Monday, December 2, 2013

ADA UGA BENDA YANG KITA TAK PATUT LUPA.


Saya tergelak besar bila membaca komen dari Kamsiah pada satu status fesbuk saya tentang keadaan lupa kakak ipar dia seperti berikut:


Orang kata penyakit lupa tiada ubatnya. Semua orang ada penyakit itu dan pernah mengalaminya. Cuma mungkin darjah kelupaannya berbeza antara seorang dengan seorang yang lain.

Misalannya, biasalah kalau kita terlupa nak 'switch on' periuk nasi letrik dan bila sampai masa nak makan, baru kita sedar setelah buka tudung periuk, nasi yang diharapkan masih lagi dalam keadaan beras berendam.

Namun begitu ada juga perkara yang tidak patut kita lupa dan kalau kita terlupa memang patut kalau kita kena marah atau pun kena ketawakan.

Contohnya kalau kita nak pergi memancing ikan,  memang tak patut kalau kita terlupa membawa joran. Kalau ianya berlaku, pasti kita akan ditertawakan atau dimarahi kengkawan  kerana menyusahkan mereka sekiranya kita terpaksa meminjam pancing mereka atau terpaksa patah balik.

Tahun ini saya lupa tarikh ulangtahun perkahwinan saya dengan Makngahnya. Nasib baik dia pun lupa sama. Hehehe.

Pernah juga berlaku kes lupa yang telah meragut nyawa di mana seorang ibu tertinggal anaknya yang sedang tidur dalam kereta untuk beberapa lama dalam cuaca panas dan akibatnya sungguh menyedihkan. Minta dijauhkan Allah ia berlaku kepada kita.


Atuknya terlupa nak buang tanda harga kat belakang baju cucunya yang baru dibelinya di Bukit Tinggi  .. dan cucunya pulak tak kisah pun.


p/s: perasan tak saya terlupa nak letak huruf 'j' pada perkataan 'juga' pada tajuk entri ini ?





31 comments:

  1. Cucu tak kisah ada tanda harga tu cuma harap2 ibubapa mereka pun tak kisah bila melihat harga yang berbeza-beza untuk pakaian yang atuk belikan untuk cucu-cucunya …… ngeeeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ibu bapa mereka nak kisah, saya akan suruh mereka pergi beli sendiri atau minta duit dari mereka bila saya nak pergi lagi nanti .. ngeeee.

      Delete
  2. KENA ADA REMAINDER ARU TAK LUPA AGAKNYA.. :)

    ReplyDelete
  3. Saya pelik dengan perkataan "uga", rupa-rupanya terlupa letak huruf J. Terlupa atau sengaja lupa?

    Saya juga mengalami perkara yang serupa. Gosok baju sebelum pergi kerja, bila balik kerja pada sebelah malamnya, terperasan lupa nak matikan suis seterika... Alhamdulillah, nasib baik tak terbakar rumah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya sengajakan sebab nak tengok ada tak yang perasan .. perkara itu ada saya nyatakan pada p/s di bawah tu .. awak terlupa nak baca atau tak perasan ?

      Delete
  4. terlupa... sejak berkahwin....kejadian pertama yang berlaku...suami saya terlupa hari lahir saya yang baru lepas... saya gelak aje... sebab rasa macam lucu aje...hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. baguslah kalau awak gelak je .. mungkin orang lain ada yang mengamuk sakan.

      Delete
    2. betullah pakngah..rasanya kalau orang lain dah mengamuk...bayangkanlah seharian menunggu ucapan dari suami..seperti menunggu buah yg tak gugur2..sampai kesudah dia tak kata apa2.......esoknya barulah dia sedar...rupanya dia terlupa... :)

      Delete
  5. perasan.. pelik mulanya sebab pak ngah jarang ada typo.
    kadang bila terlalu celaru, kita jadi terlupa... bila hati tenang, jarang la terjadi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sungguhlah .. misalnya subuh tadi saya terlewat nak ke surau langsung terlupa nak tutup pintu pagar dan terlupa bawa kunci rumah .. akibatnya bila balik terpaksalah ketuk tingkap bilik tidur makngahnya -- minta tolong dia buka pintu,

      Delete
  6. Lupa perkara2 ni boleh lagi dijadikan bahan ketawa jenaka, saya paling takut lupa diri. Iris dah besar, lawa berbaju jawa hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. lupa diri membawa dua konotasi .. satu macam sombong jer dan kedua macam nyanyuk jer .. pakngah takut dua-duanya.

      Delete
  7. ingat kan 'uga' tu perkataan nismilan..:D tu yg terpanggil nak baca sampai abih...nak tau gak apokobondo ea..

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum Pak Ngah! lamanya tidak menyinggah disini.
    oh, cucu belum pandai kisah tu. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaikumsalam.

      terima kasih kerana sudi singgah.
      cucu saya tu kalau dapat mainan, atuk dia pun dia boleh lupa.

      Delete
  9. Entahlah Pak Ngah Aina ni memang sangat selalu lupa2 ni. Paling kerap bila pergi kerja lupa bawak kunci rumah dan mulalah membebel org tua tu buka kotak ajaib kat motornya yang memang disimpan satu kunci spare kat situ....ahhaaaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. nasib baik pak tuanya tu penyabar orangnya .. saya pun sama, kadang2 berhari2 kunci rumah tak jumpa sebab salah letak .. terpaksalah pakai kunci yang makngahnya punya .

      Delete
  10. Salam Pakcik...

    Kesian kat cucunya. Tak dibuang tag price. Alahai...bab tarikh kawen tu, kami pun sama2 gak lupa. Adeh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kembali.

      aiii .. muda-muda lagi dah lupa .. nasib baik sama-sama lupa.

      Delete
  11. Memang betul..tak patut.balik dar kedai..masuk je dalam rumah..saua terus kunci pintu.tak lama tu dengar bunyi loceng pintu.dalam hati kata sapa lak yang datang tu..hi hi..saya lupa suami belum masuk dalam rumah...pintu dah kena kunci

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha .. ni mesti tengah fikir nak masak apo ni .. dah tu suami tak marah ke ?

      Delete
  12. Sudah tentu yg tak lupa ialah bila sampai masa nak makannn....atau nak belanja kawan buat2 lupa bawa beg duit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe .. biasa tengok tektik lupa bawa beg duit ni .. saya sendiri rasanya tak pernah buat cenggitu.

      Delete
  13. Saya pun selalu gak bab lupa lupa ni. Bab paling ketara, saya selalu terlupa tutup api dapur gas bila selesai masak. Parahh...

    Jadi, anak-anak kena semak semula dapur bila saya dah sudah masak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena beli dapur yang boleh tutup apinya sendiri secara automatik ni .. bahaya tu.

      Delete
  14. Eh! Dah lama tak singgah sini... terlupa nak BW ke blog kengkawan... boleh cenggitu pak ngah? Hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak apa .. dimaafkan sebab pakngah pun serupa. hehe.

      Delete
  15. Sifat lupa tu sebenar salah satu nikmat kurniaan ALLAH SWT yang tersangat berharga... andai tiada sifat lupa agaknya ramai orang buta macam Kassim Selamat a.k.a Osman Jailani meratapi pemergian orang tersayang...

    betul tak tnhj...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul .. bahkan pada tahun 2009 saya pernah buat entri tentang nikmat lupa kat link seperti di bawah ..

      http://al-lavendari.blogspot.com/2009/09/nikmat-lupa_04.html

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.