Saya perhatikan banyak taman perumahan di Malaysia ini, sistem keselamatannya mengalahkan penjara. Ia dibuat bukan untuk suka2 tapi kerana keperluan. Misalnya kat taman perumahan saya, sistem keselamatan setiap rumah sekurang2nya ada 4 lapisan, iaitu:
1. Mula2 ada pengawal di pintu masuk utama.
2. Kemudian ada pintu pagar.
3. Lepas tu ada jeriji.
4. Akhirnya baru jumpa pintu rumah. Lepas masuk rumah, ada lagi pintu bilik tidur.
Selain dari itu ramai juga yang tambah lagi dengan CCTV atau alarm atau kedua-duanya.
Masa saya kecik2 dulu, rumah saya di kampung tak ada semua itu kecuali pintu rumah. Itu pun jarang2 berkunci. Kalau pun berkunci, cuma sekadar syarat sahaja.
Adakah suasana seperti itu masih lagi terdapat di kampung2 tradisional sekarang ini ?