa,  lebih 5 tahun  yang lalu tersebutlah kisah saya diajak, dipujuk dan diasak untuk melabur dalam produk pelaburan yang dinamakannya "Dynamic Market Rider NID-i" dari pegawai-pegawai CIMB Seremban. Pada masa itu saya baru sahaja menerima ganjaran persaraan saya. Oleh kerana tawaran serta prospek yang cantik ditambah rasa tamak, saya pun melaburlah sebahagian besar wang ganjaran saya itu. Banyaknya kira-kira bolehlah membeli sebuah Nissan Grand Livina 1.8 lengkap dengan assesorinya.

Selepas genap lima tahun, bila pelaburan itu matang, mereka pun mengkreditkan hasil pelaburan tersebut terus ke dalam akuan saya. Saya dapati jumlah wang yang saya laburkan 5 tahun dulu langsung tidak bertambah. Maknanya satu sen pun tatak untung.

Kalaulah saya tahu, baik saya teruskan hasrat asal saya untuk menyimpan dalam Tabung Haji. Tapi orang tua-tua dah kata, kalau rezeki secupak tak kan jadi segantang. Jadi redha sahajalah.

Cuma saya tak faham dan tak puas hati, CIMB mengumumkan keuntungan berbilion ringgit setiap tahun dan ekonomi pun baik mengapa pulak pelaburan saya itu tidak sedikit pun memberi keuntungan.  Saya pun menalipon CIMB untuk bertanya kenapa jadi begini sambil menyatakan rasa tidak puashati saya. Mereka yang berada di hujung talian menjawab:

"nasib baik duit encik tu dipulangkan sepenuhnya .. kalau ikutkan masa ini, indeks kami berada jauh di bawah indeks semasa encik melabur dulu".

Dalam pada itu mereka ada hati  mencadangkan saya melabur semula (lihat surat) dalam produk baru yang KONONNYA lebih menguntungkan dan selamat untuk saya melabur .. sudahlah !

Tak apalah. Mungkin simpanan atau pelaburan saya itu telah digunakan buat sementara untuk membayar sebahagian gaji CEOnya yang dikatakan berjuta-juta ringgit setahun !

p/s. kepada pembaca yang ada duit lebih dan bercadang untuk melabur, fikir-fikirkanlah.


49 comments:

  1. dah bercakap dengan pegawai yang lima tahun dulu tu ke?

    sejak 3 tahun lalu, saya melabur dalam asb. kemuncaknya, dapat la beli smart phone paling canggih daripada orang lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya bercakap dengan mereka yang bertugas di nombor 1 300 ... yang diberikan dalam surat itu.

      pernah juga bercakap dengan pegawai yang lima tahun dulu tu .. dia jawab bukan dia yang menguruskan pelaburan itu .. dia kata dia cuma membuat promosi dan menjual sahaja.

      saya harap sangat ada orang atasan CIMB membaca entri saya ini.

      Delete
  2. mereka memberi harapan pelesu.....tak baik betol!

    ReplyDelete
  3. Aina duit labur kat ASB dan Tabung Haji je...tapi ada jugak sikit kat Public Mutual tapikan semua pun sikit2 jer...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat public mutual pun bukan semua kaunter yang untung .. kaunter China semua rugi.

      Delete
  4. pengalaman ni sama dengan pengalaman bapak mertua saya. dah melabur berpuluh2 ribu hasil duit pencen, tapi lepas 5 tahun langsung tiada pulangan. sbb tuh ramai yang labelkan cimb penipu...
    huhuhu

    xbaik tau cimb buat pelanggan camni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. nampaknya saya dengan bapa mertua awak sudah terkena ..

      saya taklah sampai kata mereka menipu tapi mereka tidak bercakap benar atau cakap tak serupa bikin.

      Delete
  5. emmm macam tu pulak??

    bahaya jugak melabur ni...

    tapi tu jugak asam garamnya kan Pak Ngah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul .. asam garam orang melabur .. sekarang ini Pakngah nak cari ajinomoto pulak .. hehe

      Delete
    2. beli jenama Cukup Rasa...

      secubit je 'enak' rasanya...

      hihi

      Delete
  6. tak berani nak melabur...
    simpan dalam ASB jer yang mampu setakat ni, hehe.

    P/S : nak melabur pun, duit tak banyak. kena tunggu pencen dulu agaknya. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang terbaik adalah dalam Bank Rakyat tapi mereka dah tak terima pelaburan baru .. saya dah masukan duit tu dalam Tabung Haji.

