Tuesday, January 13, 2015

DI MANAKAH PERTOLONGAN ALLAH SEMASA BANJIR ?



 Gambar hiasan ihsan Google.

Cerita ini telah lama saya dengar. Saya pun dah lupa sumbernya. Saya percaya ramai di antara pembaca yang telah pun mendengarnya. Bila banjir melanda negara kita baru-baru ini, saya teringat kembali cerita ini.

Ia mengisahkan seorang lelaki yang terperangkap di rumahnya semasa banjir. Dia risau melihatkan air semakin naik,  tetapi yakin akan datang pertolongan Allah dan dia tidak berhenti-henti berdoa. Pada masa air mula naik mencecah mata pertama anak tangga rumahnya, ada penyelamat datang dengan kenderaan 4x4 , tetapi dia enggan mengikutinya kerana yakin akan datang pertolongan Allah.

Dipendekkan cerita,  bila air sudah mencecah lantai, datang pula sebuah bot untuk menyelamatkannya  tapi dia masih eggan kerana yakin akan datang pertolongan Allah.

Air semakin naik dengan cepatnya dan bila air sudah setakat lutut di dalam rumahnya, dia bergegas naik ke atas bumbung rumahnya untuk menyelamatkan diri.


Selang beberapa ketika, datang sebuah helikopter menghulurkan tali dengan seorang penyelamat untuk membawanya ke pusat pemindahan, tetapi dia masih enggan kerana yakin akan datang pertolongan Allah.

Akhirnya rumahnya dihanyutkan air deras dan dia pun mati lemas dibawa arus.

Kemudiannya bila dia bertemu Allah, dia lantas bertanya kenapa Allah tidak menolong menyelamatkannya, lalu Allah menjawab:

"Bahkan Aku telah meghantar pertolongan sebanyak 3 kali, bermula dengan kenderaan  4x4, kemudian  bot dan akhirnya  helikopter .. tetapi malangnya ketiga-tiga pertolongan Aku itu engkau tolak"

Saya tahu cerita ini adalah rekaan, tetapi bagi yang suka berfikir dan merenung, ada pengajaran di dalamnya.



Sunday, January 11, 2015

MENGAPA LAUT YANG DALAM HENDAK DIRENANGI ?



 
Masa muda-muda dan tengah bercinta, macam-macam madah yang kita ungkapkan bagi menggambarkan perasaan kepada buah hati kita tanpa memikirkan samada ungkapan atau madah itu lojik atau pun tidak. Kadang-kadang ada juga yang lucu dan tidak kurang juga yang mengong. Mungkin kita tidak perasan semasa mengucapkan atau menuliskannya.

Misalnya kita biasa dengar orang yang tengah bercintan cintun bermadah begini.

Gunung yang tinggi akan ku daki.
Lurah yang curam akan ku turuni.
Laut yang dalam akan ku renangi.  
 
Saya tiada masalah dengan ungkapan gunung yang tinggi akan ku daki kerana umumnya itulah cara yang biasa orang buat.

Begitu juga dengan ungkapan lurah yang curam akan ku turuni kerana  itulah pilihan munasabah yang ada. Takkan nak menggelonsor pulak.

Akan tetapi saya kurang setuju dengan ungkapan laut yang dalam akan ku renangi kerana ada banyak pilihan lain. Misalnya kita boleh naik kapal laut, feri, perahu, water scooter dsb. Atau kalau nak lebih cepat lagi, naik kapalterbang sahaja. Kenapa harus berenanag. Bahaya tu !




Wednesday, January 7, 2015

INILAH JAWAPAN TEKA TEKI SIAPA YANG SENYUM KAT KITA.

Entri ini saya buat untuk memberi tahu jawapan kepada tekateki dalam entri saya sebelum ini. Saya  janji nak beri jawapan selepas 48 jam dari masa tekateki itu diterbitkan

Tapi sebelum itu saya ingin berterima kasih kepada semua pengunjung yang bilangan melebihi hari biasa. Walaupun pageviews kelmarin melebihi 1,000 tapi saya hanya mendapat 12 komen sahaja. Ini memberi petanda bahawa ramai pengunjung lebih suka jadi pembaca sahaja.

Pageviews semalam melebihi 1,000.

Soalan tekateki saya berbunyi:


Siapakah orang yang senyum-senyum kat kita itu sehingga
menampakkan barisan giginya yang teratur cantik dan beri sebab mengapa anda berkata begitu ?

Jawapannya: Doktor gigi. Semasa dia merawat kita, dia memakai topeng (mask). Kita tidak dapat melihat wajah dia tetapi dia boleh melihat wajah kita. Jadi bila kita jumpa dia di luar tanpa topengnya, dia kenal kita tapi kita tak dapat kenal dia.

Nampaknya tidak ada seorang pun yang dapat memberi jawapan dengan tepat mengikut skema jawapan saya. Saya perhatikan ramai yang tak jawab soalan saya sepenuhnya. Saya tanya siapa orang yang senyum-senyum itu dan mengapa anda berkata begitu tapi ramai yang jawab mengapa sahaja (kecuali JunAina dan Nurul Hidayah).

Jawapan JunAina

Misi kat hospital!

Jawapan Nurul Hidayah.

Kawan lama yang sudah tidak kita kenali tapi masih mengenali kita.

Keputusan Pengadil.

JunAina memberi jawapan hampir tepat tetapi dia tidak menjelaskan mengapa misi itu tersenyum.

Jawapan Nurul Hidayah boleh diterima jikalau soalan saya tidak berbentuk teka teki kerana dia menjawab siapa dan mengapa.

Apa-apa pun terima kasih kepada semua yang sudi ziarah khususnya kepada anda yang telah mencuba memberi jawapan.