Sunday, December 22, 2013

DARI FESBUK # 4 - KALAU NAK BUAT SEMBAHYANG HAJAT.

Kat kuliah Subuh tadi, Ust Zaidi cakap "kenapa buat sembahyang hajat seminggu lagi nak periksa SPM, patutnya buatlah masa di awal tingkatan 4 lagi". Terdiam saya sekejap bila memikirkan kebenaran kata-kata Ust Zaidi itu.


.

14 comments:

  1. Sebab masa tingkatan 4, masing-masing sibuk berbulan madu...

    Orang Melayu memang macam tu. Bila dah terantuk, baru nak terngadah. Bila dah dekat dengan sesuatu perkara yang 'menggerunkan', baru nak ingat Tuhan.

    ReplyDelete
  2. Assalam Pak Ngah...Ummi mai singgah lagi... ^^

    Inikah yang dinamakan manusia.....betul cakap En Muhammad Syahmi, bila dah sakit baru nak cari ubat,, bila dicuit masalah baru nak cari solution.....umpama nak pakai baju kedut seribu barulah nak digosok.....betul dak Pak Ngah... ^^

    ReplyDelete
  3. ishhh, cerita bebudak ni....ustaz cari isu lainlah....pertamanya masih ada orang nak solat dan percaya kepada tuhan. Kedua pasal solat ni pastinya berkumpulan. Kalaulah bebudak tu ke, bapak budak tu ke buat pekak je... lagilah haru.....Kita cuba memberi sokongan kepada orang membuat kebaikan daripada pakat mengata ramai ramai.....wallahualam

    ReplyDelete
  4. Mmg saya tergelak, sambil berfikir masa baca post uncle ni di FB :)

    ReplyDelete
  5. ERM.. APAKAH MENCERAHANNYA AGAR IANYA DIBUAT DARI AWAL TINGKATAN 4, BOLEH BERI PENCERAHAN..

    ReplyDelete
  6. Agaknya takut kalau solat awal² tahun nanti bila sampai hujung tahun dah tawar agaknya?

    ReplyDelete
  7. salam tolang add sy ya, sy juga mohon nak link kan

    ReplyDelete
  8. Sekurang-kurangnya majlis ini satu usaha yang baik. Pihak guru telah berusaha mengajar dgn terbaik. Pelajarpun telah berusaha belajar dgn terbaik. Ibu bapa juga pasti menjadi supporter terbaik. Anggap jer majlis solat hajat ini cara mengumpulkan guru, pelajar dan ibubapa ke atas usaha yg telah dibuat selama ini. Solat dan doa sama-sama secara beramai-ramai sebagai persiapan terakhir. Tak salahpun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagi saya, setiap perbuatan yang baik itu patut disokong. Kalau ada kekurangan patut sama-sama dibaiki. Berusaha dan berdoa itu kewajipan individu (pelajar) sendiri. Ibubapa dan guru2 hanya sebagai pendorong.

      Delete
  9. Panglima Muda, Fairus dan Me, Myself and I.

    Ustaz ini mengajar subjek tasauf. Tasauf berkaitan dengan soal rasa dan bukannya fikiran. Ada orang yang dapat rasa dan ada yang tidak bergantung kepada maqam seseorang.

    ReplyDelete
  10. Betul tu.. sama la dalam situasai lain.. time senang nak sebut nama ALLAH pun susah.. tapi kalau dalam susah baru la nak berzikir nama2 Allah.. manusia memang selalu terlupa..

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.