Statistik Kematian Kerana COVID-19 dan kerana merokok.
Kementerian Kesihatan Malaysia melaporkan setakat 21 Februari 2022, seramai 32,390 orang telah meninggal dunia kerana COVID. Ini adalah angka kumulatif untuk tempoh 3 tahun.
Manakala bilangan yang meninggal dunia kerana merokok (Astro Awani - 20 Februari 2022) adalah dianggarkan seramai 27,000 orang pada SETIAP TAHUN.
Kesimpulannya. Kedua-dua statistik kematian tu menakutkan saya tetapi statistik kematian kerana merokok lebih merisaukan saya.
22022022.
Syukur saya dah lama berhenti merokok. Dalam keluarga saya ada 7 orang adik beradik lelaki, dulu semuanya merokok. Kini tinggal 2 orang saja yang masih merokok. 5 orang sudah berhenti
ReplyDeleteBilangan kematian semakin menakutkan
ReplyDeleteBetul tapi nampaknya rakyat tidak lagi cemas mcm mula2 dulu.
Delete