Terdapat persamaan sebutan nombor 5 di empat negara iaitu Tuvalu, Fiji, Samoa dan Filipina dengan sebutan orang Malaysia. Dan sebutan yang hampir sama di empat negara lagi iaitu Kribati (Nima), Tonga (Nima), Hawai (Elima) dan Maori di New Zealand (Rima). Saya sengaja memilih nombor 5 kerana persamaan atau kemiripannya sangat ketara. Nombor-nombor lain juga ada persamaan di negara tertentu. Misalnya di negara Tuvalu angka 10 disebut "sefulu". Begitu juga di negara Samoa, angka 10 disebut "sefulu" dan angka 2 disebut "lua".
Di Fiji dan di New Zealand (Maori) pula, nombor 2 disebut "rua". Manakala di Filipina paling banyak kemiripan iaitu, dua disebut "dalawa", empat disebut "apat" dan enam disebut "anim".
Berikut adalah sebutan nombor 5 di negara-negara berikut yang saya jumpa melalui hasil carian Google.
1) Negara Tuvalu - LIMA.
Sumber: https://omniglot.com/language/numbers/tuvaluan.htm
2) Negara Fiji - LIMA.
Sumber: https://omniglot.com/language/numbers/fijian.htm
3) Negara Samoa - LIMA.
Sumber: https://samoan.ws/05-numbers-time
4) Negara Filipina - LIMA.
Sumber: https://l-lingo.com/free-lessons/en/learn-tagalog-filipino/numbers-1-10.html
5) Negeri Hawai - ELIMA/LIMA
Sumber: https://omniglot.com/language/numbers/hawaiian.htm
Sumber: https://omniglot.com/language/numbers/kiribati.htm
7) Negara Tonga - NIMA
Sumber: https://www.omniglot.com/language/numbers/tongan.htm
8) Orang Maori (New Zealand) - RIMA
Sumber: https://www.maori.cl/learn/numbers.htm
Mengapakah terdapat persamaan atau kemiripan dalam sebutan nombor 5 di negara-negara yang saya sebutkan di atas ? Tidak mungkin secara kebetulan kerana ia bukan berlaku di sebuah negara sahaja. Seorang pengkaji sejarah (lupa namanya) mengatakan ia mungkin berpunca dari pengaruh pelayar-pelayar dari Alam Melayu atau Nusantara yang sampai ke negara-negara tersebut beratus-ratus tahun dahulu. Kalau betullah pendapat beliau itu, alangkah hebatnya orang Melayu dulu-dulu dalam ilmu pelayaran hingga mampu merentasi samudera yang begitu luas bagai tidak bertepi dari Alam Melayu hingga ke Hawaii. Berdasarkan penemuan itu, beliau turut menyimpulkan bahawa orang Melayu bukanlah pendatang tetapi adalah perantau dan pelaut yang hebat di zamannya.
Sekadar memberi beberapa contoh, saya sertakan cetakan skrin seperti di bawah untuk rujukan anda.
FIJIAN
TAGALOG (FILIPINA).
Jika anda berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut, bolehlah pergi ke link yang saya berikan seperti di atas.
wahhhh menarik tu, kadang bila di dengar memang ada beberapa perkataan yang kadang hampir sama sebutannya dengan bahasa malaysia
ReplyDeleteYang sama pun banyak juga.
Deleteorang Melayu dulu memang pelayar hebat. agaknya dari mana asal orang melayu ni ya? takkan dari Malaysia....haha
ReplyDeleteMcm2 teori asal usul org Melayu. Yg pastinya semua keturunan Adam dan Hawa.
DeleteDunia Melayu dikatakan tersebar hingga ke kepulauan Hawaii.
ReplyDeleteHebat nenek moyang kita.
Delete