Monday, December 24, 2018

TERKENANG SEMASA DULU - 100: GILA BERMAIAN SALJI 4.

Sambungan dari entri ini.

Hari ini (22hb. Disember) sudah mula masuk musim sejuk di negara-negara hemisfera utara. Barangkali ini adalah entri terakhir saya bercerita dan menunjukkan gambar-gambar salji semasa saya bertugas di USA dulu sebab stok gambar yang sesuai dipaparkan, sudah habis, kecuali terjumpa gambar baru. Manalah tau kok ada kawan-kawan yang sama-sama bertugas di sana dulu ada simpan pulak.


Gambar: 32: Entah ada ke tidak lagi lagi pokok sebatang di hadapan rumah sewa saya ini.


Gambar 33. Salji tengah tebal di hadapan kediaman seorang kawan.


Gambar 34: Saya rasa ini gambar pada peringkat awal saya tinggal di USA kerana masih lagi memakai seluar 'bell bottom'.


Gambar 35: Tempat beli ikan, udang, sotong dan ketam. Nampak tak ada tulis 'crabs' kat belakang tu.


Gambar 36: Kelihatan di belakang kami orang main ski atas air batu yang asli. Masa tu tak teringin pulak nak main. Sekarang dah terlewat pulak.


Gambar 37: Sepasang ejen FBI muda yang mesra. 


Gambar 38: Kalau tak silap ini adalah bangunan Library of Congress.


Gambar 39: Bangunan yang sama seperti gambar 38 di atas. 

Demikianlah coretan saya mengenai salji dan cuaca sejuk semasa bertugas di USA dari tahun 1981 hingga 1984. Kini hanya tinggal kenang-kenangan yang semakin hari semakin hilang dari ingatan. Hajat nak ke sana lagi tu ada, tapi memikirkan jarak perjalanan yang mengambil masa yang lama, terpaksalah di lupakan. Buat masa ini saya dah tak larat lagi nak duduk lama-lama. Lainlah kalu ada orang sponsor tiket kelas pertama, boleh tidur baring. Hehe.


4 comments:

  1. Cantik rambut palsu Mak Ngah, pandai Pak Ngah pilih...hehehe

    ReplyDelete
  2. Asalam tuan, kenangan ini akan di tatap oleh ramai orang..sangat jelas gambar lama yang membuat kita terkekang masa silam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaikumussalam. Nasib baik ada gambar kerana daya ingatan semakin luntur. Boleh juga dikenang2.

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.