Monday, January 18, 2010

TAK MENGAPA KAN SAYA BERAWAK - AWAK ... ?


Gambar 1. Gemas ... lamaaa dulu !

Dalam komen-komen saya di dalam entri-entri yang saya baca, saya banyak membahasakan awak sahaja kepada penulisnya. Namun begitu, kalau saya tidak tahu atau tidak dapat meneka umur mereka atau pun kalau saya memberi ulasan buat kali pertama, saya akan memanggil tuan atau puan pada mulanya. Selepas itu penyakit asal datang balik. Saya akan berawak-awak semula.

Contohnya dengan Kakcikseroja, Mamamin, Linda, Abu Muaz dan mangsa terbaru Mybabah .. sekadar menyebut beberapa nama. Mula-mula tu bukan main bertuan-puan lagi !

Tetapi apa pulak kena mengena gambar hitam putih lama di atas dengan tajuk entri ini. Ada ! Kalau tidak tak kan saya letak. Saya percaya pembaca-pembaca semua boleh meneka dalam gambar itu di mana saya.

Selingan 1. Sebagai makluman, seluar pendek, selipar Jepun dan memakai getah bulat di tangan kiri adalah trend yang popular pada masa itu. Polis, posmen dan askar pun semuanya berseluar pendek pada masa itu. Cumanya mereka tidak memakai selipar Jepun dan getah bulat di tangan !

Gambar tersebut dipercayai diambil pada tahun 1961. Saya tak tahu tarikh yang sebenarnya. Saya kira-kira masa itu saya berumur 7 tahun dan berada dalam darjah 1. Kalaulah pada tahun 1961 saya sudah berumur 7 tahun, maknanya pada tahun 2010 ini, umur saya sudah banyaklah. Dan saya rasa semua pemilik blog yang saya lawati adalah pangkat adik atau anak kepada saya. Jadinya, tidak mengapakan jikalau saya berawak-awak sahaja dengan penulis-penulisnya? Dan selepas ini kalau ada yang nak panggil saya pakcik, abang atau abangcik, silakan !

Namun begitu, jika sekiranya ada bloggers yang berumur lebih tua daripada saya, sila angkat tangan tarik perhatian saya, agar saya boleh memanggil abang atau kakak selepas ini dan tidak berawak-awak lagi. Dan kalaulah ada yang lebih muda dari saya yang mahu mereka di panggil abang atau kakak juga, jangan malu-malu silalah beritahu !


Gambar 2. Kota raya London sedikit masa lalu ...!
Gambar di atas juga ada kaitan dengan gambar yang pertama tadi. Kaitan pertama, kerana saya ada dalam kedua-dua gambar tersebut. Kaitan kedua, perasan tak ... hanya saya seorang sahaja yang lelaki dalam kedua-dua gambar tersebut !!!

Selingan penutup. Siapa tahu..

Yang mana lebih tua .. sungai ke laut ?

74 comments:

  1. salam en alV,

    heeeeeeee..
    maaf juga saya panggil encik. kerana saya hormat pada org yg lebih tua dari saya. kalau perempuan saya akan panggil akak, tapi lelaki? saya segan la nak panggil abg, hakhak.. lainlak maknanya kan..hehheh..

    heea
    rumah lama kami juga ada gambar mak ayah, kakak dan abang semasa tahun 6o han. time tuh mmg ayah pakai seluar pendek (ayah askar masa tuh), mak kebaya pendek ketat tanpa tudung, kakak2 semua pakai baju gaun singkat peha, abang juga pakai seluar pendeka da gelang getah kat tgn, hakhakhak...
    lawak sungguh...

    mana lebih tua ya?
    kena pikir dula la ni

    ReplyDelete
  2. sy nie pangkat cucu kot dgn tuan..panggil cu pun xpe hehehehe....gambar kat gemas tue klasik betul..sebuah kisah klasik utk masa depan gamaknya...

    ReplyDelete
  3. Kiranya tuan sejak dari kecil sudah 'hip' dan mengikut peredaran zaman.

    Saya kata yg paling tua bukan sungai ataupun laut. Tapi jawapan saya, iceberg!

