Friday, April 12, 2013

INILAH MALAYSIA !

Banyak negara juga saya sudah pergi sepanjang hidup saya setakat ini. Kita rasa kita sudah maju dan kita kata kita masyarakat yang penuh berbudi bahasa, berhemah dan sentiasa bertolak ansur. Namun hakikatnya tidak begitu.  Lihat sahajalah gambar-gambar di bawah.



Gambar 1: Banyak juga bilik air dalam dunia ini saya sudah masuk, tapi tak pernah jumpa lagi amaran dilarang duduk atas sinki di dalam tandas awam. Gambar ini saya ambil di salah sebuah tandas kompleks membeli belah di tempat saya. Mungkin di tempat anda tidak ada kes seumpama ini.


Gambar 2: Kereta Apat warna putih tu memotong lorong jalan dua hala .. dia pun tak lepas, orang dari arah depan pun tak lepas. Sehinggalah pengawal sekolah yang berhampiran keluar dan membantu menguraikan kekusutan. Gambar ini saya ambil dari dalam kereta di depan sekolah anak saya. Mungkin di tempat anda ada kejadian seumpama ini.


Gambar 3: Mungkin dia tak perasan dia meletakkan kereta di tempat meletak motor. Atau pun mungkin dia  dah biasa kot ! Gambar ini saya ambil berhampiran rumah saya. Mungkin di kawasan anda tidak ada orang buat begini.


 Gambar 4: Gambar ini bukan saya yang ambil tapi hasil carian Google. Tapi saya percaya pelakunya adalah orang Malaysia. Dan saya percaya aksi seumpama ini biasa berlaku di mana-mana ceruk di Malaysia.

Itulah Malaysia tanah air ku yang penuh warna warni. Apa-apa pun saya berharap untuk mati dan disemadikan di negara bertuah ini. Insya-Allah.

34 comments:

  1. mcm-mcm perkara juga. dunia-dunia.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum,
    Pilihan utama utk mati, kalau boleh nak mati di tanah suci, tapi kalau takdirnya lain, biarlah saya mati di negara terchenta ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alakumsalam.

      jodoh dan tanah perkuburan kita hanyalah Allah yang tahu.

      Delete
  3. Mana2 tempat pun Pak Ngah ada sahaja orang yang tak reti bahasa.

    ReplyDelete
  4. Salam Jumaat PakNgah,

    Gambar pertama, barangkali itu gambar dalam tandas laki2, tandas perempuan tak pernah pula saya terjumpa.

    Gambar kedua, otak dan hati kat lutut kerana tiada kesabaran.

    Gambar ketiga, Penguatkuasa tidak menjalankan tugas menyaman.

    Gambar keempat, Tempah tiket, tidak berpakaian lengkap security utk scene aksi2 stuntman.

    Malaysia Oh Malaysia, tanah tumpah darahku..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kembali.

      Gambar pertama tu memang dari tandas lelaki sebab saya takut nak masuk tandas perempuan. hehe

      saya suka komen anda bagi gambar yang ke empat. hehe.

      Delete
  5. xpernah jumpa lagi yang gambar atas sekali...biasa jumpa nota dekat tandas duduk (dilarang mencangkung di tandas duduk) ...tapi yang lain memang dah selalu jumpa....

    ReplyDelete
    Replies
    1. sepatutnya tandas cangkung disediakan dengan bilangan yg mencukupi di tempat2 awam kerana saya geli nak duduk atas tandas duduk.

      Delete
  6. rakyat malaysia semakin tak senonoh perangainya...... (-.-")

    ReplyDelete
  7. semua pernah jumpa...

    ade lg.. yg paling menyakitkn hati ialah yg sibuk nk memotong barisan di traffic light sampaikn org yg nk susur kekiri pon tak lps sedangkan lane tu utk org kiri susur... adehh..

    OH, Malaysiaku!~

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang saya pun hangin dalam situasi kat traffic light spt yang awak ceritakan itu ..

      Delete
  8. paling geram untuk gambar no2 itu.. rasa nak gores dan menang jer kete ituuuu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau gores kena saman dan mungkin tak menang .. hehe.

      Delete
  9. yg apad tu mmg selalu. dia fikir dia sorang jeke atas jalan ni

    tah hapa-hapa kan.

    lepastu kereta semua tak nak bagi dia masuk lorong..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin juga pemandu apad tu telah terhukum perasaan dan jiwanya bila tersangkut dan semua orang memerhatikanya.

      Delete
  10. This is Malaysian... =D
    Biasa ni uncle..
    Kat mana2 ada je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa-apa pun, uncle tetap cintakan negara ini ..

      Delete
  11. yang gmbr aphalrd tu...

    mcm mana nak buat tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. terpaksalah pengawal sekolah tu keluar untuk membantu menyuraikan kesesakan yg berlaku gara-gara pemandu apad tu ..

      Delete
  12. warna warni jiwa tu ......
    Org kita .. kadang2 pentingkan diri ... kurang sabar ...

    mau bawa ketul batu ... baling ja..

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan fikir batu kita je .. orang lain pun entah-entah bawa pistol, bom tangan, kapak, cangkul dll.

      Delete
  13. macam2 ragam... gambar 1 sj y sy x penah jumpa.... gambar 2 tu sy setuju ngan nafira...

    kesian pemandu tu, kurang akal, dangkal iman. jom doakan dia berubah menjadi lebih bagus lepas ni... moga dia insaf ngan kemaluan y dihadapi hari tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. zonaku

      kalau dia jenis samseng, mungkin juga dia merasa megah dengan kemaluannyan itu ..

      Delete
  14. Paling geram gmbar yg no.2...
    Kalau bersabar sikit apa salahnya..
    Tak pasal2 c alpad tu dh nyusahkn org lain..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang kerana apad tu, jalan jadi jem di depan dan di belakanngnya ..

      Delete
  15. kat Chow Kit sering terjumpa kejadian macam dalam gambar no2...dah la sesak, dia pulak bpleh senang-senang menambah sesak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia ingat dia bawak motor kapcai seperti sebelum ini ..

      Delete
  16. mujur duk di msia boleh juga tengok benda pelik2...

    ReplyDelete
  17. kat malaysia macam2 boleh jadi..macam tu juga negara lain..hehe..
    setakat ni nom4 ja la pernah tengok..huhu
    bawa motor tu bahaya la..takut tengok...

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.