Monday, May 3, 2021

YANG MANA PALING SUSAH ?


Gambar hiasan hasil carian Google. 

Bagi anda perbuatan yang mana satu yang paling susah? 

1. Memaafkan kesalahan orang yang pernah memalukan kita di khalayak ramai. 

2. Melupakan seseorang yang sangat dikasihi yang telah tiada. 

3. Menghalalkan hutang kepada peminjam yang mampu membayar. 

4. Bersedekah di kala kita sendiri sedang kesempitan. 

5. Mengelakan dari mengumpat di kala peluang ada di depan mata. 

Bagi saya yang paling susah untuk dilakukan buat masa ini (dekat nak raya) adalah nombor 2.

5 comments:

  1. Saya pun sama pilih nombor 2.

    ReplyDelete
  2. No 2 akan sentiasa teringat apabila menjelang Ramadan. Rindu terutamanya pada kedua ibu dan bapa yang telah tiada akan sentiasa mengamit bila ramadan tiba. Al fatihah buat mereka yang telah tiada.

    ReplyDelete
  3. rindu dgn kasih sayang org2 yg penaah kita sayangi dulu2., huhuhu

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.