Showing posts with label tekateki. Show all posts
Showing posts with label tekateki. Show all posts

Tuesday, January 27, 2015

TEKA TEKI BUDAK-BUDAK.




"Pokok apa yang boleh bertalipon (telefon) ?"


Jawap dulu di kotak komen.

Lepas tu boleh semak jawapannya kat sini.

Jangan mengelat ya.


Siapa dapat jawapan yang betul ?

Jangan marahhhh.

Hehehe.




 



Wednesday, January 7, 2015

INILAH JAWAPAN TEKA TEKI SIAPA YANG SENYUM KAT KITA.

Entri ini saya buat untuk memberi tahu jawapan kepada tekateki dalam entri saya sebelum ini. Saya  janji nak beri jawapan selepas 48 jam dari masa tekateki itu diterbitkan

Tapi sebelum itu saya ingin berterima kasih kepada semua pengunjung yang bilangan melebihi hari biasa. Walaupun pageviews kelmarin melebihi 1,000 tapi saya hanya mendapat 12 komen sahaja. Ini memberi petanda bahawa ramai pengunjung lebih suka jadi pembaca sahaja.

Pageviews semalam melebihi 1,000.

Soalan tekateki saya berbunyi:


Siapakah orang yang senyum-senyum kat kita itu sehingga
menampakkan barisan giginya yang teratur cantik dan beri sebab mengapa anda berkata begitu ?

Jawapannya: Doktor gigi. Semasa dia merawat kita, dia memakai topeng (mask). Kita tidak dapat melihat wajah dia tetapi dia boleh melihat wajah kita. Jadi bila kita jumpa dia di luar tanpa topengnya, dia kenal kita tapi kita tak dapat kenal dia.

Nampaknya tidak ada seorang pun yang dapat memberi jawapan dengan tepat mengikut skema jawapan saya. Saya perhatikan ramai yang tak jawab soalan saya sepenuhnya. Saya tanya siapa orang yang senyum-senyum itu dan mengapa anda berkata begitu tapi ramai yang jawab mengapa sahaja (kecuali JunAina dan Nurul Hidayah).

Jawapan JunAina

Misi kat hospital!

Jawapan Nurul Hidayah.

Kawan lama yang sudah tidak kita kenali tapi masih mengenali kita.

Keputusan Pengadil.

JunAina memberi jawapan hampir tepat tetapi dia tidak menjelaskan mengapa misi itu tersenyum.

Jawapan Nurul Hidayah boleh diterima jikalau soalan saya tidak berbentuk teka teki kerana dia menjawab siapa dan mengapa.

Apa-apa pun terima kasih kepada semua yang sudi ziarah khususnya kepada anda yang telah mencuba memberi jawapan.


Monday, January 5, 2015

SIAPA YANG DAPAT JAWAB TEKA TEKI INI MEMANG HEBAT.


 Gambar hiasan ihsan Google.


Dia senyum-senyum kat kita sehingga menampakkan barisan giginya yang teratur cantik.
Kita pun balas balik.
Dia sambung senyumannya sambil memandang muka kita.  
Memang kompom dia senyum kat kita.
Tapi kita tak kenal dia.
Dalam hati kita berkata-kata,  "siapakah gerangan dia"

Soalan.

Siapakah orang yang senyum-senyum kat kita itu sehingga
menampakkan barisan giginya yang teratur cantik dan beri sebab mengapa anda berkata begitu ?

Kotak komen dah saya buka tapi hadiah tak ada. Cuma nak tengok ada ke lagi orang yang sudi baca dan komen kat blog saya selepas sekian lama kotak komen saya tutup atas sebab-sebab perikemaknusiaan.


Nota kaki: Jawapan akan diberi selepas 48 jam dari sekarang.




Saturday, September 21, 2013

TEKA TEKI LOYAR BURUK VERSI BLOG.

Sebentar tadi saya buat teka-teki kat fesbuk. Saya ingatkan semua orang masih tidur dan menjangka orang pertama pasti boleh menjawabnya dengan betul. Rupanya ramai yang respon dan ramai yang tak dapat jawab walaupun saya dah kata teka teki tu loyar buruk. 

Cuba baca soalan dan jawapan yang diberikan. Kesian kat dia orang yang penat-penat perah otak mencari jawapan. Hehe.


 

... bersambung kat bawah.


