Thursday, October 20, 2011

KEMASKINI AKTIVITI ORANG PENCEN.

Kehidupan selepas bersara terasa bebas. Tidak terikat lagi dengan temujanji, mesyuarat, pasukan petugas, lawatan, majlis makan malam, bengkel, seminar, majlis berbuka puasa (macam gambar kat bawah), perhimpunan bulanan, hari Q dan sebagainya. Selain dari itu, tak perlu pakai tali leher, kot, stoking, tanda nama, kejar kad perakam waktu dll. Kita boleh dan dapat melakukan apa sahaja (yang dibenarkan undang-undang) yang sebelum ini tak dapat nak buat. Namun begitu tugas asas sebagai ketua keluarga, suami dan ayah kepada anak-anak serta tanggungjawab sebagai penduduk tetap juga perlu dipikul.


Gambar 1: Ketibaan untuk berbuka puasa ( 2007) bersama Makngahnya .. nampak macam berkawad pulak saya. Gambar-gambar berikutnya adalah gambar semasa.


Gambar 2: Minum pagi dengan rakan sepersaraan kat Terachi lepas Ulu Bendol kira-kira 15 minit berkereta dari rumah dengan kelajuan sederhana. Roti canainya jauh lebih sedap dari roti canai Mamak. Ingat lagi entri ini ?


Gambar 3: Tanam petola tepi pagar. Dah dua tiga kali petik hasilnya. Saya takjub dengan 
kejadian petola ini. Bijinya saya tanam ikut suka. Tapi dia tetap tumbuh menghala ke atas tidak ke bawah atau ke sisi. Kemudian dia menguhulurkan sesungutnya (nak panggil apa ntah) memanjat kayu dan pagar. Siapakah yang mengajarnya ? Kekuatan sesungutnya itu  cukup untuk menampung berat buah petola. Kalau tak cukup kuat, tentu habis batangnya melorot ke bawah dibawa oleh buahnya. Subhanallah.


Gambar 4:  Tiap Selasa pagi, saya ditugaskan oleh Makngahnya ke pasar tani Ampangan.  Seronok juga sebab dapat melihat gelagat orang yang membeli ubat dan juga penjual ubat. Beberapa tahun dulu arwah S. Jibeng sering membuat persembahan  di sini.



Gambar 6: Kadang-kadang profesor pun ada juga memeriahkan suasana.


Gambar 7: Saya tolong zoomkan ..!

Gambar 8: Mengambil Haiqal dari sekolah. Inilah kerja tukang yang paling malas. Sebanya masa keluarnya tak menentu sangat. Lagi pun bila mereka keluar secara bergerombolan, saya pun tak dapat nak cam mana Haiqal sebab pakaian mereka serupa,


Gambar 9.  Kenduri kesyukuran atau tahlil rumah rakan se taman jarang miss. Kadang-kadang sampai dua hari tak makan kat rumah. Duduk semeja dengan pengerusi surau.


Gambar 11: Tapi ada juga yang tak sedapnya orang dah pencen ni .. sampaikan buah pun dah berani nak potong Pak Ngah.


Ini paling nikmat ..  kalau hujan di pagi hari, boleh sambung berlengkar atas katil sambil baca kitab surat khabar.


Nota kaki: Anggaplah entri ini sebagai kemaskini entri saya yang ini .

58 comments:

  1. Seronok juga kerja org pencen ni ye. Arwah abah saya dulu pun mcm tu juga. Asyik dating je dgn mak..hehe

    ReplyDelete
  2. pak ngah boleh jadi wakil rakyat la

    ^_"

    ReplyDelete
  3. senyum tgk gambar pertama pakngah mcm berkawad tu..hehe...

    ReplyDelete
  4. Nampaknya profesor tu ada di mana-mana.

    Gambar kat hotel tu saya tengok ada iras Jaafar Onn la pulak!

    ReplyDelete
  5. Uncle, tak suke main game ke? farm ville kan famous skrg ni, haaa! angry bird pun best tau, hahahhaa...

