Monday, October 31, 2016

ADAKAH ANDA TAHU JUMLAH DUIT ANDA ?



Adakah anda tahu jumlah duit yang anda ada ?

Hari tu ada seorang ustaz kata, kalau kita tak tahu banyak mana duit kita, kalau hilang pun, kita tak tahu. 

Tetapi kalau kita tahu jumlahnya, kita akan susah hati bila duit kita hilang dan tidur pun tak lena.

Lebih teruk lagi kalau kita mula mengesyaki atau menuduh orang tertentu yang mencurinya.
Masalah lain pula timbul, bila orang yang dituduh itu bukan orangnya. 

Kesimpulannya adalah lebih baik jika kita tidak tahu berapa jumlah duit yang kita ada.

Saya sendiri pun tidak tahu jumlah duit saya, tapi hairannya kalau ada orang curi, saya pasti tahu. Jadi jangan sesiapa cuba-cuba nak curi duit saya. Hehe.




7 comments:

  1. Kalau syiling tu, mungkin saya tak tahu jumlahnya. Tapi duit kertas dalam dompet saya tahu ada berapa. Sebabnya, duit saya tak banyak mana...tu yang asyik dikira dan berkira... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tak juga ada banyak tapi simpan sana sikit sini sikit .. tu yg tak ingat jumlahnya.

      Delete
  2. assalamualaikum...semakin bekurang "kertas" didalam beg semakin prihatin kita pada jumlah baki yang tinggal..semakin mahir kita mengira dan membuat kira-kira sebelum berkira-bekira untuk berbelanja..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumusalam.
      banyak banyak yg saya perlu setelkan setiap bulan .. letrik, air, ansuran kereta, ansuran rumah, telefon, yuran belajar anak, pembantu rumah dan seterusnya.

      Delete
  3. saya duit yang ada di tangan jarang dikira-kira.

    tapi kalau duit yang orang tak bayar lagi, hari-hari saya kira.

    huhu.

    boleh ke Pak Ngah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyaklah duit awak sampai boleh bagi pinjam kat orang.

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.