Siapa tahu nama jambatan ini?
Mesti ramai yang kata itu adalah London Bridge. Sebenarnya itu adalah Tower Bridge. Saya baru tahu rupanya London Bridge yang selama ini saya bayangkan sebenarnya adalah Tower Bridge. Itu pun selepas diberitahu oleh pemandu pelancong semasa ikut pelayaran menyusuri Sungai Thames beberapa tahun lalu. Kalau tidak, saya pun macam ramai orang lain ingat Tower Bridge itu adalah London Bridge.
Di atas bot semasa menyusuri Sungai Thames. Gambar kitar semula.
Bukan kita orang Melayu atau orang Malaysia sahaja yang keliru, ramai orang lain termasuk Mat Salleh juga begitu. Kalau tak percaya, cuba Google London Bridge, maka kebanyakkan gambar yang keluar adalah Tower Bridge.
Untuk lebih lanjut sila dapatkan maklumat tentang kedua-dua jambatan ini di Wikipedia.
Cetakan skrin dari Wikipedia mengenai London Bridge.
Cetakan skrin dari Wikipedia mengenai Tower Bridge.
Gambar Tower Bridge di waktu malam. Gambar kitar semula.
Secara perbandingan rupa London Bridge dan Tower Bridge adalah seperti di bawah. Kan jauh bezanya tu !
Sumber: sini
Setelah mengetahui mengenai kedua-dua jambatan tersebut, kadang-kadang ada juga saya menegur beberapa kawan saya di fesbuk yang terkeliru. Mana kawan yang merendah diri, terbuka kepada teguran dan tidak sombong, mereka akan mengakui kesilapan dan berterima kasih kerana memberi teguran.
Tapi ada juga kawan saya bila saya tegur, "itu bukan London Bridgelah .."
Dia jawab,
"whatever .. "
Kalau orang Negeri Sembilan dia jawab,
"London Bridge ko Tower Bridge ko apo bezo ea .. duo-duo tak ado kek Nismilan".
Gambar Tower Bridge yang diabadikan pada sebuah cenderamata yang sempat saya beli dan masih baik dalam simpanan saya.