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum Tn Hj..,

    Memang seronok bila lihat aktiviti Tn selepas besara.... yg lebih seronok lagi walaupun dan pencen masih sihat dan mensyukuri nikmat yg Allah beri
    ...Alhamdulillah...semuga ianya bagitulah selagi Allah beri peluang dan kesempatan ...Insyaallah...aaminnn.

    ReplyDelete
  7. Bila pencen dulu-dulu rajin ke pasar. Tapi, walau macam-macam seronoknya, saya dah nak pencen rol tu. Yg ambil cucu, masih 'on' sbb rumah depa belum siap. Jaga-jaga Pak Ngah, petola tu jangan menjalar sampai ke FELDA.... Juga jaga si tuan gerai buah, jangan suka-suka ubah susunatur nama gerai dia.... Teruskan aktiviti pencen dgn rasa 'gumbira'.

    ReplyDelete
  8. lama lagi saya baru boleh pencen! :P

    ReplyDelete
  9. saya tak makan la buah tu pakcik.. kesian pakcik nanti.. hihi

    larikkkkkk

    ReplyDelete
  10. Salam :D..
    boleh x lady nak panggil palcik..
    pakcik mesti sebaya ayah lady.. :D..
    ayah lady baru pencen jugak..
    suka tanam.. macam pakcik..
    tanam tebu, tanam kacang, petola beliau tak tanam..

    suke ayat ni :

    "Saya takjub dengan kejadian petola ini. Bijinya saya tanam ikut suka. Tapi dia tetap tumbuh menghala ke atas tidak ke bawah atau ke sisi."

    ReplyDelete
  11. tetiba teringin nak pencen dahh

    huhuu

    syok ye pakngah :)

    ReplyDelete
  12. curi curi ambil gambar sendiri yang tak tahan tuh.. hikhik.. macam paparazzi lak eh..

    ReplyDelete
  13. tuan haji...suami saya sedang bercuti pencen tetapi dia tak boleh nak membuang tabiat bekerjanya lagi. pagi2 masih nak melawa pergi kerja walaupun utk hantar saya bekerja lepas tu masih pergi lepak2 kat opis, alasannya masih ada yg belum selesai...

    ReplyDelete
  14. Wahhh! Seronoknya aktiviti Pakcik. Paling sy suke, aktiviti kat kedai kopi. Ishh...entahlah. Nmpk mcm betul2 suasana kmpg. Seronok betul!

    Gambar Pakcik berkawad tu (walau bukan berkawad), wah....sy tgk mcm wakil rakyat pun ade. Hiks~

    Paling comel, Pakcik ambik gambar sendiri kat hotel tu. Hahahahahah~

    ReplyDelete
  15. segak la mak dan pak ngah mcm Y.B buat lawatan tapak gitu...

    tp macam best je dgar duduk berdua dgn mak ngah..hehe


    buah motong tu kena bg pak ngah royalti sikit sebab guna nama..hiks

    ReplyDelete
  16. banyak jugak aktiviti pakngah

    jual buah potong tu
    agak agak kalau sya datang beli bolhe ke pakngah tu bagi diskaun ye?
    sebab guna nama pakngah
    hehehehe....

    ReplyDelete
  17. mak saya pun dah pencen tapi tak penah lekat kat umah.. nak jumpa pun kena buat appoiment..sabar jelah.....

    ReplyDelete
  18. terasa bebas kan... heee

    kita lambat lagi nak pencen :) ~

    ReplyDelete
  19. byk aktiviti uncle.

    nama sesuangut tu sulur uncle, mmg dia cepat melilit dahan atau pagar untuk berpaut.

    wahh uncle siap curi2 ambik gmbr lagi tuh..hehe


    saya rindu nak mkn roti canai cam uncle buat tu.dan rindu nak mkn buah potong cam yg org tu jual.kat sini tak jmp senario camtu.ada share ke ngan uncle tauke buah tu?hehe

    ReplyDelete
  20. bestnye xtvt orang pencen... saya pun stuju roti canai di warung tu best, pernah singgah makan kat situ

    ReplyDelete
  21. bestnye xtvt en hamzah...

    en hamzah cam wakil rakyat la... ;d

    ReplyDelete
  22. Salam Bang Hamzah.

    Saya jeles laaarrrr...!

