Tadi saya belek-belek surat khabar semalam. Banyak pulak iklan projek perumahan. Bila tengok harganya saya jadi takut. Ada rumah teres di kawasan Puchong yang harganya mencecah hampir RM1 juta. Rumah teres je ! Memang sah dah gilo, tak masuk akal harganya. Bukan rumah sahaja. Kondo atau aparment pun begitu juga.
Rumah tak serupa ayam. Kalau harga ayam naik, kita boleh makan ikan, daging, telor dan sebagainya. Ada orang makan sayur pun boleh hidup. Tapi kalau harga rumah (dibaca tempat kediaman) sudah di luar capaian kemampuan majoriti rakyat, takkan kita nak suruh mereka duduk dalam gua pulak.
Saya sedar harga rumah perlu naik, sebab harga tanah, buruh, bahan binaan semua dah naik. Barang lain pun semuanya naik. Tapi kenaikannya adalah dalam julat yang masih lagi munasabah. Berbeza dengan harga rumah, kenaikannya sudah melampau. Keterlaluan. Pemajunya bukan lagi ingin mencari keuntungan tapi ingin mengaut keuntungan semaksimum mungkin.
Kalau kenaikan setakat 30 - 40 % masih lagi boleh diterima, tapi saya rasa di sesetengah tempat kenaikannya sudah sampai 300% dalam tempoh masa 3-4 tahun sahaja.
Apa nak jadi ni ? Apa solusinya ? Takkan pihak yang berwajib nak biarkan begitu sahaja golongan PEMAJU ini mencekik darah kaum proletariat.
p/s: dekat nak pilihanraya nanti datanglah berkempen kat gua saya.
p/s: dekat nak pilihanraya nanti datanglah berkempen kat gua saya.
hehehee... tuan, kalau duduk gua, saya tetap nak ada sambungan internet jugak!
ReplyDeleteitu masalah kecik .. nanti saya buka CC kat pintu gua.
Deletetuan tau tak kalau2 ade gua untuk dijual di mana2. nak tinggal dalam gua je lah
ReplyDeletetak payah beli .. cari je gua yang masih kosong .. beli kang guna duit lagi.
Deletegua pun dah naik harga juga...eh silap...maksud saya gula. tersimpang siur pulak. tapi betul kata pak ngah di kampung is3 saya (di segamat), rumah teres di kawasan cenderung banjir pun naik berlipat kali ganda berbanding dalam tempoh dua tahun kebelakangan ni saja. alahai....
ReplyDeletesamalah macam kat tempat saya ni .. kawasan jin bertendang pun harganya dah dekat setengah juta.
DeletePak Ngah, kalau kita semua duduk gua, habis tu semua batmans and batgirls and batkids together with their batmums and batdads nak duduk mana?
ReplyDeletekita duduklah sama-sama .. lagi pun dia tak duduk kat bawah tapi bergantung kat atas.
DeleteHaah kan? Pastu memalam boleh keluar sama-sama depa. Cari makan.
DeletePak Ngah bagi saya sepatutnya kerajaan boleh kawal benda2 begini, cari penyelesaian untuk bantu rakyat jangan biarkan pemaju tetapkan harga tetapi kerajaan yang tetapkan harga. Orang yang bertanggungjawab perlu perah otak fikir jalan penyelesaian.
ReplyDeletebetul dan setuju .. tapi peliknya harga ayam pulak yang dikawalnya.
Deletetidak hairan kalau suatu masa nanti ada di antara warga Malaysia yang sanggup tinggal di khemah saja di kawasan-kawasan lapang. Di Cyberjaya sendiri paling kritikal...kondo, apartment, ruang berniaga, dijual mengikut harga kaki persegi. Contohnya...apartment berhadapan dgn tempat kerja saya...RM435/kaki persegi. Minimum keluasan ruang kalau tak silap 1676 kaki/persegi. Setelah dicongak harganya hampir RM730,000.00. Kos penyelenggaraan pun dikira mengikut keluasan..iaitu 0.20/kaki persegi. Cuba lah congak...
ReplyDeleteSaya setuju dengan JunAina. Sepatutnya mereka yang diberi kepercayaan oleh rakyat boleh saja mengawal keadaan harga yang melampau ini. Contoh lain tariff elektrik..perlu ke dinaikkan sedangkan sekarang ini pun belum lagi tariff naik..mereka sudah untung berbillion-billion RM.
Deletekemungkinan duduk dalam khemah tu ada .. tapi syukur di negara kita cuaca sedang molek, panasnya tak panas sangat dan begitu juga sejuknya. saya juga setuju harga rumah sekarang ini sudah melampau dan tahap gila.
DeletePak Ngah, duduk dalam gua pun nak kena modal tinggi. Kena beli tanah yang ada gua. Kalau tak, tuan tanah ke daun halau kita keluar gua...huhuhuhu...
ReplyDeleteya tak ya juga .. kalau begitu duduk Gua Musang je lah .. hehe.
Deletesaya memang takkan dapat beli rumah la sampai bile-bile...
ReplyDeletehaha!
janganlah sampai begitu .. rezeki kita tidak siapa yang tahu kecuali Dia.
DeleteTu pasal lah saya masih duduk rumah pusaka ayah...
ReplyDeleteberuntunglah ada rumah pusaka .. saya nasib baik sebagai warga emas, berpeluang beli rumah dulu masa belum mahal sangat. budak-budak yang baru bekerja sekarang, duduk rumah sewa je lah. dan yg masih bersekolah, tak tahulah apa nasib mereka nanti.
DeleteSemua pakat nk kaut keuntungan..
ReplyDeletePersatuan pengguna kita tidak kuat seperti di negara2 maju .. terpaksalah ikut telunjuk pemaju atau penjual berapa dia nak letak harga.
DeleteSaya setuju ngan Pakngah..Kerajaan kena pantau harga tu ikut pendapatan kita kita ni..
ReplyDeleterumah mampu milik yang kerajaan buat pun ramai yang tak mampu nak beli .. ini tak boleh jadi.
Deletegua pun dah x ada sekarang ni.... bukit2 semua diratakan.... atas laut pun dah siap kondo harga jutaan.. kalau dah maintenance fee pun cecah 1-2k, faham2 je la ye berapa harga tiap unit kondo tu
ReplyDeletekalau orang kita yang beli tak apa jugalah .. tapi kalau orang seberang tambak, takkan kita nak gigit jari je kan.
DeleteKALAU DUDUK DALAM GUA MENYENANGKAN, SAYA PON NAK DUDUK DALAM GUA.. :)
ReplyDeleteTanya Ku Li yang duduk Gua Musang .. hehe.
DeleteBab bab ini buat saya termenung...lagi 4 5 tahun mcmana pulak harga rumah? Dekat dgn bandar lagila mahal..sebab tiada yang kawal la jadi camni
ReplyDeletememang betul tu .. orang kita sibuk kalau harga ayam atau gula naik sikit tapi harga rumah naik berkali lipat, macam tak kisah je ..
Deletetq sbb dpt jengah blog saya...hmmm...dlm isu ni, nmpk gayanya, kami golongan yg bgaji rendah ni x mampu le nk beli umah....ade x mana2 gua yg kosong???huhuhuhuhu
ReplyDeletegaji rendah, beli rumah yg kecik .. bila gaji dah tinggi nnt, boleh beli yg besar pulak.
Deletemahal mcm mana pun habis juga di beli .. lagi seronok la naikkan harga..
ReplyDeletetulah fasal .. kalau orang kita tak beli, orang luar negara yg beli.
Delete