Monday, October 3, 2016

KALAU BOLEH SEMUA ORANG MAHUKAN ..


Gambar hiasan hasil carian Google.

Kalau boleh kita semua mahukan ..

1. Pemimpin politik dipilih oleh rakyat secara telus dan adil.

2. Kerajaan tidak mengamalkan salah guna kuasa, kronisma, nepotisma.
3. Minyak petrol 25 sen seliter.
4. Bil letrik dikurangkan 75% dari kadar semasa.
5. Tiada jenayah (kolar putih atau kolar biru).
6. Beratur tidak lebih dari 3 minit jika berurusan dengan mana-mana kaunter kerajaan atau swasta.
7. Jalan raya bertol atau pun tanpa tol yang tidak sesak.

dan kalau boleh juga saya mahukan rakyat Malaysia yang ..

1. Tidak membuang sampah merata-rata.

2. Tidak memotong barisan semasa beratur.
3. Tidak memandu secara melulu.
4. Tidak menipu maklumat semasa memohon BR1M dan sebagainya.
5. Tidak melobi untuk mendapatkan projek
6. Tidak mengambil makanan lebih dari yang mampu ditelan dimajlis orang.
7. Membayar apa sahaja hutang dengan kerajaan. Misalnya PTPTN, sewa kedai MARA dan sebagainya.