Tuesday, December 31, 2013

PERANGAI PENIAGA DI PADANG BESAR.


Pada hujung minggu lepas saya balik ke kampung Makngahnya di Perlis. Terlanjur dah sampai ke Perlis, saya mengambil kesempatan melawat pekan Padang Besar. Saya memang tidak gemar pergi ke sini pada musim cuti sekolah kerana dua sebab:

Pertama: Susah untuk mendapat tempat letak kereta yang berdekatan dengan tempat membeli belah.

Kedua: Sikap sesetengah peniaga yang "letak harga".

Melihat deretan kereta yang diletakkan di tepi jalan dan juga sikap sebahagian besar peniaga yang saya berurusan, maka dua sebab yang saya berikan itu adalah sahih.

Kebanyakan peniaga di sini, enggan tawar menawar. Misalnya kalau dia letak harga sehelai baju, katalah RM30 dan kita minta RM25, dia buat-buat tak layan je. Bila kita kata,

'tak beri RM25, tak apalah',

mereka jawab,

"tak mahu, tak apalah" sambil mengambil baju itu dan menyangkutkannya kembali. 

Kalau bukan di musim cuti sekolah, tidak demikian sikap mereka.

 

* terima kasih Puan Shamshina Ahmad kerana berminat dengan blog ini.



18 comments:

  1. Mak saya pun setiap kali ziarah besan di Perlis mesti singgah pasar ni. Ada aje la benda nak dibelinya. Tapi tak pulak pernah cerita pasal perangai penjual di sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus sikap emak awak tu .. sebenarnya tak elok mengumpat ni.

      Delete
  2. Saya kalau balik kampung memang time cuti Pak Ngah jadinya memang saya tak pergilah Pdang Besar kalau pergi pon saya cuma cari ikan bilis ja... Sekarang pulak ada org dok pi rumah mak bawak barang2 dari seberang dengan harga samaada lebih kurang harganya tetapi kadang2 lebih murah pulak harganya dari Padang Besar jadinya saya cuma call dan oder ja nak apa tp dia ni bukan org sana org Malaysialah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ada arrangement macam tu lagi bagus .. buat apa nak buat masa dan bersesak-sesak kan ?

      Delete
  3. Terima kasih juga sebab bagi saya peluang mengikuti segala cerita Tn Hj di blog ini. Ingatkan hujung2 tahun ni blog pun terlibat dgn kerja-kerja audit. Hihih. Apa-apa pun terima kasih sekali lagi. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya buat kerja-kerja audit setiap malam sebelum tidur .. hehe.

      Delete
  4. Masa orang ramai macam tulah. Masa orang tak ramai pun kita kena juga. Saya dah terkena ketika makan salah satu gerai di sini. Rm140.00 lunch, kalau disini dalam restoran pun tak sampai jumlah tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. umang ai .. makan kat gerai pun RM140 .. makan berapa orang tu ?

      Delete
  5. Saya pernah kena juga. Maka sebab tu lah...kalau nak shopping, saya tak pergi masa cuti sekolah atau cuti umum. Hubby saya kata : Cekik darah harganya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi masalahnya saya dapat balik Peghelih cuma masa cuti sekolah jer ..

      Delete
  6. kalau musim cuti sekolah ,kami rakyat Perlis cuba tak membeli belah disana kecuali ada pelawat dari luar.Tak sanggup nak berhimpit himpit dan kena 'katok'.Time best nak pi awal awal depa buka kedai..atau ptg ptg dekat nak tutup hari kerja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang dia orang 'kato' habis. kalau tidak, bila lagi nak katok. saya balik sebelum ini, kena saman parking .. kena RM150 kalaut tak silap.

      Delete
  7. KALAU BEGITU, 'PANGKAH' SAJA KEDAINYA..

    ReplyDelete
  8. baru pergi sekali...tu pun dah lama huhhuuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. selalunya saya pergi bukan atas kehendak hati sendiri ..

      Delete
  9. Dah lama tak pergi Padang Besar, rasanya dah lebih 10 tahun...

    Saya jenis tak suka tawar-menawar. Kalau dia letak harga mahal, saya terus tinggalkan kedainya walaupun dia cakap "Harga boleh bincang..."

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun kadang2 buat cenggitu .. tapi masalahnya terpaksa juga tawar-menawar kalau ada barang yang kita memang dah lama nak beli dan cuma kedai dia je yang jual.

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.