Gambar hiasan ihsan Google.
Kadang-kadang masa kita cari tempat letak kereta kat gedung beli belah, kita terus terjumpa satu petak kosong, sebaik memasuki kawasan tempat letak kereta di situ. Tapi kita tak ambil sebab kita kata jauh sangat dari pintu gedung dan kita fikir sebelah depan berhampiran dengan gedung tentu ada lagi yang kosong.
Kemudian kita pandu perlahan2 sampai ke pintu gedung tapi masih juga tak berjumpa tempat kosong. Lalu kita cepat-cepat patah balik ke tempat letak kereta yang kosong yang kita jumpa tadi, malangnya tempat itu sudah diambil orang.
Lain kali bila kita pergi lagi ke gedung yang sama, sebaik masuk ke tempat letak kereta kita terjumpa satu tempat kosong, terus kita ambil. Kemudian kita pun jalan kaki menuju ke pintu gedung. Nak jadi cerita, kita terjumpa beberapa tempat kosong berdekatan dengan pintu masuk. Kita pun kata "ish, kalau aku tahu tadi, aku terus ke sini"
Begitulah dengan kehidupan kita ini. Kita tidak mungkin akan tahu nasib kita pada masa hadapan. Oleh itu bila ada peluang baik atau rezeki, ambil sahaja kerana peluang atau rezeki itu selalunya tidak datang kali ke dua. Apa yang kita ambil atau terima masa itu, itulah sebenarnya rezeki kita.
~