Friday, August 29, 2014

ADAKAH SUAMI ANDA SEORANG YANG EGOISTIK ?




Sepasang suami isteri sedang berjalan di tepi sawah yang padinya sedang masak menguning. Tetiba mereka melihat padi bergerak-gerak dengan kuatnya tidak jauh dari tempat mereka berjalan. Isteri pun bertanya kepada suaminya.

"apa tu bang ?"

"kerbau". Jawab suaminya sepatah..

"saya ingat burunglah". Balas isterinya.

"kalau burung takkan kuat sangat goyangnya". Suaminya meninggikan suara.

"pasal burung banyaklah". Hujjah isterinya.

"aku kata kerbau, kerbaulah". Bentak suaminya.

Kemudian isterinya mencadangakan supaya suaminya membalingkan kayu ke arah kawasan padi yang bergoyang-goyang itu. Lalu si suami pun membalingkan kayu yang dijumpainya ke arah padi tersebut. Apa lagi  berterbangan sekawan burung ke ruang udara. Melihat itu isterinya segera berkata dengan nada sedikit girang,

"kan saya dah kata burung".

"aku nampak macam kerbau je". Balas suaminnya sambil meneruskan perjalanan dengan muka yang masam.




19 comments:

  1. Nak komen apa ni Pak Ngah.. rasanya memang egoistik tu... suami saya emmmm biarlah rahsia ehe :)

    ReplyDelete
  2. Hahahaha that is his point of view, takleh nak kata apa la. Boleh bayangkan suami saya yang berpeel lagu tu, tapi ego manja ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini bukan point of view lagi tapi sah ego .. dah jelas burung tapi tetap nak kata kuba.

      Delete
  3. Nak bertanya isteri, saya takde isteri...

    ReplyDelete
  4. Pak Ngah saya nak gelak sat...ahahhaaaaa...

    Suami saya memang lagu tu...

    ReplyDelete
  5. ADAKAH IA MERUPAKAN DIALOG ANTARA PAK NGAH DAN MAK NGAH? :)

    ReplyDelete
  6. dahsyat jugak rabun si suami tu.. hahaha..

    ReplyDelete
  7. banyak pulak ragam suami isteri ni..kekadang bole menghiburkan hati..

    ReplyDelete
  8. Ermmm.....nak komen apa ni....sebab cerita benar ni.

    ReplyDelete
  9. hahahahaa..analogy yang bijak..awesome n rasa santai jaa..tapi mmg lawak lah suami dy tu..hahahha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih atas persinggahan kali pertama dan kesudian meninggalkan jejak ..

      Delete
  10. Ego dan lelaki x boleh dipisahkan.

    Jemput blogworking
    www.yatiadam.com

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.