Tuesday, October 22, 2013

TEKNIK MENAWAR.


Ini bukan gambar hiasan tapi ia menjadi subjek cerita entri ini.


Harga asal 'memory card' di atas adalah RM299. Selepas tawar menawar saya dapat beli dengan harga RM100 sahaja. Kalau anda, berapakah harga yang sanggup anda minta kurang ? 

Berikut adalah sedikit nasihat saya tentang cara tawar-menawar.

1. Pertama jangan sekali-kali kita menyatakan harga yang kita hendak, jika penjual tanya "berapa lu mahu ?".  Sebabnya kadang-kadang harga yang kita kata itu adalah jauh lebih tinggi dari harga yang taukeh itu sanggup jual. Misalnya barang di atas, kalau saya disuruh meletakkan harga mungkin saya minta RM250 sahaja. Kalau saya minta lebih murah daripada itu, bimbang pulak taukeh kedai tu cakap macam ini .. "kalau itu macam, lu sendiri bikinlah".


2. Akan tetapi kita patut kata macam ini "berapa harga paling rendah awak boleh kasi?". Katalah dia cakap RM200. Kita boleh jawab macam ini .. "kalau RM200, bajet saya tak cukup". Kalau dia kata "tak apalah" - kita bolehlah belah sebab taukeh tu tak minat nak teruskan tawar-menawar. Tapi kalau dia cakap "ok .. berapa bajet awak?", maknanya ada harapan harga boleh diturunkan lagi.

3. Kemudian kita pun beritahu dia bajet kita .. "saya cuma ada RM100 sahaja". Kalau taukeh kedai  tu kata "kalau itu macam, awak boleh pergi cari kedai lain" maknanya dia tak boleh beri harga itu. Tapi kalau dia kata "tak boleh lebih sikit ka?" maknanya harapan untuk dapatkan harga itu adalah cerah.

4.  Selepas itu, kita kata "kalau tak boleh tak apalah, lain kali kalau saya sudah cukup wang,  saya beli". Kita pun buat-buat nak beredar. Kalau penjual tu diam sahaja, teruslah beredar tapi kalau dia kata "itu harga saya tak ada untung maa ..", maknanya dia boleh jual dengan harga itu.

5. Kalau dia kata macam itu, kita boleh jawab macam ini "kalau ini barang taukeh tak ada untung,  barang lain taukeh sudah banyak untung maa .."


6. Kalau akhirnya dia kata "ok lah  .. awak banyak pandai cakap", saya nasihatkan anda beli. Jangan pula cakap "saya bukan mahu beli .. saya tanya saja". Kalau anda cakap macam itu dan tak mahu beli, maka paling tidak pun anda mesti kena sumpah seranah dalam hati taukeh itu.

Sekian. Semoga ada manfaatnya.

Perhatian: Teknik ini bukan sahaja sesuai untuk membeli  'memory card' tetapi juga untuk membeli barang-barang lain. Tapi saya tak pasti samada ia sesuai digunakan dalam tawar menawar hantaran semasa meminang anak dara orang (dan juga semasa membeli barang kat Giant atau Tesco)





12 comments:

  1. kalau time meminang, rasanya tuan rumah tunjukkan jalan keluar dr rumah kot.

    ReplyDelete
  2. Ahahahaa...meminang pun ada tawar menawar ke Pak Ngah...

    Saya kategori yg bila membeli tak reti menawar selalu saya pilih suami je yang tawarkan harganya lepas tu saya nayar je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi kalau beli buah tembikai, tak elok tawar .. tak sedap. hehe.

      Delete
  3. Salam pakcik. Klu nak beli ikan kat pasar, boleh gunapakai tak tawar-menawar mcm ni? Sy ni tak berani nak tawar menawar. Sobss...sobss...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kembali.

      boleh guna asalkan jangan kat Giant atau Tesco.

      Delete
  4. sekali tu saya masuk kedai PB.
    saya nak beli tapi tuan kedai buat tak peduli..
    dia dgn pekerja lebih minat dok makan tgh hari.
    Saya angkat kaki lalu pergi...
    pdn muka tak payah beli.
    dia tak untung saya tak rugi...hehe tak berkaitan tajuk langsung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada kaitannya .. masih lagi dalam zon jual beli.

      Delete
  5. Hehehhee Pakngah, tips yang bagus walau dalam lawak. Saya mmg tak reti bab tawar menawar ni, tapi husband saya lagi teruk, langsung tak tawar menawar. Nextime nak cuba la tips ni untuk beli ikan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau malas nak tawar menawar elok shopping kat departmental store atau supermarket je .. tapi kalau kat bazaar, memang kena sembelih.

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.