Sunday, June 22, 2014

PERNAHKAH KELIAN SAMPAI KE WANG KELIAN ?

Pada hari Ahad, 8 Jun yang lalu, saya berdua dengan Makngahnya pergi ke Wang Kelian untuk berjalan-jalan dan melihat-lihat. Tiada cadangan khusus untuk membeli apa-apa.

Sebelum melintasi sempadan, saya perhatikan bas pelancong sudah memenuhi tempat letak kereta. Kereta tak usah cakaplah, berderetan diparkir kiri kanan jalan. Tempat orang berniaga masih jauh lagi. Kalau tinggalkan kereta kat sini, tak sanggup saya untuk menapak. Saya bertawakkal membawa kereta masuk melintasi pos imigresen walaupun diberitahu bahawa tempat letak kereta sudah penuh.

Dalam hati saya berfikir, kalau tak dapat tempat letak kereta nanti, saya buat pusingan 'u' dan balik semula ke rumah. 


Gambar 1: Penyakit selfie sudah berjangkit. Sebelum melintasi pos Imigresen.


Gambar 2: Sedang melintasi pos Imigresen yang hanya selorong.


Gambar 3: Papan tanda mengalu-alukan kedatangan tetamu dari Malaysia.

 

 Gambar 4: Tempat untuk deposit kereta.


Gamnbar 5 : Saba betul ikan ni walaupun kena bakar !


Gambar 6: Saya tidak sampai ke penghujung jalan tempat orang berniaga kerana dah letih.


Gambar 7: Walaupun tak cadang beli apa-apa, tapi saya pasti 'cair' bila terjumpa rantai kunci. Yang ini istimewa kerana katanya buatan tangan. Macamlah rantai kunci yang lain buat dengan kaki.


Video yang sempat saya ambil menggambarkan suasana kemeriahan  Wang Kelian.

Nota kaki: Saya difahamkan, untuk memasuki Thailand di sekitar kawasan orang berniaga di Wang Kelian ini tidak memerlukan paspot tapi hanya untuk hari Sabtu dan Ahad sahaja.



13 comments:

  1. Pak Ngah. sy rasa sy belum pernah sampai kesana. Sy lalu je buat tabik hormat..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pakngah konfius. Mcm mana boleh lalu tapi belum pernah sampai.

      Delete
  2. Saya belum pernah ke Wang Kelian lagi. Tapi Hatyai pernah sampai, 11 tahun lalu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lagi hebat. Saya belum pernah lagi sampai Hatyai.

      Delete
    2. Hatyai tu tempat persinggahan je sebelum sampai ke Bangkok... ^_^

      Delete
  3. Kali akhir Aina pi Wang Kelian 5 tahun lepas rasanya versa a seorang kawan tp kami pi hari biasa jadinya tak ramai org. Jln2 pusing2 tengok2 je...

    ReplyDelete
  4. wang kelian tempat menghabiskan wang. hehehe. ingat pergi sana bulan 6 tahun lepas. baru balik dari langkawi. muatan dari langkawi dah setengah dah bonet avanza yang dibuka seat belakang. balik dari wang kalian dah penuh habis dah. periuk kukus, toto semua diangkut....ada hati nak pergi lagi ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak apa sesekali .. biar menyesal beli dari menyesal tak beli.

      Delete
  5. macam kat Golok pulak nampak meriah tempat ni. so kelian berhabisan tak duit shopping sana? muehehehe.

    p/s: saya jarang la online fesbuk, Pakngah. so tak mendatangkan hasil pun kalau ada tambahan saya dalam fesbuk sana huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jauh beza dari Golok. Tak habis pun duit yg dibawa.

      Delete
  6. PERNAH MELEPASI SEMPADAN SELATAN.. SEMPADAN DI UTARA BELUM PERNAH LAGI..

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.