      Delete
  7. Assalamualaikum,
    Simpan je dlm tabung haji, selain dr dah dibayar zakat, peratus untung tabung haji lg tinggi dr asb ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaikumsalam

      memang telah pun dimasukkan ke dalam tabung haji .. tak tinggi dividen pun tak mengapalah asalkan ada.

      Delete
  8. eh banyak kurang asam dijawab macam tu.
    masa mengajak kemain manis mulut

    ReplyDelete
  9. Pak Ngah...kalo ikut kata boss saya...pepatah "Rezeki Secupak Takkan Jadi Segantang" sebenarnya bunyi begini.."Rezeki Secupak Tagan Jadi Segantang"..maksud tagan ialah odds; gambling stakes; bet. Dalam bahasa mudahnya modal/kapital...wallahualam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebetulnya ungkapan itu pak ngah rasa mengingatkan kita orang Islam bahawa selepas kita berusaha bertungkus lumus dan hasilnya tidak sebagaiman yang diharapkan atau dijangka kita harus terima dengan redha ketentuan Ilahi.

      Delete
  10. Rasanya CIMB memang ada masalah. Hinggakan staffnya pun buat piket beramai2... Inikan pula pelanggan kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang saya pun ada terbaca dalam blog tentang piket tu tapi tidak pula dihiglightkan oleh akhbar arus perdana atau tv kita.

      Delete
    2. Mustahillah kepincangan yang berkaitan dengan kerajaan akan di highlightkan dalam tv dan newspaper, Pak Ngah. Siapa juga yang memerintah...pasti ada pros dan cons... Opss...saya dah terlebih.

      Delete
    3. tak terlebih .. yang sedang sedang saja .. hehe.

      Delete
  11. astaga, apa la CIMB ni kan......lebih baik melabur ke lain tempat!
    bersabarlah, belom terlambat utk beralih dan melabur ke tempat lain!

    ReplyDelete
    Replies
    1. terlambat tu tidaklah .. tapi dah rugi masa 5 tahun !

      Delete
  12. Alamak! KONONNYA salah eja...heheheh (itu pula yang saya nampak)

    ReplyDelete
  13. PELABURAN MEMANG ADA RISIKO.. PELABURAN YANG TIDAK BERISIKO IALAH PELABURAN HARAM (KONON-KONON)..

    ReplyDelete
    Replies
    1. pelaburan haram lagi banyak risikonya bukan sahaja di dunia mungkin juga di akhirat.

      Delete
  14. Saya pun berharap ada org2 besaq cimb baca blog pak ngah. Kiya ni asyik dikenakan saja ..... itu pak ngah org yg ada ada. Org yg tak ada ada ...mcm2 yg ditaburkan .... last22 masuk angin keluar asap. Ditindas dan tertindas ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagi pakngah bukan masuk angin keluar asap tapi masuk angin tak ada keluar apa-apa ! hehe

      Delete
  15. Tak baiknya depa... Makchaq pun rasa macam yg tuan kata tu.. Depa suruh org melaboq buat bayaq gaji bos2 depa... Pasai masa kata rugi pun bos2 besaq tetap dpt bonus berbulan2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia tak kata pun depa rugi .. itu yang buat geram sangat tu .. kalau depa rugi, kita pun faham.

      Delete
  16. Mungkin ada baiknya Tuan mengkaji semula strategi pelaburan. Sebaik-baiknya pilih pelaburan yang mempunyai risiko rendah. Tumpukan pada simpanan di LTH atau ASB. Pun begitu Fixed Deposit pun punyai kadar yang agak menarik sekarang ni :D

    Jika masih berminat dengan Unit Trust, tumpukan pada fund yang mengkhusus pada "money market".

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya ini sebenarnya pelabur yang pasif .. lepas ini saya nak concentrate dengan Tabung Haji dan Bank Rakyat sahaja.

      Delete
  17. Bank yg sama ada buat pelaburan utk yg bakal pencen di tempat zino tak tau la berapa ramai yg tertarik dengan skip yg di tawarkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tidak mahu dituduh menghasut .. tapi hati-hatilah dengan kaunter yang dipilih.

      Delete
  18. Tugas salesperson menabur janji manis. Dh kita kompom bagi duit kita, mkn duit haram jadinya. Tugas penjawab telefon adalah memadankn muka kita dgn bersikap kurang ajar. Sama2lah depa yg jahat itu mkn duit harooommm..

    ReplyDelete
    Replies
    1. entahlah .. tak tahu nak cakap apa dah .. sayang semuanya sudah terlambat. hehe

      Delete
  19. depa tu semua cari makan je pakcik... yg pusing roda tu org2 atas dan depa pastikan untung roda dapat kat depa je.. Ini Kalilah! hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. teringat pakcik kepada rancangan "Wheel of Fortune" yg dikendalikan oleh Pat Sajak suatu masa dulu.

