Buah nangka ini sudah lebih tiga minggu tersimpan dalam peti ais rumah saya. Kelihatannya seperti masih baru
Sebelum ini saya cukup malas nak buka buah nangka yang dah masak kerana getahnya melekat kat tangan.
Untuk elakkan getah melekat kat tangan, saya simpan dulu buah nangka tersebut dalam peti sejuk (bukan tempat buat ais) selama 2-3 hari. Sebenarnya lebih lama lebih bagus. Selepas itu, getahnya sudah tiada lagi atau tidak melekat lagi kat tangan.
Untuk elakkan isinya cepat rosak, jangan pisahkan ia dari kulitnya. Bila nak makan, ambil isinya sebanyak mana yang dikehendaki dan selebihnya simpan semula dalam peti ais. Insyaallah isi nangka masih elok selepas 2-3 minggu tersimpan.
Kalau kita pisahkan isinya dari kulitnya dan simpan dalam peti sejuk, selepas 2-3 hari ia dah mula berlendir dah tidak sedap dimakan.
No comments:
Post a Comment
Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.