Dulu saya pernah buat entri di sini yang mengatakan bahawa dalam keadaan tertentu kita boleh berdusta (berbohong). Daripada komen-komen yang saya terima, ramai yang tidak selesa dengan entri tersebut. Perlu saya jelaskan di sini, saya bercakap dari segi hukum bukannya berhasrat untuk menggalakan anda berdusta.
Kebetulan baru-baru ini dengan takdir Allah, saya terbaca dalam Tafsir Al-Azhar, karangan Allahyarham Dr. HAMKA berhubung dengan isu ini semasa beliau mentafsirkan Ayat 32 - Surah Al-Maidah berkaitan dengan hukum berdusta dalam Islam. Apa yang ditulis oleh HAMKA itu adalah selari dengan entri saya seperti yang saya sebutkan di atas tadi. Bahkan menurutnya seseorang itu wajib berdusta kalau dengan berbuat begitu boleh menyelamatkan nyawa seseorang.
Ingin saya
jelaskan sekali lagi bahawa hukum asal berdusta itu adalah haram kecuali dalam situasi tertentu seperti yang dinyatakan oleh Dr HAMKA tersebut. Oleh itu kalau tidak memenuhi syarat-syarat seperti dinyatakan oleh beliau, jauhilah dari perbuatan berdusta. Harap entri pendek ini ada manfaatnya kepada pembaca.
semua yg di lakukan perlu ada sebab musabab yg bernas
ReplyDeletebegitulah hukum Fiqh - berubah2 ikut situasi.
Delete