Tuesday, June 1, 2021

PENGALAMAN MENJADI PESAKIT COVID-19, TAHAP 4.




Gambar 1: Cetakan skrin dari Apps MySejahtera.

Saya sengaja tak mahu cerita di fesbuk yang saya terjangkit COVID-19 masa mula-mula kena dahulu sebab khuatir banyak soalan yang saya bimbang tak sempat atau tak larat nak jawab. Dan saya akan rasa bersalah kalau tak dapat atau tak sempat jawab. Bila dah jawab, saya pasti akan ada soalan tambahan atau lanjutan. Memang tak larat nak jawab dalam keadaan kita tidak sihat pada masa itu. Soalan anak2 pun saya tak larat nak jawab. Kalau ada yang call langsung saya tak dapat nak layan sebab saya jadi semput kalau bercakap. 

Alhamdulillah setelah 10 hari mendapat rawatan di Hospital Tuanku Jaafar,  Seremban,  saya sudah dibenarkan pulang.  Sekarang saya dalam tempoh pemulihan. Mohon doakan saya agar saya terus kekal sihat seperti sebelum ini. Ini adalah sejarah bagi saya masuk hospital untuk tempoh paling lama kerana sebelum ini rasanya paling lama pun seminggu. 

Kisahnya berawal begini.  Mula-mula saya demam dan batuk sejak 2hb Mei. Saya pergi klinik dekat rumah kerana ingatkan demam biasa sahaja.  Doktor beri antibiotik.  Lepas seminggu, demam dan batuk masih tak hilang bahkan makin berat walaupun antibiotik dah habis saya makan.  Dalam tempoh seminggu tu saya tidur macam orang pengsan dan cuma terbangun bila rasa lapar sangat dan makan apa yang lalu. Lepas tu sambung tidur sampai tak ingat dunia. Demam dan batuk masih tak hilang. Untuk meredakannya saya ambil panadol dan ubat batuk ikut selang masa yang sepatutnya.  Lega sekejap, kadang-kadang terbangun kerana badan berpeluh-peluh macam dah kebah,  tetapi lepas tu ia datang semula. 

Kemudian saya buat swab test kat sebuah di klinik di Senawang pada 9 Mei. 

Pada 11 Mei saya diberitahu positif Covid.  

Saya masih cuba bertahan sambil menunggu dihubungi pihak KKM tapi tiada sesiapa menghubungi saya.  Pada pagi 13 Mei berbetulan hari raya Aidil Fitri keadaan saya makin teruk.  Nafas pun sudah tersekat-sekat dan tercungap-cungap.  Saya minta anak saya hantar ke hospital Tuanku Jaafar. Semasa saya dihantar ke hospital oleh anak saya, ada juga terlintas di fikiran saya bahawa mungkin pemergian ini tidak akan kembali lagi. Namun begitu apa pilihan yang ada. Saya menaruh keyakinan bahawa pihak hospital adalah tempat terbaik untuk dapat rawatan dan petugas akan berusaha merawat kita sebaik mungkin secara profesional. 

Selepas menunggu untuk dapatkan katil kira-kira 6 jam sambil mendapat rawatan awal di bilik kecemasan akhirnya saya dihantar dengan ambulan untuk ke Wad. Walaupun wad itu dalam kompleks bangunan yang sama,  tapi mungkin itulah prosedurnya kepada pesakit yang menerima oksijen. Kemudiannya saya ditolak atas stretcher hingga sampai ke katil di tingkat 8B. Alhamdulillah saya dapat katil sebelah tingkap, jadi tidaklah panas sangat dan dapat pula melihat pemandangan di luar.  Kemudian bermulalah proses rawatan.  Antaranya ambil xray,  ambil darah,  ambil tekanan darah,  cek kandungan gula,  cek oksijen,  cek jantung,  injek ubat cair darah,  injek insulin,  cek suhu badan di samping diberi pelbagai ubat. 

Semasa melalui proses rawatan,  macam2  kesan sampingan timbul.  Misalnya tetiba bacaan gula dalam darah saya naik mendadak yang mana sebelum ini saya tidak pernah ada sejarah kencing manis.  Bila diberitahu oleh jururawat keadaan itu adalah sementara akibat saya diberi ubat tertentu dan ia akan kembali seperti biasa bila ubat tersebut dihentikan, saya pun jadi sedap hati.  Namun begitu saya terpaksa diberi suntikan insulin di perut dalam tempoh 7-8 hari sehingga kandungan gula kembali normal. Sebelum itu,  saya juga telah berhenti menerima oksijen untuk bantuan pernafasan selepas 4-5 hari menggunakannya.  Alhamdulillah. 