      Delete
  20. Diorang memang tak bagi penerangan jelas masa promosi dulu kan, ia lah nak menjual, semua pun yang elok jer dicanang, untung berlipat berketak berganda-ganda. Saya ni nasib baik tak der duit lebih untuk melabur, so tak pernah kena lagi la kecuali insurans yang lebih kurang sama jer "konon" dia tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. uncle ingat memang semua jurujual pun begitu terutamanya jurujual kereta secondhand ..



      Delete
  21. takkan takde untung langsung...tak logik lah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang bunyinya macam mustahil .. tapi itulah hakikat .. tak ada satu sen pun untungnya.

      bapa mertua Shy Syaz spt dalam komennya di atas pun terkena.

      Delete
  22. salam.
    maaf kalau saya tiba tiba mencelah walaupun entri ini sudah lama.
    saya antara salah satu ejen dari no.1 unit amanah di masi iaitu Public Mutual.
    lagi plak saya bekerja di bawah team EBC yang dinanungi oleh Nurhaili ahmad Mokhtar atau lebih dikenali sebagai EllyBillionaire. beliau adalah yang terbaik selama 5 tahun berturut dalam Public Mutual. tak hairan lah service dari team kami adalah lebih baik dari yang lainnya.
    pada saya,apa yang penting untuk semua ni adalah atasannya. dan kita kena lihat dibawah siapa,bagaimana cara mereka melaksanakan kerja. sebab sebelum saya berjinak jinak dgn unit amanah ni,saya mengkaji dulu latar belakang kak elly tu. dan alhamdulilah hingga ke hari ini investors kami sgt berpuas hati dgn service yang kami beri :)

    ReplyDelete
  23. Sharing yang bagus to blog owner. Saya turut simpati akan pengalaman pahit yang telah dialami. Adalah sangat penting memilih DANA yang sesuai dengan FINANCIAL LONG TERM GOAL anda. Bukan semua dana memberi keuntungan yang sama, itu memang betul. Bahkan ada juga dana unit trust bond yang memberi keuntungan setakat 3% setahun bagi yang tidak mahu menghadapi risiko langsung. Jadi, penerimaan pelabur terhadap risiko sangat penting. Dana yang memberi keuntungan tertinggi merupakan dana dalam category HIGH RISK. Yang penting, perlu faham bila kah masa sesuai untuk penjualan semula & biarlah pelaburan untuk jangka masa panjang kalau boleh 10 tahun supaya dapat memaksimakan keuntungan. Bukan semudah itu untuk terus buat keputusan untuk invest mana-mana dana sahaja. Sedangkan di bawah Public Mutual terdapat lebih dari 50 dana berbeza sama ada kategori conventional mahu pun Islamic. Lebih baik dapatkan nasihat dahulu dari konsultan berdaftar sebelum buat keputusan & cuba dapatkan proven track record - past performance of the fund untuk reference.
    .
    Saya adalah Unit Trust Consultant (UTC) - agen unit trust investment untuk Public Mutual & berlokasi di Johor Bahru. Bagi sesiapa yang berminat melabur dalam Unit Trust, boleh lah juga hubungi saya melalui mobile atau email. Jika hanya ingin mengemukakan soalan, anda juga dialu-alukan. Terima kasih.
    .
    Jas
    Unit Trust Consultant / Perunding Unit Amanah
    Co: Public Mutual Berhad (wholly-owned subsidiary of Public Bank Berhad)
    T: +6017-7055 381
    E: jas.elegant@gmail.com
    W: www.facebook.com/investment.unittrust
    .
    " Why not try, let's say 10 years investment period & gain minimum 9% profit per year? Reports on fund past performance available just to show the ability of the fund. Feel free to request for one ! "

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya juga pelabur dlm Public Mutual .. ada kaunter yg untung ada juga yg rugi .. tapi secara overall tak rugi.

      Delete
    2. biasalah..asam garam kehidupan.. harap dapat bersabar. Juga kene berhati-hati, betul tu. Jangan terus melabur sahaja di kaunter jika belum dapatkan full info. Banyak faktor perlu dipertimbangkan sebelum buat keputusan..
      .
      Jas
      Unit Trust Consultant / Perunding Unit Amanah
      Co: Public Mutual Berhad (wholly-owned subsidiary of Public Bank Berhad)
      T: +6017-7055 381
      E: jas.elegant@gmail.com
      W: www.facebook.com/investment.unittrust

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.