Thursday, April 18, 2013

NASIB BAIK TAK TERLUCUT.


7 Datuk, 3 Jaksa Pendamai ditarik balik darjah kebesaran.

Entah apalah agaknya orang kata di belakang orang yang  kena lucutkan gelaran Datuknya itu. Mungkin bermacam-macam soksek dan persepsi yang negatif  terfikir oleh orang lain tentang dirinya.  Saya bernasib baik kerana gelaran Datuk saya tidak boleh dilucutkan kerana saya sememangnya tidak ada gelaran Datuk.

Manakala gelaran datuk yang saya ada sekarang, akan kekal hingga ke akhir hayat saya bahkan selepasnya. Mungkin ada cucu saya yang akan berkata selepas saya tiada nanti .. 

"arwah datuk aku dulu blogger popular, tau tak ?"

Rupanya orang yang tak ada gelaran Datuk ni, ringan sikit tanggungan dia.

Sekarang saya berhadapan satu masalah berkaitan dengan gelaran datuk. Perkara ini telah saya adukan dalam fesbuk baru-baru ini. Ini berikutan seorang Makcik jiran saya yang sentiasa memanggil saya datuk sedangkan dia tahu saya memang tiada gelaran datuk. Banyak kali saya larang tapi dia panggil juga. Saya tak marah cuma risau. Bayangkan kalau Makcik tu panggil saya datuk di hadapan sahabat yang tahu saya tak ada gelaran datuk. Mungkin sahabat saya itu akan berfikir atau berprasangka yang saya ini mengelentong Makcik tu atau memalsukan gelaran itu. Tak fasal-fasal orang pandang serong kepada saya. Itulah yang saya khuatirkan.

Teringat saya peristiwa yang agak lucu pada tahun lepas. Saya hantar Makcik tu buat laporan polis kerana rumahnya telah dimasukki pencuri. Banyak wang tunai dan barang kemas dia hilang. Dia memanggil saya datuk di hadapan polis yang mengambil report. Maka menggelabahlah polis itu. Saya beritahu polis tersebut bahawa saya tiada gelaran datuk tapi polis tu jawab:

" .. apa salahnya kalau orang nak menghormati kita Datuk !

Polis itu punyalah percaya sampaikan dia tak mahu ambil duit bayaran salinan report hingga saya terpaksa memaksa dia ambil.

p/s:  Saya tidak berniat membuat entri ini untuk menyakitkan hati mana-mana Datuk
melainkan hanya bertujuan untuk berborak kosong sahaja.


19 comments:

  1. TERINGAT MASA BIG BOS SAYA DAPAT GELARAN DATUK.. MULA-MULA ADA STAFF PANGIL 'TOK' SAJA.. DIA SEBUT KAT PERHIMPUNAN PAGI, "TOK.. TOK.. PANGGILLAH BETUL-BETUL, 'DATUK". :)

    ReplyDelete
  2. kesian nya dato' tu. Apa boleh buat, bukan rezeki pun, tp gelaran datuk mmg kekal. :)

    ReplyDelete
  3. Kalau ada blogger yang layak mendapat anugerah Datuk atau Dato', abanglah orangnya.

    Hidup Datuk!!!

    ReplyDelete
  4. ada ramai jugak mereka yang ada gelaran ni tak suka kalau dipanggil tanpa disebut gelaran tu.

    teringin jugak nak dengar suara budak kecik panggil `atuk'. lama lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. cucu saya yang pertama panggil saya 'ayah' sebab dia ikut pakcik dan makciknya panggil ayah. cucu yang kedua pulak belum boleh bercakap lagi.

      Delete
  5. Mudah2an jad kenyataan. Amiin.

    ReplyDelete
  6. Datuk atau tidak yang penting org hormatkan kita. Kat IC tulis ke gelaran datuk tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat IC tak tahu pulak saya tapi kat surat beranak kompom tak ada ..

      Delete
  7. Salam Datuk...eh, Pakcik! Tersasul pulak.

    Comel pulak baca entri pakcik ni. Hehehehehe....alangkah baiknya klu dunia ni dilimpahi manusia yg merendah diri. Aman hidup.

    Cerita pakcik ni pun, dah nampak dah layanan beza. Ikut kasta pun ya. Polis tu pk kan Pakcik ni datuk, terus layanan yg diberi jdk berbeza. Kan?????

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kembali.

      tentang layanan berbeza kepada orang yang berbeza itu sebenarnya tidak salah .. misalnya kalau Sultan Johor nak mencemar duli singgah rumah uncle, tentulah berbeza sambutan dan layanan uncle berbanding dangan layanan kepada Yunus Badawi misalnya. hehe

      Delete
  8. Cuma satu yg saya nak komen. Saya sedih sebab mentaliti manusia ni, memilih kasta, contohnya Polis tu. Sebab dia sangka kan uncle Datuk, maka dia menggelabah. Adakah kalau si petani yg miskin datang buat laporan, dia akan menggelabah dan berdedikasi ambil laporan? Wallahualam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju2 ngan comment nih! mentaliti masyarakat kita tak pernah berubah!

      Delete
    2. uncle nak komen serupa dengan komen uncle kepada Faraherda seperti di atas.

      Delete
  9. Memang besar "aura" bila ber-Dato' ni tapi tanggungan pun makin besar. Kalau tengok kat office Dato, mesti penuh dengan surat orang minta derma / sponsor, hahaha.

    ReplyDelete
  10. Wahh ada kebaikannya juga kan datuk...hehe.. tgk polis pn pandang tinggi pd org yg berpangkat datuk..kalau penoreh getah agaknya macam mana la dia layan ek..

    ReplyDelete
  11. Apabila saya baca cerita tentang polis tadi, terkekeh-kekeh saya ketawa first sebab mak cik tuh kedua bayangkanlah reaksi polis tuh

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.