Kenapa dengan kita ni ? Sampai nak gaduh-gaduh, sampai berpuak-puak dan berpecah belah, sampai tak bertegur sapa, sampai tak pergi kenduri bagai. Lihatlah gelagat pemimpin-pemimpin kita seperti gambar2 di bawah. Cukup mesra. Nampak bertamaddun. Sikap mereka bukan baru tapi sejak zaman Dr. Mahathir dan Pak Lah lagi.
Gambar 1: Walau mereka "bermusuh" dalam politk tetapi mereka tetap menunjukkan budi pekerti yang tinggi. Mungkin ada yang kata mereka berlakun, tetapi tahukah kita apa di dalam hati mereka.
Gambar 2: Muka berpandangan, bibir mengukir senyum sambil tangan bersalam erat.
Gambar 3: Yang muda berjalan di belakang sebagai tanda hormat kepada yang lebih tua.
Gambar 4: Pak Lah dan Pak Nik sama-sama menuruni tangga. Kalau terjatuh mereka berguling bersama !
Saya
tak fikir mereka yang suruh kita bergaduh menggunakan kekerasan. Kalau
kena tangkap dan didapati bersalah oleh mahkamah, saya tidak fikir mereka juga akan membela kita.
Tolonglah
gunakan akal. Kalau kita ada hujjah, orang lain pun ada hujjah. Kalau
kita tak setuju dengan hujjah orang lain; orang lain pun boleh tidak
setuju dengan hujjah kita. Kalau kita fikir pandangan orang lain salah,
orang pun boleh berfikir begitu kepada kita.
Kadang-kadang
datang juga idea katun dalam fikiran saya supaya pertandingan memilih
Wakil Rakyat ini dibuat melalui perlawanan sabung ayam. Ayam siapa yang memang, dialah yang terpilih. Tak perlu nak kempen-kempen. Tak perlu
nak keluar duit banyak-banyak. Tak perlu nak buat bilik gerakan. Sampai
hari yang ditentukan, buatlah lawan sabung ayam itu kat mana-mana
stadium atau padang. Siarkan secara langsung atau lintas langsung kat semua stesyen tv. Bawa
pengadil dari Filipina atau Thailand. Mesti untung syarikat tv dari
hasil iklan. Harap-harap pencinta haiwan tidaklah menyerang saya kerana
cadangan katun ini.
Gambar 5: Alangkah manisnya senyuman kedua-dua tokoh ini. Jadi kenapa kita yang jadi 'tukang pacak bendera' ni harus bermasam muka ?
Semoga nanti "biduk lalu, kiambang bertaut" hendaknya selepas PRU 13 ini.