Sepanjang 10 hari berada di wad,  saya perhatikan semua jururawat bertugas dengan penuh dedikasi,  prihatin dan cekap tanpa keluhan walaupun saya percaya mereka kelelahan akibat tekanan dan bebanan kerja di samping kepanasan dalam pakaian yang berlapis-lapis. Tugas mereka berat dan mulia.  Tanpa mengira kaum, saya perhatikan mereka, 

1.  Suapkan makanan dan kadang2 terpaksa memujuk pesakit sebab ada yang tak mahu makan. 

2. Tukar diapers dan bersihkan badan pesakit serta tukar pakaian mereka yang tak berdaya mengurus diri sendiri. 

3. Melayan kerenah beberapa orang pesakit yang degil seperti suka buka oksijen dsb. 

4. Menenangkan pesakit yang sudah macam hilang ingatan hingga ada yang terpaksa diikat kaki tangan untuk elakan mereka jatuh dari katil. 

Namun begitu tidak ada pesakit yang tak berdaya mengurus diri sendiri yang terlepas pandang dan ketinggalan mendapat layanan dan jagaan mereka. Kepada siapa lagi hendak diharapkan kerana tidak seperti kes lain yang bukan Covid, keluarga pesakit tidak dibenarkan berada di dalam wad untuk membantu menjaga mereka. 

5. Dan yang paling utama ialah mereka  sangat berhati-hati dalam menjalankan tugas.  Misalnya dalam pemberian ubat, mereka harus menyampaikannya kepada setiap pesakit mengikut masa,  jenis, kuantiti atau amaun yang berbeza di antara seorang pesakit dengan pesakit yang lain,  tanpa membuat sebarang kesilapan. 

Kemudahan. 

1. Pakaian hospital yang sudah siap dicuci seperti seluar,  baju dan kain sentiasa tersedia. Kalau rasa nak salin pakaian 3 kali sehari pun tiada siapa yang larang. 

2. Kertas tisu,  diapers dan mask sentiasa ada dibekalkan. 

3. Makan minum diberi ikut jadual.  Alhamdulillah, selera saya terima semua. 

4. Untuk solat berjemaah dalam 10 -12 orang, ada sedikit ruang di bahagian belakang di celah2 laluan dan katil pesakit yang boleh digunakan. Sejadah yang secukupnya turut disediakan. 

Setiap malam sebelum tidur saya simpan harapan dan berdoa agar esok boleh discaj.  Begitulah berlarutan sehingga 10 hari terlantar di hospital. Dalam masa yang sama saya juga redha menerima apa-apa ketentuan Ilahi. Malah saya rasa bersyukur bila melihat ramai pesakit yang lebih teruk dari saya. Namun bila melihat sendiri di depan mata seorang pesakit di katil bertentangan meninggal dunia pada hari ke 2, saya merasakan antara hidup dengan mati itu berjarak hanya antara dua jari tangan sahaja. Kepada Allah saya berserah bulat2 dan redha akan apa sahaja ketentuanNya. 

Alhamdulillah pada 22 Mei,  tiba saat yang ditunggu-tunggu saya dibenarkan keluar dari hospital. Saya diberitahu oleh jururawat pada jam 2 petang berita baik itu dan meminta saya segera bersiap kerana ada pesakit baru yang akan masuk. Akhirnya kira2 jam 10 malam barulah dapat surat doktor dan juga ubatan untuk sambung ambil di rumah.

Namun begitu jika keadaan memerlukan untuk saya berada di hospital untuk suatu tempoh yang lebih panjang lagi, saya sudah bersedia dari segi mental dan fizikal menempuhinya kerana saya ingin betul-betul pulih dari penyakit ini. 

Saya rasa proses rawatan saya agak pendek berbanding orang lain mungkin kerana saya tidak mengidap sebarang penyakit kronik lain seperti darah tinggi,  buah pinggang,  jantung dan sebagainya.  Alhamdulillah. 

Dengan tumpang kereta jiran yang turut sama discaj yang dijemput anaknya, saya selamat sampai di rumah kira2  jam 11 malam. Setengah jam kemudiannya isteri saya pulak sampai dari hospital Tampin dengan dijemput oleh anak saya. Dia pun terjangkit COVID tapi tidaklah serius sangat, cuma tahap 2 sahaja.  Syukur yang tidak terhingga kepada Allah SWT kerana dengan izin, ihsan dah kehendakNya, saya dan isteri telah dipulihkanNya. Moga kawan2 lain yang masih di hospital dan juga yang menjalani kuarantin di rumah agar segera sembuh dan kembali pulih seperti sedia kala. 

Namun begitu saya belumlah lagi pulih 100%. Banyak lagi ubatan yang dibekalkan yang perlu diambil sehingga 16hb Jun. Dan pada 15hb Jun di sebelah pagi saya akan pergi semula ke Hospital Tuanku Jaafar untuk buat xray dan ambil darah.  Sebelah petangnya pula ada janji temu dengan doktor untuk mengetahui keputusan ujian darah dan xray serta status kesihatan saya.  Saya berharap dan berdoa agar segalanya berjalan lancar dan saya bebas dari jangkitan COVID sepenuhnya.  Insyaallah. 

