Tuesday, July 28, 2015

ADA BEZA KE PERKATAAN SEBAB DAN KERANA ?



 Gambar hiasan hasil carian Google.

Ini entri ilmiah. Tapi mungkin juga ada yang kata entri ini loyar buruk. Orang tak pernah tanya atau bincang perkara ini, awak sorang yang bincang. Tak apa. Saya nak bincang juga.

Bagi kebanyakkan orang tak ada beza perkataan "sebab" dan "kerana". 
Sama sahaja atau serupa sahaja.
Tapi bagi saya ada beza.

Contoh. "Apa sebab awak tak datang sekolah semalam?"

Boleh tak kita tukarkan perkataan sebab itu kepada kerana ?

"Apa kerana awak tak datang sekolah semalam?. 

Pelik dan janggal bunyinya kan ?

Mengikut DBP kerana "due to" dan sebab pulak "because".
Kerana berpunca daripada kata hubung keterangan. Sebab ada akibatnya.

Oleh kerana atau oleh sebab?

Ungkapan yang betul ialah oleh sebab. Ini disebabkan oleh merupakan kata sendi nama yang mesti diikuti oleh kata nama atau frasa nama, sedangkan kerana bukan kata nama tetapi kata hubung keterangan. Penggunaan oleh yang diikuti dengan kerana dalam ungkapan oleh kerana untuk menunjukkan hubungan yang membawa maksud sebab merupakan penggunaan yang salah. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 284.

Kat atas saya ada sebut perkataan sama dan serupa. Sama dan serupa ada beza tak ? Saya kata ada. Bahkan besar bezanya.

Kalau ingin tahu jugak perbezaannya, sila baca entri ini. Entri ini hanyalah untuk mereka yang punya masa terluang dan serius untuk mengetahui perbezaan maksud 'sama' dan 'serupa'.