Gambar hiasan dari album penulis - 1979.
Salam Maulidul Rasul.
Dua malam yang lepas, saya mengikuti kuliah Maghrib mingguan oleh ustaf Afifi di Masjid at-Taqwa, Kampung Paroi berkaitan peribadi Nabi Muhammad saw.
Menurut beliau, Nabi juga bergurau. Gurauannya boleh dijadikan contoh dan ikutan kepada kita terutamanya kepada mereka yang gemar atau ingin bergurau.
Ustaz menyimpulkan tiga syarat untuk bergurau yang harus diberi perhatian sewajarnya:
1. Perkara yang diguraukan itu hendaklah benar. Misalnya tak bolehlah beritahu kawan kita rumah dia terbakar. Bila kawan kita menggelabah, kita kata, "alaa .. aku gurau je"
2. Jangan melampau dalam bergurau, 24 jam bergurau hingga orang tak tahu kita serius atau pun bergurau.
3. Jangan sampai menyentuh peribadi orang lain. Misalnya hina warna kulit, saiz badan dsb.
kadang kala, kita ja rasa benda yang kita cakap tu kelakar.
ReplyDeleteorang lain mungkin rasa biasa ja. itu bernasib baik lagi.
kadang kala, kita ja rasa benda yang kita cakap tu kelakar.
orang lain rasa terhina, menyampah dan marah.
masa tu, banyak la masalah yang timbul.
uhuhuhu.
Tu lawak syok sendiri namanya .. memang akan timbulkan rasa kecil hati pada yang terkena.
Deletesalam. singgah baca diwaktu waktu sukar ini. muga sihat selalu tuan..
ReplyDeleteSalam kembali. Terima kasih kerana sudi singgah. Tapi saya kurang jelas apa maksuda tuan waktu waktu sukar tu.
DeleteNabi Muhammad itu contoh utama.
ReplyDeleteSalam Maulidurrasul
Tidak ada keraguan lagi ..
Delete