Saturday, September 8, 2018

KISAH DUA HARI SATU MALAM DI TAMAN NEGARA, PAHANG.

Pada 5 dan 6, September yang lalu saya dengan kawan-kawan saya yang senasib  seramai 3 orang lagi telah bersepakat untuk memancing di Taman Negara. Ada banyak syarat yang perlu dipatuhi untuk memancing di sini. Anda boleh dapatkan maklumat tentang syarat dan peraturan di laman agensi yang berkaitan. Namun begitu urusannya sungguh mudah. Bot untuk sehari sewanya cuma RM350.00 dan dibayar selepas balik dari memancing di sebelah petangnya. Kami cuma dibenarkan memancing di antara jam 9 pagi hingga 5 petang sahaja.

Rumah tetamu pula, dibayar selepas kita sampai dan masuk di dalamnya. Kunci dilekatkan di tombol pintu. Kami sampai kira-kira 4 petang dan cuaca masih lagi panas berbahang. Terasa nyaman bila memasukinya kerana tuan rumah sudah pun buka airkon sebelum kami sampai. 

Tempahan rumah tetamu seperti tempahan bot juga tidak perlu bayar apa-apa duit muka, deposit atau pendahuluan. Semua urusan dibuat secara dalam talian atas dasar saling mempercayai antara satu sama lain. Tetapi bukan saya yang uruskan. Salah seorang kawan saya yang uruskan. Segala yang dirancang berjalan seperti yang dinginkan. Perjalanan dengan kereta dari Kuala Lumpur juga lancar. Kami cuma singgah sekejap di Temerloh untuk makan tengah hari lauk ikan patin di sebuah kedai di tepi sungai Pahang. 



Gambar 1: Kita menginap di rumah tetamu ini. Walaupun kita tetamu tetapi tetap juga kena bayar RM150.00 semalam.


Gambar 2: Setiap kali pergi  memancing, mesti kereta menantu pak mertua saya yang kena. Mentang-mentanglah kereta ni dah lama.


Gambar 3: Ruang di dalam rumah tetamu yang luas dan bersih sebelum ia menjadi tunggang langgang. Ada 3 katil bujang dan sebuah katil saiz queen di sediakan dengan 2 bilik mandi dan 2 tandas. Sungguh selesa.


Gambar 4: Rumah tetamu yang kita duduk ni betul-betul berhadapan dengan sungai Tembeling. Buka sahaja pintu kita akan menghadap sungai tersebut, tapi nak pergi ke sungai itu boleh tahan juga mata tangga yang perlu kita lalui. Kalau sakit lulut, lebih baik naik kereta kerana kereta memang boleh bawa sampai ke tebing sungai.


Gambar 5: Pada waktu pagi ketika kami hendak mudik sungai untuk ke tempat memancing, hujan turun dengan lebatnya. Mujur ia beransur-ansur reda dan bila kita mula memancing ia berhenti sepenuhnya. Kalau tidak, rumit juga nak mancing dalam hujan ni.


Gambar 6: Bot yang kami sewa dikendalikan oleh seorang jurumudi dan seorang lagi menjaga di depan. Memang selesa kami naik 4 orang.



Gambar 7: Sebuah 'port' tempat kami memancing. Kelihatan di belakang sana sebuah bot yang membawa pelancong menghilir sungai. Kehadirannya berjaya memecah ketenangan dan menakutkan ikan.



Gambar 8: Kelihatan sebuah lagi bot yang membawa pelancong Mat Saleh dari luar negara  yang datang beribu batu ke Malaysia semata-mata ingin menikmati keindahan flora fauna anugerah Allah. Mana-mana rakyat Malaysia yang belum sampai ke sini, eloklah datang. Pasti anda nak datang lagi.



Gambar 9: Ini adalah antara ikan yang berjaya saya naikan. Namanya baung. Yang saya tunjuk ini ikan yang tidak besar. Yang lain-lain pun kecil juga. Ikan yang besar-besar tak berani nak makan umpan kerana terganggu oleh bot membawa pelancong yang lalu lalang tak henti-henti. Saya rasa kesibukan trafik di sini mengalahkan LEKAS.


Gambar 10: Pemandangan sebahagian jajaran LEKAS yang saya lalui dalam perjalanan balik ke rumah.

Dipendekkan cerita kami bertolak balik kira-kira jam 6 petang menuju Gombak, tempat pertemuan kami sebelum bertolak.  Dari Gombak saya memandu sendirian balik ke Seremban melalui LEKAS. Kenderaan hala ke Seremban macam tak ada. Seram pulak rasanya. Sampai rumah kira-kira jam 12.20 pagi. Syukur alhamdulillah selamat saya pergi dan kembali semula ke rumah dengan membawa seribu kenangan dan keletihan yang melampau.

Nota kaki: Muka penulis sengaja dikaburkan kerana dia terlupa nak pakai mekap.








12 comments:

  1. ha ha penulis pernah pakai mekap ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pernah guna bedak Cuticura masa kecik2 dulu .. hehe

      Delete
  2. Amvoi!!! jauhnya Pakngah pergi memancing.
    Itulah kalau dah minat dan ada gang semua menjadikan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu tak jauh tu .. kita sedang rancang nak gi mancing kat Tasik Kenyir pulak lepas ni.

      Delete
  3. tak pernah sampai Taman Negara lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. elok pergi semalam dua .. terokai keindahan alam kurnian Allah.

      Delete
  4. saya pernah dkt resort di taman negara tu Pak Ngah, dalam tahun 2007 masa tu baru2 keje di KL, masa dulu mmg tak ramai sgt yg ke sana sini ngn bot mcm yg Pak Ngah jumpa skrg...
    kalau yg mmg minat memancing ke sukakan hutan mmg sesuai sgt tempat tu... klu yg jns tak suka hutan mmg takmo la jejak....

    klu dana tkt lah memandu sorang2 di mlm2 buta tuh Pak Ngah oi

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya dengan hutan tak adalah hairan sangat sebab kampung pun dekat dgn hutan .. yang membawa ke sana lagi adalah untuk memancing ikan. Sebelum ini pun sudah beberapa kali pergi.

      Delete
  5. wajah yg begitu encem di blurrkan...ish ish.....

    ReplyDelete
  6. Baru tahu, rupanya pakngah pakai make up pula. Apa pun pengalaman memancing ini memerlukan semangat kuat untuk bersabar dengan keletah ikan yang bijak makan umpan tapi tidak kena umpan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah keseronokannya memancingm
      Kalau setiap balingan mengena, tak ada thrill pulak.

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.