Wednesday, February 3, 2010

NO ENTRY ..!




Maaf.

Tak ada entri baru di sini.
 Hari ini giliran tuan rumah pergi ke rumah isteri blog satu lagi. Kalau  nak kacau dia kat sana, dia tak kisah !
 
Kalau nak masuk, sila ketuk pintu dulu kat sini (knock knock).

Tuesday, February 2, 2010

TERKENANG SEMASA DULU 3 - "MARBLE ARCH"


Gambar 1:  Di depan "Marble Arch", London - 1982.



Gambar 2: Terjumpa  Dengan Pelajar2 Malaysia Dari Ireland - 2005.


Gambar 3: Kat Sini Lagi ... Kini Dengan Makngah nya- 2006.

Tempat yang sama.  Pelakon utama yang sama. Tahun yang berlainan. Saya bersyukur kepada Allah kerana dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki dan diberikan peluang dapat ke sana berkali-kali.  Tapi macam mana pun hujan emas di negeri orang, baik lagi hujan  batu di negeri sendiri.   (Ini peribahasa ye  !)  

Seindah mana pun tempat orang, indah lagi tempat sendiri. Seseronok mana pun melawat tempat orang, seronok lagi tinggal di negeri Sembilan sendiri. Sesedap mana pun makanan tempat orang, sedap lagi makanan di negara sendiri.

Percaya tak, negara kita sedikit sebanyak ada menyumbang dalam pembinaan "Marble Arch" (klik untuk maklumat lanjut) ini dahulu. Ia dibina pada tahun 1828,  yang mana pada masa itu British (Cikgu Xiiinam, betulkan kalau saya silap) sedang menjajah tanah air kita. Tentulah sedikit sebanyak duit hasil getah dan bijih timah dari negara kita telah di gunakan untuk membina struktur ini. Jadi tak salah kan, kalau saya  bergambar di depannya !

p.s. kalau hari tu semasa di Switzerland saya kepingin sangat mahu ketemu Aiswarya Rai, akhirnya kat London dapat juga bergambar dengan dia  .. (Abu Muaz  di larang sama se kali menengok gambar ini. Tengok dua kali tak apa ! )


Monday, February 1, 2010

IKAN APA ? ... IKAN APA ? ... IKAN APA ?

Kalau pergi memancing belum tentu dapat ikan, tapi kalau tak pergi memancing dah tentu tak dapat ikan (ikan beli, ikan orang beri, ikan curi, ikan jumpa dsb, tak aci). Jadi pergilah memancing. Mudah-mudahan dapat ikan, macam Pakngah ( formerly known as al-lavendari ) kat bawah ini.


tak percaya ..?


Tak percaya lagi .. manalah tahu kok ada yang kata itu ikan dah mati beli kat pasar (macam Yunus Badawi beli ikan patin)

Kalau saya pergi memancing, saya tak pernah lupa bawa dua benda - topi dan tayar "spare" (selain dari nasi lemak, roti canai, pulut kunig, pisang, limau, keropok lekor, gula-gula, kuaci dan tak lupa juga air kopi dan air mineral semula jadi serta bantal dll). Topi untuk mengelakkan bunga-bunga lalang dari berterbangan, dan tayar "spare" terpaksa bawa kerana dah tak dapat nak di pisahkan.

p.s 1. maaf, mutu gambar dan video tu kurang memuaskan sebab saya guna kamera henfon "bluckcurry cap baba's" (tak macam finaz punya) .. tapi cukuplah untuk dijadikan bahan bukti kepada Mak Ngahnya.

p.s 2. mutu sinematografi gambar yang di ambil oleh baba's itu juga kurang memuaskan (orang dah tolong ambilkan gambar pun pakcik ini masih tidak bersyukur ).

p.s 3. kalau nak tahu itu ikan apa .. baca huruf yang di merahkan di perenggan pertama di atas .. senohong !