Bukanlah niat saya nak single out dia seorang sahaja. Namun begitu ia adalah berkaitan dengan entri ini.
Antara komen-komen tipikal yang lain yang saya pernah jumpa adalah lebih kurang seperti berikut:
♢ Melayu memang mudah lupa - adakah dia bermaksud hanya dia seorang sahaja yang tidak mudah lupa?
♢ Melayu mudah kena beli - adakah maknanya hanya dia seorang sahaja yang tidak mudah kena beli?
♢ Melayu memang pemalas - adakah ini bermakna hanya dia seorang sahaja yang rajin?
♢ Orang Malaysia memang tiada kesedaran sivik - adakah maknanya hanya dia seorang sahaja yang ada kesedaran sivik?
♢ Orang Malaysia memang pentingkan dunia - adakah ini bermakna hanya dia seorang sahaja yang sangat mementingkan akhirat?
Adakah begitu ? Jangan asyik nak menilai orang jer kerjanya. Sesekali cubalah nilai diri sendiri pulak.
* Peringatan kepada diri sendiri.
Selalunya macam tu dia asyik nampak salah orang je seolah-olah dia tak pernah buat salah. Apa pun entry ni buat peringatan juga untuk saya semuga sedar diri. Satu jari menuding kat orang 4 jari lagi menuding pada diri sendiri.
ReplyDeletesekurang2nya entri ini buat pakngah berhati-hati bila ingin memberi komen atau penilaian.
Deletekadang kita sedar kita pun sama cuma tgh marah kot. itu yg mcm lupe hehehehhe
ReplyDeletebetul tu .. tu sebab saya tulis kat bawah tu peringatan kepada diri sendiri.
Delete