    Ehhh melepak kat kedai roti canai Terachi? Jalan tu selalu jem bila saya nak balik ke Kuala Pilah...

    Ambik anak kat sekolah memang kena perati betul betul, kan? Sebab depa nampak serupa saja. Takpa, asal depa dapat cam PakNgah dengan mudah. hehehehe

    ReplyDelete
  23. bestnya dah tak perlu masuk pejabat..

    ReplyDelete
  24. salam..
    ermm..gambar atas tu sebijik
    YB melawat kawasan..bila di kedai
    kopi sebijik____? ermm..macam mana
    la agaknya saya bila pencen ye..?





    **macam ayah saya suka melepak
    kedai kopi..he he

    ReplyDelete
  25. gambar curi uncle tu sape yg amikkan? :D

    ReplyDelete
  26. SUFIA MAHZAN

    MEMANG SERONOK KERJA ORANG PENCEN YANG TAK ADA KERJA. TAPI UNCLE BANYAK KERJA. MISALNYA NAK JAWAPN KOMEN INI JUGA SATU KERJA.

    ReplyDelete
  27. NMO2

    KALAU PAK NGAH BERTANDING JADI WAKIL RAKYAT, MUNGKIN BOLEH HILANG WANG PERTARUHAN.

    ReplyDelete
  28. YUS

    ITULAH PASAL .. JURUKAMERA LANGSUNG TAK PROFESIONAL !

    ReplyDelete
  29. KAKCIK

    SAYA PUN ADA PERASAN ADA IRAS JAAFAR ONN .. CUMA JAAFAR TU LEBIH BERISI DARI SAYA. SAYA KENAL DIA SEBAB DULU MENYEWA RUMAH KAT BANGSAR SEBELAH MENYEBELAH.

    ReplyDelete
  30. EMME

    BUKAN TAK SUKA .. TAPI TAK TAHU. MALAS NAK BELAJAR TAKUT TERSUKA PULAK NANTI.

    ReplyDelete
  31. AZMNOR

    ALAIKUMSALAM

    SETAKAT INI TAK ADALAH PENYAKIT YG SERIUS. BOLEHLAH LAGI NAIK MOTOR PERGI KE SURAU. ALHAMDULILLAH.

    ReplyDelete
  32. ABANG TEMUK

    INSYAALLAH PETOLA TU TAK MENJALAR SAMPAI KE FELDA SEBAB TOKEH FELDA TU DAH BERPINDAH KE RUMAH YANG LEBIH BESAR TAPI MASIH DI TAMAN INI JUGA.

    SAYA BIMBANG JUGA KALAU2 PENJUAL BUAH ITU TERSALAH UBAH SUSUSAN NAMA GERAI TU.

    ReplyDelete
  33. DADDY ZIYYAD

    BILA KITA PANDANG KE DEPAN, TERASA LAMA. TAPI BILA KITA PANDANG KEBELAKANG, TERASA SEKEJAP SANGAT MASA BERLALU.

    ReplyDelete
  34. AJEE

    AWAK NAK LARI KE MANA ? CER BERITAHU !

    ReplyDelete
  35. LADYBIRD

    SALAM KEMBALI

    SILAKANLAH PANGGIL PAKCIK/PAKNGAH. PAKCIK PUN BARU DAPAT HOBI BERCUCUK TANAM NI. DULU SUKA MEMANCING, TAPI SEKARANG DAH SLOW DOWN.

    ReplyDelete
  36. EMPAYAR UTAMA

    SERUPALAH KITA .. SAYA PUN PENCEN MUDA.

    ReplyDelete
  37. IBU MUDA

    KALAU EKONOMI KELUARGA BELUM KUKUH, JANGAN BERFIKIR UNTUK PENCEN, NANTI SUSAH TAK ADA SIAPA NAK TOLONG.

    ReplyDelete
  38. ANAA

    DAH TAK KERJA NAK BUAT, BUATLAH BENDA2 YANG TAK BERFAEDAH.

    ReplyDelete
  39. JUNAINA

    MUNGKIN SUAMI JUN MASIH DALAM FASA PERALIHAN. SAYA DAH LEPAS FASA TU. SEKARANG INI BILA FIKIR NAK PERGI KERJA, TETIBA SERAM SEJUK SELURUH BADAN.