Sepanjang kira-kira 3 minggu sakit,  saya kehilangan berat badan kira-kira 5 kg.  Kini selepas keluar hospital kira-kira selama 10 hari,  berat badan saya sudah naik semula menghampiri berat sebelum sakit hari tu. Selera makan saya pada masa ini ibarat 'lembing dihayun'.

Saya juga merasa amat bersyukur dan lega kerana 2 orang anak saya yang tinggal bersama-sama dengan saya negatif COVID selepas dua kali buat swab test.  

Gambar 2: Satu untuk rekod. 

Di sini ingin saya ambil kesempatan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua petugas khasnya yang betugas di Ward 8B yang telah memberi perkhidmatan yang sangat cemerlang kepada semua pesakit yang berada wad tersebut terutamanya sepanjang saya berada di sana.  Jasa anda semua sangat besar dan tidak mungkin dapat saya membalasnya. Semoga Allah membalasnya dengan balasan yang lebih baik lagi.  Amin. 

Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada Kerajaan Malaysia khususnya Kementerian Kesihatan yang memberikan segala kemudahan rawatan dan perubatan secara percuma.  Saya tidak tahu berapakah agaknya caj yang akan dikenakan oleh hospital swasta untuk perkhidmatan yang serupa.  Mungkin RM20 ribu kot untuk tempoh 10 hari. Atau mungkin lebih? 



51 comments:

  1. Syukur Alhamdulillah. Allah beri peluang untuk Pakngah berkongsi pengalaman ini.

    Semoga Pakngah dan Makngah segera pulih sepenuhnya. Aamiin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, saya bersyukur sangat2. Terima kasih atas doanya. Amin.

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah,semoga pakngah & makngah sihat seperti sediakala.
    Terima kasih pakngah berkongsi cerita .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2, terima kasih juga kerana sudi membaca dan meninggalkan jejak.

      Delete
  4. Baru belajar benda baru harini, 'selero macam lombing diayon'

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul ke awak tak pernah dengar sebelum ini?

      Delete
  5. Allahuakhbar keluar airmata saya pakngah
    Sama seperti Abang Ipar dan semua keluarga kakLong saya sehari sebelum syawal disahkan positif fasa 4
    Mula2 bawa ke Meaps tp kemudian dipindahkan ke Sg buloh sampailah
    Tak henti2 kami semua saling beri semangat dan mendoakan, Khamis lepas baru dibenarkan balik selepas pulih, dan semalam keluarga adik saya fronliner di Selangor dapat keputusan swab positif.
    Semoga dikurniakan kesembuhan yang sepenuhnya.
    Saya pernah bagitahu kenapa Allah berikan Covid 19 pada kumpulan tabligh masa awal awal dahulu?
    Kerana Allah hendak kita ambil pegajaran dan ilmu apa pengisian yang telah mereka buat sepanjang tempoh kuarantin
    Banyak kan membaca AlQuran dan serahkan diri sepenuhnya kepada Allah

    ReplyDelete
  6. Allahuakhbar keluar airmata saya pakngah
    Sama seperti Abang Ipar dan semua keluarga kakLong saya sehari sebelum syawal disahkan positif fasa 4
    Mula2 bawa ke Meaps tp kemudian dipindahkan ke Sg buloh sampailah
    Tak henti2 kami semua saling beri semangat dan mendoakan, Khamis lepas baru dibenarkan balik selepas pulih, dan semalam keluarga adik saya fronliner di Selangor dapat keputusan swab positif.
    Semoga dikurniakan kesembuhan yang sepenuhnya.
    Saya pernah bagitahu kenapa Allah berikan Covid 19 pada kumpulan tabligh masa awal awal dahulu?
    Kerana Allah hendak kita ambil pegajaran dan ilmu apa pengisian yang telah mereka buat sepanjang tempoh kuarantin
    Banyak kan membaca AlQuran dan serahkan diri sepenuhnya kepada Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya turut setuju dgn kesimpulan yg awak beri kenapa Allah pilih jemaah Tabligh dijangkit COVID dulu.

      Delete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. Ya Allah tuan.. Syukur Alhamdulillah tuan selamat dari covid-19.. Semoga segera sembuh sepenuhnya. Amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syukur sangat2. Terima kasih atas doanya. Amin.

      Delete
  9. walau jarang sekali memberi komen tapi saya rasa ingin komen kali ini untuk mencoret ucapan terima kasih kerana pak ngah berkongsi kisah pengalaman ini. semoga kesihatan pak ngah sekeluarga pulih sepenuhya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2. Terima kasih juga kerana gigih membaca dan meninggalkan komen.