Ini membuatkan saya bersemangat untuk membuat teka-teki loyar buruk lagi bila ada idea nanti kerana kepuasannya tidak terhingga bila ramai yang tak dapat jawab. He he he.



Monday, June 3, 2013

8 TEKA TEKI YANG DAH ADA JAWAPAN.




Jawapannya ada dibawah, tapi jangan tengok dulu. 

1. Apa dia yang boleh dipegang, selalu dilanggar tetapi tidak boleh dilihat ? 

2. Apakah tugasan yang tidak akan dapat kita siapkan ? 

3. Apa benda yang semakin banyak kita ambil, ia semakin luas ?

4. Apa benda milik kita tapi orang lain lebih banyak menggunakannya ? 

5. Bila kita nak guna kita buang, bila dah habis guna kita ambil balik ? 

6. Siapakah orang yang suka cakap-cakap di belakang kita ?

7. Bila kita ada kita nak kongsi, tapi bila dah dikongsi ia hilang ? 

8. Antara ayam dengan telur, yang mana lebih dahulu ?



Jawapan:

1. Janji.
2. Menulis biografi sendiri.
3. Lubang.
4. Nama kita.
5. Sauh.
6. Tukang gunting rambut. 
7. Rahsia.
8. Antara.

Tahniah kalau ada yang dapat semua jawapan betul !  


* Jawapan kepada tekateki bertarikh 27/1/2015 ialah - pokok Aloe Vera.


 



Monday, March 12, 2012

TEKATEKI PETANG ISNIN.

Tadi saya ada pos satu tekateki dalam fesbuk saya. Sekejap sahaja sudah ada dua orang memberi jawapan yang betul. Tekatekinya adalah seperti berikut:

Tekateki 1. "Apa dia yang boleh dipegang, selalu dilanggar tetapi tidak boleh dilihat ?"

Oleh kerana tekateki tersebut cepat sangat ada orang jawab maka saya pun beri tekateki yang lebih susah seperti di bawah:


Tekateki 2: "Apa benda, bila kita nak guna, kita buang, bila dah habis guna, kita ambil balik ? "

Yang ini pun sekejap sahaja dah ada orang yang beri jawapan yang betul.  

Sekarang giliran blogger pula menjawab. Sebelum itu saya minta bagi yang ada akaun fesbuk saya supaya jangan buka  untuk melihat jawapannya.





Thursday, March 3, 2011

JAWAPAN TEKATEKI KELMARIN.

.


Tekateki bebudak (Jawapannya pun mesti cara bebudak).

"Antara ayam dengan telur .. mana lebih dulu ?"




Jawapannya ialah : "Antara"  ... ekekekekeke !



Kan ke saya dah cakap .. tetateki bebudak, jawapannya pun mesti cara bebudak. Satu jawapan pun tak ada yang betul.  Kebanyakkannya ke laut. Kat FB pun tak ada yang dapat jawab dengan tepat mengikut skema saya.

Maknanya anda semua telah gagal berfikir cara bebudak ! Baik ke tak baik entahlah .. saya pun tak tahu.  Tapi saya rasa, ia mungkin boleh menjurus kepada wujudnya jurang komunikasi. Saya kata mungkin sahaja.

Mari kita lihat beberapa komen atau jawapan sahabat-sahabat kita di FB dan juga blog saya yang menarik dan mencuit hati saya:


  • Sufia Mahzan abg saya jwb..tgk pd soklan.
    kalau tanya ayam dlu..jwpn dia ayam
    kalau tanya telur dlu..jwpn dia telur
    hehe..

    7 hours ago ·


Kakzakie said...

Telur tak tetas dan keluar kalau tak ada ibunya. Eh... ibunya dari mana ye. Heee.....


Tijah said...susah soalan tu bang. dari kecik sampai la ni sy masih tak tau jawapannyer.
tapi kalau dah jadi lauk, antara ayam dan telur. saya pilih hirup kuah.


azmnor said...Salam Tn Hj..

teka teki tu .... mesti laa telur dulu Tn.... pasal kan kita sebut " TELUR AYAM" jadi telur dulu baru ayam.....hehehe jawapan budak budak laa tu kot...