    ReplyDelete
  4. salam pkcik...saya bru 24 tahun..so sy blh la pnggil pkcik ni pkcik kan???

    kekekekkek

    tapi saya takde gmbr arwah mak n kakak.sume hilang....tak tau dajal mana buat dajal kat kami..huhu

    ReplyDelete
  5. salam..........
    hehe, macih singgah umah teja, nnt dtg lg ye.

    rasa mcm penah ku lihat wajah ni, tp di mne ye??? ermmm....

    ReplyDelete
  6. salam abg al lavendari...

    masa bergambar di Gemas tu ummi lum lahir lagi agaknya , jarak umur l/k 10 thn gak tu .

    tak per le panggil apa2 pun , asalkan tiada antara rakan blogger yg ambil kisah dan ambil hati ...

    ReplyDelete
  7. oh saya masih belum lahir ketika itu selayaknya saya panggil abang

    ReplyDelete
  8. blueCITY
    salam kembali. memang lawak tengok gambar2 lama. salah seorang kakak sepupu saya dalam gambar tu sebenarnya Ustazah. Sekarang dah pencen dah. Masih sihat walafiat. Emaknya (makcik saya) pun masih ada dan sihat lagi ! Syukur.

    ReplyDelete
  9. sahromnasrudin.
    gambar dulu2, kualitinya bagus. tak macam gambar warna sekarang, cepat pudar. betul tak cu ? hehe

    ReplyDelete
  10. Salam Bang...

    Saya juga sudah tua, tapi belum sebaya Abang. Abang boleh panggil nama saja dgn saya. No hal... heheh

    Saya suka gambar hitam putih tu, penuh nostalgia. Tapi saya tidak pernah ada bergambar hitam putih. Dulu tak mampu nak bergambar...

    ReplyDelete
  11. naizaf
    bukan takat hip .. hop lagi tau. jawapan tekateki tu nanti dulu, kalau salah, awak bayar teh tiga lapis, ok ?

    ReplyDelete
  12. jane
    Salam kembali anakanda. Sayang betul gambar tu hilang. Sebelum hilang tu mesti ada kan ?

    ReplyDelete
  13. ummi humaira
    salam kembali. Saya tak ambil hati langsung, kalau sesiapa nak panggil pakcik atau datuk. bukan senang nak dapat title datuk ni. cuma saya khuatir kalau orang dah tak nak berkawan lagi dengan orang warga emas.

    ReplyDelete
  14. ekekkeke ~ gelang kat tgn kiri?
    epic!!!


    >>____<<

    ReplyDelete
  15. mamai
    lepas ni kena dengar cakap abang tahu !

    ReplyDelete
  16. teja
    salam kembali. t.kasih kerana sudi singgah kali pertama dan jadi follower. pernah tengok wajah saya ? ini bahaya ni.. !

    ReplyDelete
  17. ntah la pkcik..sy rasa ada..tp dah lama tkde..

    siyes sy balik cari takde..huhu

    ReplyDelete
  18. azieazah
    salam kembali. memang nostalgia dan bersyukur sangat kerana saya dapat bernafas sehingga ke hari ini. saya pun selepas gambar tu, tak ada lagi gambar hitam putih hinggalah masuk darjah 4.

    ReplyDelete
  19. Frodo
    Awak gelak kat Pakcik ye .. lastik kang !

    ReplyDelete
  20. Salam Abang AL (eceh!)

    tahun 1961, saya baru dilahirkan - itupun dalam bulan Ogos... :)

    ReplyDelete
  21. salam tuan,

    Gambar 1 ~ tuan sungguh naif and gaya memang standard utk zaman itu .

    Gambar 2 ~ Seiring dgn penambahan usia , Tuan sungguh bergaya .

    Ke 3 ~ tiada apa2 perubahan . Tuan masih dikelilingi wanita. Ohh..bahagianya . heheee


    Jawapan selingan tuan . ermmm.... laut .

    ReplyDelete
  22. Al-lavendari..

    siapa sangka ye..si anak berumur 7 tahun berseluar pendek, berselipar jepun dan bergelang getah tu dulunya tapi kini berdiri segak di kota raya London..

    eh! hebatnya kurniaan Rabbi.. subhanallah...

    Dengan itu ana terfikir, semakin berilmu semakin berisi maka semakin tunduk ia pada Rabbinya..

    Masa tu tahun 1961.. ana baru datang ke dunia ini...maka ana LEBIH MUDA berbanding tuan yang juga muda..( bukan tua )

    Oleh itu bila kita nak rasa lebih muda berkawanlah dengan orang yang lebih umur pasti kita akan muda sepanjang kita berkawan tu.. percayalah..

