Monday, July 6, 2015

MENGAPA SAYA PATUT BERSYUKUR - KERANA SELERA.

 

  Gambar hiasan hasil carian Google.

Negara kita memang mewah dengan pelbagai jenis makanan terutamanya pada bulan puasa. Ada makanan tertentu yang kita tidak jumpa diluar bulan puasa. Pelik juga.
 

Gambar hiasan hasil carian Google.


Sepanjang bulan puasa ni, cukup banyak juadah dijual di merata-rata tempat terutama di PARAM. Bila kita mengunjunginya akan terlihat oleh kita pelbagai jenis lauk pauk dan kueh mueh dijual di samping berbagai-bagai jenis air minuman yang kadang-kadang susah kita hendak membuat pilihan. Semuanya nampak sedap belaka semasa kita membelinya di waktu perut tengah lapar.

 

  Gambar hiasan hasil carian Google.

Sesampainya di rumah, kita susun makan tersebut penuh satu meja. Masa kita beli rasanya tidaklah banyak tetapi bila dikumpulkan terpaksa buka meja ke dua. Apa tidaknya, isteri/suami kita turut juga membeli termasuk anak-anak kita. 


  Gambar hiasan hasil carian Google.

Dan katakanlah bila masuk waktu berbuka, tiba-tiba selera kita hilang untuk makan.  Perut sangat lapar dan tekak pulak sangat dahaga tapi selera makan atau minum langsung tidak ada walaupun pelbagai juadah terhidang di depan mata. Tentulah itu suatu yang sangat mengecewakan.

 

  Gambar hiasan hasil carian Google.

Maka bagi kita yang masih ada selera makan minum seperti biasa, marilah kita mengucapkan syukur kepada Allah swt yang telah memberikan kita nikmat tersebut dengan mentaati segala perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya tanpa sebarang persoalan atau keraguan.