    ReplyDelete
  40. ATIE

    SERONOK LAGI ISTERI ORANG PENCEN ! HEHE

    ReplyDelete
  41. FARA

    PERKATAAN COMEL ITU DIDAPATI KURANG SESUAI .. ELEGAN BARANGKALI LEBIH SESUAI. HEHE

    ReplyDelete
  42. MAYA MAYANA

    SEBENARNYA SAYA TINGGAL BERLIMA. ADA DUA ANAK MASIH BERSEKOLAH DAN JUGA BAPA MERTUA JUGA TINGGAL BERSAMA.

    ReplyDelete
  43. KASIHIBU

    PAKNGAH TAK SAMPAI HATI NAK MINTA DISKAUN BELI BUAH POTONG TU. KALAU BELI RUMAH TU BERBALOI JUGALAH.

    ReplyDelete
  44. BABY

    MEMANGLAH MAK AYAK TAK LEKAT KAT RUMAH .. YANG LEKAT KAT RUMAH TU KURA-KURA DAN PENYU JE .. HEHE

    ReplyDelete
  45. MANJE

    WALAUPUN LAMBAT LAGI .. TAPI PERSEDIAAN HARUS DIBUAT DARI SEKARANG. JANGAN BERTANGGUH-TANGGUH.

    ReplyDelete
  46. LYDIA MIZA

    TERIMA KASIH BERITAHU NAMANYA. SULUR BUKAN SESUNGUT. SESUNGUT ITU UNTUK HAIWAN KAN.

    UNCLE TAK ADA SHARE DENGAN GERAI BUAH POTONG TU. MUNGKIN LEPAS NI BOLEH MINTA ROYALTI.

    ReplyDelete
  47. IBUINTAN

    ROTI DIA MEMANG BEST .. TAPI KUAH DALNYA AGAK 'JALANG' SIKIT.

    ReplyDelete
  48. HAJARUS

    SALAH TU .. WAKIL RAKYAT YANG MACAM SAYA.

    ReplyDelete
  49. AZIEAZAH

    SALAM KEMBALI.

    JALAN TU KEKADANG JER JEM, TAK MACAM KL, JEM MEMANJANG.

    ANAK SENANG NAK KENAL SAYA SEBAB RAMBUT SAYA CAT METALLIK.

    ReplyDelete
  50. NORH

    KALAU ORANG YG SUKA MASUK PEJABAT MUNGKIN RASA KEHILANGAN SESUATU.

    ReplyDelete
  51. ZULKBO

    KALAU PANJANG UMUR, AKAN BERTEMULAH NANTI FASA PENCEN TU. INSYAALLAH.

    ReplyDelete
  52. GADISBUNGA

    SENDIRI AMBIL .. GUNA HENFON YANG ADA KAMERA DEPAN BELAKANG TU.

    ReplyDelete
  53. tn haji,

    gambar 9 - baju lebih kurang sama je dengan orang sebelah.. berjanji ke?

    ReplyDelete
  54. EJAESCOBART

    TAK ADALAH JANJI NAK PAKAI BAJU CORAK SERUPA .. KEBETULAN SAHAJA. KALAU ORANG PEREMPUAN MUNGKIN DAH BALIK TUKAR BAJU LAIN. HEHE

    ReplyDelete
  55. sekarang ni perunding kewangan duk sibuk berkempen tabung persaraan ...simpanan selepas pencen la..siap ugut2 simpAnan mesti lebih rm1 juta sblm pencen la...mohon jawapan pakcik...byk ke belanja orang pencen ni hari2...berubat kat hospital kerajaan dgn pakar la...terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tak ada pencen mmg betul kena ada banyak simpanan. kalau ada lebih sejuta tu selesalah bila dah tak kerja nanti.
      perbelanjaan harian tidak ada masalah kalau gaya hidup kita sepadan dgn jumlah pencen.
      masalahnya timbul jika kita berbelanja melebihi kemampuan. eg. bila sakit pergilah spital Kerajaan .. semua percuma. Jgn pergi KPJ misalnya.

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.