Monday, October 24, 2016

PELAPOR KECURIAN BUAH DURIAN YANG KANTOI.


Gambar hiasan hasil carian Google.


a. buat apa kau pertahankan si pencuri tu ?

b. dia curi apa ?


a. durian.


b. berapa biji ?


a. 239 biji.


b. betul ke ni ?

a. kompom.

b. banyak tu .. engkau nampak ke ?


a. tak adalah nampak sebab dia letak dalam guni.


b. dia bawa dengan apa ?


a. dengan motor.


b. boleh ke durian sebanyak tu bawa dengan motor ?


a. tak kisah sangatlah jumlah tu.


b. tapi aku kisah.


a. ok .. katalah 39 buah.


b. engkau ada kira ke ?


a. tak adalah kira, tapi memang dia ada curi.


b. ye lah .. berapa biji ?


a. apa bezanya curi sebiji dengan dengan curi 239 biji ?


b. apa bezanya satu sebatan dengan 239 sebatan?


a. macam nilah .. hakikatnya memang dia ada curi durian.


b. habis kenapa tadi kau dengan yakin kata dia curi 239 biji ?


a. mungkin aku silap, tapi bagi aku dia tetap seorang pencuri .. aku tak suka pencuri.


b. aku pun tak suka pencuri tapi aku lagi tak suka orang yang bercakap semborono tanpa fakta yang tepat.


a. kalau kau dah suka dia, apa pun aku cakap kau tetap sokong dia.


b. ini bukan soal sokong atau tidak tapi aku tak gemar dengan perangai orang yang suka membesar-besarkan kesalahan orang lain sesuka hati.




4 comments:

  1. assalamualaikum..kalau ditamsilkan dalam maksudnya tu pakngah

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang dalam .. saya tak gemar cakap direct .. dah tua-tua ni malas nak gaduh.

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.