Mommy Fara said...

ayam dulu sbb mane dtgnye telur klu bkn ayam...wahahah! bantai je!

s a r said...

assalamualaikum uncle!
jawapan : ayam
sebab ayam duduk atas telur, ayam yg nmpak dulu dari telur.. :p

Cik SHiNJU said...

Antara ayam ngn telur,saya la paling dulu..x sempat ayam bertelur saya dh goreng buat lauk..x sempat telur menetas saya dah rebus buat makan ngn nasik lemak...miahahaha
saya dulu..yeayyy :P


http://debumelukut.blogspot.com/ said...

telur? ayam? alah, kita serahkan pada ayam lah untuk fikir..


~najwa~ said...ayam yang 'meneran' dulu...hehe. ntah apa2 je jwpn.


Jawapan siapa yang paling anda suka ?

Nota kaki:  Kelmarin sibuk sikit sampai ke malam .. cuma sempat masuk dan komen 2-3 blog sahaja secara rambang. Harap maaf.  Lepas ni nak jawab komen2 dalam entri saya semalam.

.

Sunday, February 20, 2011

1. TERIMA KASIH KERANA SUDI 'FOLLOW' SAYA. 2. HARI ULANGTAHUN KELAHIRAN SAYA. 3. NAK KELUAR STESYEN. 4. TEKATEKI.


http://vansterz.files.wordpress.com/2010/10/sahabat11.jpg

Hasil carian Goolge... nak buat sendiri tak reti !



Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada:

1.  Riesha
2.  Warna Ryu
3.  Farahanis Waheda
4.  Sharifahnor
5.  Ibu Qaleesya
6.  N.atiekah68
7.  Alin
8.  Deddee87
9.  Anabelle
10. Phalanx91
11. Hanim Rohanim
12. Azween
13. Najiha_nuha
14. Arel_121205
15. Iedaimmi
16. Sekolah
17. Emymilia
18. Far-East
19. Ummi Sofiya
20. Intan Awzani
21. Matika_love13
22. Red Ribbon Tweet


yang sudi follow saya. Kalau ada lagi nama yang tak tersenarai, saya mohon maaf.

Saya buat entri ini kerana saya tidak dapat nak follow balik atau tak dapat nak mengucapkan terima kasih di blog anda kerana bila saya klik kat gambar/ikon anda, tidak ada pautan atau link yang keluar. Yang ada cuma catatan "Sites I've joined" yang tidak membawa ke alamat anda.


Saya pernah buat entri khas bertajuk Tak Dapat Nak Follow Balik mengenai masalah serupa  di sini.
 
Sebenarnya hari ini adalah hari ulangtahun kelahiran saya.  Cadangan asalnya saya nak buat kontes sempena dengan hari ini .. tetapi memandangkan saya akan keluar stesyen mulai esok pepagi buta selama 3 hari, maka saya tangguhkan dulu. Saya tak mahu jadi macam kontes saya yang pertama dulu di mana saya berada di Langkawi menyebabkan kelewatan saya membalas dan melawat blog peserta. Mungkin saya akan buat kontes tu sempena hari ulangatahun kelahiran Makngahnya nanti.


Doa kalian saya pohon agar perjalanan saya selamat pergi dan selamat kembali.



p/s: terima kasih kepada tetuan Public Mutual, Senheng dan Maxis kerana menghantar kad/mesej ... apa salahnya tetuan Public Mutual hadiahkan saya beberapa ribu saham percuma dan tetuan Senheng sebuah TV LCD 80 inci dan  tetuan Maxis panggilan percuma selama setahun, sempena ulang tahun kelahiran saya !


...........................................oo0oo.............................................

Tekateki.

Tekateki ini  sudah lama beredar dalam pasaran. Jadi ia ditujukan kepada mereka yang belum pernah dengar dan tak tahu jawapannya. Kepada mereka yang dah pernah dengar dan tahu jawapannya tak payahlah jawab. Cuma yang belum pernah dengar dah tak tahu jawapan sahaja yang diminta memberi jawapan. Tekatekinya adalah:

"Apa benda kalau kita jalan, dia jalan; kalau kita berhenti, dia jalan dan kalau dia berhenti, kita jalan"


.
 ... semalam seharian saya pergi memancing di Sungai Teriang, dekat Cemomoi ... dapat ikan tilan  6 ekor. ikan lain tak dapat. nanti saya tunjukkan rupa ikan tilan dalam entri yang akan datang.


.