Thursday, April 14, 2016
ADA APA DENGAN MAL ?
Masa saya mengelamun baru-baru ini, saya terfikir tentang tiga huruf yang bersambungan iaitu MAL yang ada dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Ingeris.
Ia berkait dengan sesuatu yang negatif, tidak bagus, jahat dan sebagainya. Tak percaya, mari saya berikan beberapa contoh.
Melayu.
MALang
MALap
MALu
MALaun
MALas
MALing.
MALa Petaka.
MALin Kundang (anak derhaka)
MALapeh (melepas - Minang)
PeMALsuan
Inggeris.
MAL Prefix yang membawa makna sesuatu yang tak elok, buruk, salah dan seumpamanya. Contoh: MALfunction, MALnutrition.
MALaise
MALa fide
MALaria
MALady
MALice
kecuali MALe !
Akan tetapi dalam Bahasa Arab tak begitu.
Contohnya:
MALaikat
MAL (harta benda atau khazanah)
MALik.
AMAL.
Maka selamatlah MALaysia. Hehe.
Tuesday, April 12, 2016
MENGAPA PULAK KITA HARUS BERHENTI BERBLOG KALAU ORANG TAK MAHU MASUK KONTES KITA ?
Gambar hiasan ihsan Google.
Saya pernah terlintas untuk berhenti berblog. Semuanya gara-gara kontes yang saya anjurkan tidak mendapat sambutan. Tidak seorang pun yang sudi mengambil bahagian.
Pelbagai perasaan berkecamuk dalam minda saya pada masa itu. Mungkin boleh saya simpulkan perasaan itu dalam peratusan. Malu : 70 % dan sedihkuciwaterkilan: 30 %.
Kemudian setelah saya bermonolog
1. Kalau orang tidak sudi mengambil bahagian dalam kontes saya, jangan buat kontes lagi. Di samping itu, selamat duit saya untuk hadiah sebanyak RM100
2. Menulis adalah minat saya sejak dulu. Sesudah bersara saya dapat lebih masa untuk menulis blog dan juga fesbuk. Buat masa ini, saya tidak ingin memadamkan minat ini walaupun pun menulis blog sudah kurang giat berbanding di fesbuk.
3. Kalau saya berhenti pun tiada siapa yang kisah dan mungkin tiada siapa pun yang perasan. Ini adalah hakikat kehidupan.
Kalau nak tahu, kontes yang saya maksudkan adalah di sini.
Kesimpulan: Saya memang sudah serik membuat kontes. Serius.
Thursday, April 7, 2016
SIAPA SUKA PERGI PASARAYA GIANT ?
Gambar para pemancing udang dari album peribadi penulis.
Pada suatu hari saya memancing udang di kolam berbayar tak jauh dari rumah saya. Seorang kanak-kanak lelaki yang saya agak berumur lebih kurang 4-5 tahun, yang datang bersama ibu dan bapanya, berlari-lari di sekeliling kolam yang tentunya merunsingkan ibunya. Saya juga turut rasa tidak selesa.
Setelah ditegah beberapa kali, tidak juga berhenti, ibunya memberi ancaman.
"Kalau adik nakak-nakal, nanti ibu tak bawak pergi Giant".
Serta merta kanak-kanak itu berhenti dari berlari-lari. Kemudian dia berjalan perlahan-lahan menuju ke tempat ibunya.
Bagi sebahagian kanak-kanak (termasuk Makngahnya) Pasaraya Giant adalah tempat yang sangat suka dilawati. Saya kurang suka, sebab besar sangat. Letih berjalan dan menolak troli
Hari ini saya masih keletihan kerana pergi beli barang kat Giant semalam. Tolak troli ke sana ke mari mencari barang. Adapun barang-barang yang nak dibeli tu tidaklah banyak mana, tetapi masalahnya mereka tidak duduk setempat. Lepas dapat semua barang yang dicari, tolak troli ke kaunter dan beratur untuk bayar. Kemudian tolak troli lagi sampai ke kereta. Lepas itu sampai rumah, punggah pulak barang-barang tu bawak masuk ke rumah. Lepas tu, isihkan pulak barang-barang tu dan simpan tempat yang selayaknya. Lepas tu keletihan.
Subscribe to:
Posts (Atom)


