Tuesday, December 31, 2013
PERANGAI PENIAGA DI PADANG BESAR.
Pada hujung minggu lepas saya balik ke kampung Makngahnya di Perlis. Terlanjur dah sampai ke Perlis, saya mengambil kesempatan melawat pekan Padang Besar. Saya memang tidak gemar pergi ke sini pada musim cuti sekolah kerana dua sebab:
Pertama: Susah untuk mendapat tempat letak kereta yang berdekatan dengan tempat membeli belah.
Kedua: Sikap sesetengah peniaga yang "letak harga".
Melihat deretan kereta yang diletakkan di tepi jalan dan juga sikap sebahagian besar peniaga yang saya berurusan, maka dua sebab yang saya berikan itu adalah sahih.
Kebanyakan peniaga di sini, enggan tawar menawar. Misalnya kalau dia letak harga sehelai baju, katalah RM30 dan kita minta RM25, dia buat-buat tak layan je. Bila kita kata,
'tak beri RM25, tak apalah',
mereka jawab,
"tak mahu, tak apalah" sambil mengambil baju itu dan menyangkutkannya kembali.
Kalau bukan di musim cuti sekolah, tidak demikian sikap mereka.
* terima kasih Puan Shamshina Ahmad kerana berminat dengan blog ini.
Sunday, December 29, 2013
RAMAI YANG BODOH SOMBONG.
Kalau boleh saya katakan, salah satu kesalahan besar mereka yang menjadi orang Nombor 1 dalam mana-mana Kementerian, Jabatan atau Agensi kerajaan ialah keengganan mereka meminta pandangan daripada bekas orang-orang Nombor 1 sebelumnya, sebelum mereka membuat sesuatu keputusan penting.
Selalunya apa yang saya perhatikan dan macam sudah jadi tabiat pulak, mereka seboleh-bolehnya mahu mengubah segala dasar atau cara yang pernah dibuat oleh orang Nombor 1 sebelumnya. Kalau mereka bertanya kepada bekas orang-orang Nombor 1, seolah-olah jatuh taraf dia di mata dunia. Padahal saya percaya orang Nombor 1 sebelum dia sangat sudi dan berbesar hati memberikan pandangan mereka kalau diminta.
Akibatnya banyaklah kesalahan yang pernah dialami oleh orang Nombor 1 sebelumnya yang terulang semula atau banyaklah kejayaan orang Nombor 1 sebelumnya tidak diterus, dipertingkat atau lebih malang dibiarkan begitu sahaja.
Alangkah ruginya orang yang sedang memegang jawatan Nombor 1 yang tidak mahu mengambil faedah dari pengalaman bekas orang Nombor 1 yang pernah mengisi kerusi yang didudukinya sekarang. Inilah sikap yang saya kesalkan kerana ia tidak menguntungkan sesiapa jua kecuali barangkali sedikit rasa kehebatan diri sendiri orang Nombor 1 yang berkenaan.
Saya cuma ingin mengambil satu contoh (maafkan saya kalau contoh ini tidak tepat) iatu Taman Pertanian Malaysia Bukit Cahaya Seri Alam yang telah diilhamkan oleh Sanusi Junid, mantan Menteri Pertanian yang seolah-olahnya telah dibiarkan begitu sahaja oleh menteri yang menggantikannya. Akhirnya projek bernilai jutaan ringgit itu terbiar lesu begitu sahaja ? Siapa yang rugi ? Apakah menjadi terhina kalau menteri yang mengambil jawatan dari Sanusi dulu meneruskan dan mempertingkatkan projek tersebut.
Mari kita lihat beberapa keping gambar semasa zaman kehebatan Tamam Pertanian Malaysia Bukit Cahaya Seri Alam tersebut. Saya berkesempatan mengunjungi beberapa taman di luar negara, dan saya berpendapat Tamam Pertanian Malaysia Bukit Cahaya Seri Alam adalah setanding dengan taman-taman yang pernah saya lawati. Saya rasa projek ini sangat baik dan berpotensi menjadi salah satu tarikan pelancongan dari dalam dan luar negeri kalau ia diteruskan dan ditambahbaik lagi isinya.
Saya tidak pasti apa sebenarnya masalah yang dihadapi oleh projek ini. Adakah ia berpunca dari masalah status tanah, kewangan atau masalah sikap seperti yang saya sebutkan. Kalau masalah status tanah atau masalah lain, mengapa ia boleh dibina sedemikian rupa sebelum ini.
Maka kepada mereka yang sedang menjadi orang Nombor 1 atau baru menjadi orang Nombor 1 atau akan menjadi orang Nombor 1, saya berharap anda janganlah jadi bodoh sombong. Janganlah terlalu mengikutkan ego sendiri untuk meninggalkan bekas masing-masing kerana anda dipertanggungjawabkan dengan amanah mentadbirkan dan menguruskan wang dan harta awam dan bukannya wang atau harta sendiri.
Di bawah adalah gambar semasa, keadaan jambatan yang sudah rosak dan tidak digunakan lagi.

Wednesday, December 25, 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)