    ReplyDelete
  23. Saya panggil En. Al je OK kot sebab en Al ni sebaya dengan abang saya. Bezanya, en. Al ni lebih hensem dari abang saya.

    ReplyDelete
  24. kakcikseroja
    Salam kembali adinda ! isteri saya pun kakcik kena pangil kakak tau !

    ReplyDelete
  25. liNda
    salam kembali. komen awak yang ke tiga tu memang benar saya bahagia. nak buat macam mana kan, dah nasib saya !

    jawapan tekateki tu mesti beri sebab kenapa awak kata begitu.

    ReplyDelete
  26. anNahlu

    "Oleh itu bila kita nak rasa lebih muda berkawanlah dengan orang yang lebih umur pasti kita akan muda sepanjang kita berkawan tu.. percayalah.."

    ataupun

    kita kata umur kita 20 tahun lebih tua dari umur kita sebenar. nanti orang kata "eh.. awak nampak mudalah..! kalau tak percaya, cuba.

    ReplyDelete
  27. zool@tod
    saya tak kecil hati bila awak kata saya lebih hensem dari abang awak. kata lah, banyak kali pun tak apa !

    ReplyDelete
  28. 1961, daun belum lahir ke dunia ini bagaimanapun daun dah tua juga

    ReplyDelete
  29. Salam Tuan,
    Maaf la dh biasa panggil tuan. Selesa ngan panggilan tu. Gambar2 hitam putih ni memang nostalgia betul. Sy pun masih memiliki gambar hitam putih yg di ambik semasa kecik. Gambar 1 Dan gambar 2 tak banyak beza. Hanya masa je yg membezakan keadaan. Agaknya hidup tuan ni selalu dikelilingi ngan perempuan ke? Hehehe

    ReplyDelete
  30. 1961 = (-) 20 umur sy..
    20 + 7 = 27

    err nak tanya masa umur 27 tahun mr al-lavendari ni dah ada anak ker? pangkat anak dah sy ni ngeh ngeh ngeh..

    panggil pakcik mcm kurang kemesraan.. hmm amacam kalau panggil ayah / abah / babah ker? ngeh ngeh ngeh.. baru rasa mesra (di alam maya).. lagipun muda 3 tahun jer dari ayah sy..

    ReplyDelete
  31. daun bidara
    masa ni awak rasa tua .. bila dah tua nanti awak rasa muda lak !

    ReplyDelete
  32. aidah
    sudah tuah badan .. terima jer lah kan !

    ReplyDelete
  33. che'pit
    kan ke cuma ada tiga pilihan sahaja yang saya beri. Pakcik, abang atau abangcik. ayah/abah/babah ker, tak masuk dalam sekim.

    ReplyDelete
  34. kalau dipanggil pakcik rasanya macam dah berumur sangat. Saya nak panggil pok(Bahasa Trg) sajalah... pok ni muda pun tidak , tua pun tidak.

    ReplyDelete
  35. Panggilan tu tak dak hal lah..tapi panggilan hormat pun bukan rugi apa2 nye..
    Seperti ular menyusuri akar tak akan hilang bisanya..

    p/s- Sungai adalah lebih tua namun kat dunia laut adalah lebih lama usianya..

    ReplyDelete
  36. panggil pakcik boleh!! aduhai.. aku perasan muda pulak!!

    he he he he..

    ReplyDelete
  37. err, kalau pak lavendar? boleh ke idak?

    ReplyDelete
  38. lebih suka ber "aku" dan "ko". bukan tidak menghormati yg lebih tua atau yg lain tapi lebih mesra dalam persahabatan.

    ReplyDelete
  39. LanaBulu
    ular kalau menyusur apa-apa pun tetap takkan hilang bisanya ..!

    tekateki tu akan saya beri jawapannya kemudian nanti. rajin2lah jengok !

    ReplyDelete
  40. sl tEDI
    tahu tak pe ! sebenarnya berapa umur awak ? kalau tak nak jawab tepat, bagi hint pun tak pe !