      Delete
  10. Bila baca ni baru tau banyak yg saya tak tau pasal penyakit ni..Syukur Pakngah dan makngah dah sembuh semula.Terima kasih share pengalaman.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama. Saya pun begitu, baru tahu yg saya banyak tak tahu pasal penyakit ni.

      Delete
  11. Alhamdulillah
    Mudah2an akan segera sembuh sepenuhnya

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah... Semoga kita semua dilindungi Allah swt..

    ReplyDelete
  13. Allahuakbar terkejut bila baca tajuk. Tapi alhamdulillah syukur Allah telah menyembuhkan Pak ngah dan mak ngah. Satu pengalaman yang berharga supaya menjadi tauladan kepada orang lain bahawa virus covid itu benar. Semuga Allah menlindungi semua keluarga pak ngah. Mudahan juga semua pembaca blog Pak ngah Allah lindungi dari di jangkiti Covid 19. Aamiin Take care pak ngah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ancaman COVID memang real. Sakitnya juga real. Kita sendiri kena jaga diri. Amin.

      Delete
  14. Alhamdulillah, perkongsian yang amat menyentuh perasaan.
    Segalanya terjadi atas keizinan Allah. Syukur pakngah tiada penyakit kronik dan didoakan segera sembuh. Nanti pakngah sambung tulis lagi untuk kisah rawatan 15&16 Jun 2021 kelak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah. Terima kasih atas doanya. Amin.

      Delete
  15. الحمدلله ثم الحمدلله
    Semoga Tuan dan isteri terus sembuh dan sihat ya.

    ReplyDelete
  16. Alhamdulillah semoga pak ngah dan mak ngah terus sihat.

    ReplyDelete
  17. Alhamdulillah..saya doakan moga Pak Ngah dan Mak Ngah terus pulih sepenuhnya...terharu baca komitment petugas petugas di hospital dan kemudahan yang disediakan oleh hospital kerajaan secara percuma..terima kasih Pak Ngah kerana sudi berkongsi pengalaman ini.

    ReplyDelete
  18. Alhamdulillah. Semoga sembuh spt biasa. Aamin

    ReplyDelete
  19. Alhamdulillah, pak ngah & mak ngah dah sihat & menjalani pemulihan seterusnya di rumah.
    Sahabat saya juga +ve, tahap5, sampai intubate... Alhamdulillah dah pulang ke rumah.
    Semoga kita terpelihara dari ujian ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak juga kes yg berada tahap 5 yg pulih. Dan banyak juga yg tewas di peringkat awal lagi,
      dan itu semua adalah kehendak Allah belaka.

      Delete
  20. Sayu lak hati baca. Apapun syukur alhamdulillah. Moga PakNgah & Makngah terus berada di bawah lindungan rahmat Allah.

    ReplyDelete
  21. شفاك الله
    لا بأسى. طهور أن شاء الله

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin. Terima kasih atas doanya. Insyaallah.

      Delete
  22. alhamdulilah... semoga pulih sepenuhnya ...

    ReplyDelete
  23. Alhamdulillah syukur, pak ngah dan mak ngah dah beransur sihat. Terima kasih berkongsi cerita. Stay safe and take care.❤️

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makngahnya sudah sihat sepenuhnya tapi Pakngah masih berjuang.

      Delete
  24. MashaAllah, Alhamdulillah. Minta-minta Uncle diberi kesihatan sepenuhnya dan dipermudahkan segala urusan. Ameen Ya Rabbal Alamin.

    ReplyDelete
  25. Terima kasih kongsi pengalaman sebenar PakNgah. Touching baca.
    Semoga PakNgah dan MakNgah sembuh sepenuhnya dari penyakit covid19

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makngahnya sudah sihat sepenuhnya tapi Pakngah masih berjuang. Mungkin 5-6 lagi baru pulih sepenuhnya.

      Delete
  26. Hari ni baghu sey berpeluang baca post Bg Hamzah berkenaan pengidap covid19...Alhamdulillah Bg Hamzah dan isteri dah sembuh dan akan segera sembuh In Shas Allah, aaminnn....Terima kasih atas perkongsian dan Doa saya semuga kita semua dilindungi Allah dr wabak ini...aaminnn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kerana sudi baca entri yg panjang ini dan juga atas doanya. Terima kasih. Amin.

      Delete
  27. Setelah bertahun,beberapa hari ini bagai terpanggil untuk menjenguk blog Uncle.sebenarnya sungguh saya terlupa apa nama blog uncle.maafkan saya uncle..moga Uncle kembali sihat seperti selalu..sentiasa jaga diri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lamanya awak tak singgah blog uncle. Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan jejak. Uncle masih alami sindrom 'long covid' iaitu rasa letih yg melampau wpun tak buat apa2.

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.