    ReplyDelete
  41. Che'Pit
    Saya ada tiga anak perempuan. Dua yang tua, sudah berpunya. Yang ke tiga baru masuk tahun 6. Sudah ... tak usah nak berangan-angan ! hehe

    ReplyDelete
  42. One Zaba
    pilihlah yang mana selesa kepada diri sendiri. orang panggil isteri pun macam2 ..ada yang panggil ayang, ling, maknya,honey dan ada juga yang panggil nama shj. pokoknya dua2 pihak boleh terima.

    ReplyDelete
  43. Salam..
    Harap tak kisah kan..org sini guna MR Al lanvendari..
    Utk org sini..mmg rasa tak mesra bila berpuan2...!!:):)Panggil nama jee:)

    ReplyDelete
  44. Hi Abanggggg....
    (hehe..)
    gurau jer, gurau jer.. sorry ok!
    I think i prefer call u 'awak'
    and pls awak pun kekalkan panggil saya 'awak' baru ada rasa satu klik.
    p/s: Oooo...awak dr kecik sampai besar banyak aweks yer... isk..isk.. (hehe..)

    ReplyDelete
  45. Dengan kawan takper lah awak berawak awak..

    ReplyDelete
  46. Pn Kartini
    Tak boleh, sebab nama pena awak Pn Kartini.

    ReplyDelete
  47. finaz
    ok awak. Komen awak fasal awek tu .. "you ain't seen nothing yet, baby"

    ReplyDelete
  48. relevan
    dalam konteks sekarang awak berawak tu lebih relevan. tapi tak tahulah nanti sesuai ke tidak bila awak dah dapat Dato' kelak. Orang dah masuk konti lah katakan!

    ReplyDelete
  49. salam.. sy lum lahir lagik

    takkan nak panggil pakcik kot.. panggil mybabah lagi suka utk sy.. bleh kan

    ReplyDelete
  50. Saya kena panggil abang lah ya?



    :)


    Saya selalu memanggil anak murid saya dengan "Sayang"
    Bukan sebab sayang pun......sebab lupoa nama! Ramai sangat! Dah tua-tua ni memori kurang!

    ReplyDelete
  51. Gambar bulan pada latar belakang tu.....memang tak boleh tahan!

    :)

    ReplyDelete
  52. salam en.al...

    dr mula en.al tinggalkan comment kat blog hajar.. hajar dah mula bg gelaran en.al...

    so leh la teruskan gelaran ni yer...

    ReplyDelete
  53. jwb ke tak?, jwb ke tak, jwb ke tak?...jwb laa

    TUAN,
    saya dah lama pgl ABANG kat AWAK !!

    ReplyDelete
  54. Salam bang.... dari mulo2 dulu lai sey nak panggil abg, takut lak manjo na bunyi eh..hehehe, tu yg panggil saudara. Tapi dah tau ni, sey carry on yo lah panggil abg yo, lagipun sebayo abang sulung sey abang AL ni.

    Dari kocik lai dah nampak ketokohan abg meromeo kan diri tu, bukan main serius muko...tapi yg pasti makin betambah usio abang makin nampak macho lak...apo petuo?

    ReplyDelete
  55. Sorry bang, lupo lak nak jawab, sungai ngan laut tu sebayo kot...

    ReplyDelete
  56. maiyah
    mybabah tu ok jer kpd saya. tapi dah ada orang guna untuk nick name blog dia !

    ReplyDelete
  57. xiiinam
    macam studio jalan ampas kan?

    ReplyDelete
  58. hajarus
    x der hal, kalau itu yang awak selesa. tapi saya tetap berawak2 juga.

    ReplyDelete
  59. ikan emas
    awak ni suka buat orang confucius..
    TUAN, ABANG, AWAK - awak panggil saya. pokok dek awak lah !

    ReplyDelete
  60. annie
    saya nampak macho tu bukan dari kocik, tapi dari dalam porut omak lai ! tau tak ? jawapan tekateki tu saya simpan dulu. ujung2 nanti saya umumkan. biar suspension sikit !

    ReplyDelete
  61. assalammualaikum

    yang mana tua..?
    susah soalan ni...

    saya suka gambar2 lama yang saiznya kecil2 tu... tepinya pula berbiku-biku,
    sayangnya saya tak ada contoh gambar seperti itu

    ReplyDelete
  62. Salam..
    Rasa mcm pernah tengok latar gambar lama tu.Ada sekeping gambar lama di rumah mak saya (gambar kawan ayah)yg sama latarnya.
    Lepas ni saya boleh panggil abg al lavendari la kot, sbb saya tak lahir lagi tahun 1961.

    ReplyDelete
  63. salam...
    saya lebih selesa ber..encik..., panggil saya apa2pun tak kisah asalkan baik n sopan...

    Bila tengok gambar tu teringat zaman dulu2...tp kena balik kg le cari gambar mcm tu...masih ada rasanya...

    Jawapan teka teki...sungai lebih tua...sebab...sungai ada mengalami proses balik muda...

    ReplyDelete
  64. a kl citizen.
    mungkin masa awak di lahirkan, era hitam putih telah berlalu kot !

    ReplyDelete
  65. shaniza
    salam kembali. ok, panggillah abang. mungkin gambar latar tu standard masa tu kot !

    ReplyDelete
  66. Adilah.
    salam kembali. gambar lama tu ada harga sekarang ni. tak tahulah orang dalam gambar tu ada harga ke tidak bila semakin lama.
    jawapan teka teki tu, akan di beritahu dalam entri akan datang.

    ReplyDelete
  67. salam pakngah..

    zie dh lama dok intai2 blog pakngah ni..tp kali ni baru terasa nk tinggalkan komen coz entri kali ni mmg tros menusuk ke kalbu..

    sbnrnye just nk kepastian.. adakah wanita yg ditengah2 tu arwah mak saya? saya hampir lupa pd paras wajahnya..sudah lebih 13tahun arwah meninggalkan saya...

    ReplyDelete
  68. zizie
    salam. memang tu gambar arwah maknya. sebelah kiri dia, gambar mak ngah wok, dan sebelah kanannya pulak gambar anak2 arwah tok uda.

    p.s ingatkan isteri Bung Mukhtar tadi ! hehe

    ReplyDelete
  69. salam...
    en al..org dalam gambar lama tu memang berharga...lagi lama lagi antik...tiada yg lama masakan ada yg baru...

    ReplyDelete
  70. awak...
    .
    .

    tak sangka!!rupa-rupanya kan.. kita sebaya :D



    .
    .


    .
    .


    .
    .

    kita sebaya dgn awak masa kita darjah 1.
    awak darjah 1 masa umur awak 7 tahun... umur kita pun 7 thn masa darjah 1


    sebaya lah kita kaaan :D

    ReplyDelete
  71. KTS

    MEMANG BETUL KITA SEBAYA JIKALAU KITA BERADA DALAM DARJAH 1 DALAM TAHUN YANG SAMA.

    BEGITU JUGA KITA SEBAYA JIKALAU KITA BERADA DALAM DARJAH 2 DALAM TAHUN YANG SAMA.

    BEGITULAH SETERUSNYA ..!

    ReplyDelete
  72. komen kat entri lama. tak pe lah kan?

    umur uncle ni sebaya dgn ayah saya rupanya. lahir tahun 54 kan? hihihi. ayah saya panggil saya along. tapi kalau uncle nak panggil saya awak atau bunga pun boleh. hujung bunga tu nak taruk nama spesis2 bunga yg ada kat malaysia ni pun no hal aje. :D

    ReplyDelete
  73. GADIS BUNGA

    MEMANG SEBAYA TAPI TAK TAHULAH LAIN BULAN KOT. UNCLE LAHIR PADA 20 FEB. TAK TAHU SIAPA LEBIH TUA. KIRIM SALAM DENGAN DIA. DIA TAK ADA BLOG KE ?

    UNCLE PANGGIL ORANG IKUT APA YANG TERINGAT. MEMBAHASAKAN DIRI PUN PAKAI HENTAM JER. KADANG2 SAYA, KADANG2 PAKCIK DAN KADANG UNCLE.

    PANGGIL ORANG SELALUNYA BERAWAK2 KECUALI 3 ORANG (SETAKAT NI) YANG UNCLE TAHU DIA LEBIH TUA DARI UNCLE. YANG LAIN2 TU SEMUA PANGKAT ADIK ATAU ANAK-ANAK.

    TERIMA KASIH KERANA MEMBACA DAN MEMBERI KOMEN ENTRI LAMA UNCLE. MEMANG PUN IA UNTUK DI BACA.

    ReplyDelete
  74. Eka selesa panggil Pak Ngah.

    hehehehe

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.