Thursday, January 19, 2012

MANA BOLEH TAHAN !

Seorang anak buah saya sudah membooking  buah yang masak untuk dibuat benih. Jadi saya nak bagi dia masak kat pokok dulu  baru petik. Tapi belum sempat  petik, buah mangga yang hampir masak sudah diambil orang tanpa kebenaran saya.  Bukan sekali, dah banyak kali. Dan terakhir, semalam 3 biji sekali ghaib. Cerita lanjut pasal pokok dan buah mangga tersebut ada di sini.


 Gambar 1. Iqal bersama buah mangga pada 17/1/2011 pada kira-kira 6.15 petang sekembalinya dia dari sekolah.


Gambar 2: Buah mangga seperti gambar atas cuma tinggal tangkai sahaja setelah diambil orang.
 Gambar ini di ambil pada kira-kira jam 2.10 petang pada 18/1/2011.


Gambar 3: Tuan Tanah tak sanggup lagi kehilangan buah mangganya lalu  mengambil keputusan yang drastik untuk memetik kesemua buah yang ada di atas pokok. Setiap biji beratnya melebih 1 kg.


 Gambar 4: Ini bukan gambar mangga tetapi adalah gambar henfon saya yang ada kamera yang mengambil gambar mangga-mangga tersebut yang akan menjadi saksi di sana nanti tentang kewujudan dan kehilangan buah-buah mangga saya. Semoga orang yang mengambil buah mangga tesebut  panjang umur dan  sempat bertaubat dan memulangkan kembali buah mangga saya.


p/s:  Saya baru balik dari memancing semalaman di PD. Nanti saya buat satu entri khas mengenainya.


30 comments:

  1. MMG BESAR SIZE BUAHNYA..PATUTLAH ORG YANG MENGAMBILNYA TAK PIKIR BANYAK KALI..

    tergamak makan buah curi yg akan jd darah daging.huhu

    ReplyDelete
  2. Saya tak boleh tahan nak gelak melihat ayat terakhir yang bergaris itu! :)

    ReplyDelete
  3. Alahai! pokok mangga tepi rumah saya pun sama lah nasibnya dengan pokok mangga pak ngah! Nak tebang sayang, nanti sekali dengan kita tak dapat makan...

    p/s : Pakngah saya pun pergi tangkap ikan ahad lepas.ada kat dalam entri baru, saje nak bagi jeles pak ngah sebab ikan-ikannya beesssaaarrrr sangat! hehe!

    ReplyDelete
  4. :D Besar tu... Patutlah ramai peminatnya.

    Tak boleh tahan kalau asyik lihat sahaja.

    ReplyDelete
  5. Salam bang.

    Termakbul niat saya nak baca n3 abg ni.

    Marah betul abg dia org yg mencuri mangga sehingga abg berniat nak bawa henfon utk jadi saksi. Saya tak salahkan abg berniat begitu sebab abg dah susah payah tanam dan jaga pokok mangga tu.

    Tapi mungkin lebih baik halalkan saja. Anggaplah bukan rezeki kita kali ni. Buah dari pokok mangga di rumah saya pun sering hilang dan emak saya bersikap mcm abg tu. Dulu saya mcm tu juga tapi skrg saya lihat dari sudut yg lebih positif.

    Maaf kalau cadangan saya ni buat abg tak selesa.

    ReplyDelete
  6. ini mesti mangga paling sedap!sebab tu asik diambil org..

    ReplyDelete
  7. Sallam Tuan Haji,

    Memang besar buah mangga tu,
    Saya pun tengok terliur, kalau dekat saya pun dah ambil dah buah tu, tapi
    minta izin dengan Tuan Haji dululah.

    Saya pun harap orang yang curi tu akan pulangkan buah mangga tu pada Tuan Haji. tunggu diakhirat nanti yeee...

    ReplyDelete
  8. Salam,

    Walaupun saya bukan tuan punya pokok mangga ni tapi terasa geram juga di hati. Manakan tidak, kalau pun tidak terasa berdosa tapi sudah hilangkah rasa malu dengan diri sendiri dan juga Allah ketika makan buah yang diambil tanpa izin atau dalam erti kata lain mencuri ?

    ReplyDelete
  9. salam
    ada sesetengah org,ambil dulu baru minta izin..bla jumpa tuan punya baru bgtau..bla bla bla..

    ada pulak,yg amik dan terus buat derkkk ja...

    ya...semoga dia sempat bertaubat dan mohon maaf dari tuan punya mangga ..

    ReplyDelete
  10. Sebaiknya dihalalkan sahaja, free2 dpt pahala. Ini ujian kesabaran utk tingkatkan iman...wallahua'lam.

    ReplyDelete
  11. Dah lama agaknya org tu dok aim tuan haji. Mengidam anak sulung agaknya!

    ReplyDelete
  12. bila saya tengok buah dan pokok mempelam ni,,, terkenang pokok mempelam yang pernah berbudi kepada kami dulu.... besar nilah buahnya.... bukan saja menarik perhatian orang lalu lalang...malah menjemput pencuri mempelam... sayang dah ditebang sebab terlalu besar pokoknya...

    ReplyDelete
  13. salam Pak Ngah...

    teringat kisah mempelam mak saya depan rumah. Ceritanya lebih kurang macam Pak Ngah.. tak sempat masak mesti hilang... banyak pulak tu hilangnya. Nak dijadikan cerita, satu hari tu mak saya nampak dengan selambanya orang tukang pungut sampah duk petik buah pelam mak saya tu.. mak saya terkedu nak marah..

    Apalah salahnya minta izin.. mak saya pun akan bagi kalau diminta dengan cara elok, ni main pakai sedap petik gitu je..haissshhhhhhh

    ReplyDelete
  14. dah selamat masuk perut.. mungkin takde harapan utk pengambil buah tu, untuk pulangkan kembali..

    p/s: saya takut dia bukan pulangkan buah.. tetapi hasil yg telah dihadamkan.. jadi, baik jgn mintak balik..

    ReplyDelete
  15. sedapnya.. rumah sekarang x ada walau sebatang pokok mangga.....


    lama x dapat makan mangga........

    ReplyDelete
  16. Ini la risikonya nanam mangga di luar pagar...(rase mcm pernah rembat mangga orang mase skolah dulu)

    ReplyDelete
  17. perghh..ni kalo mangga muda, makan dengan sambal kicap..sedapnyeeee..terliurrr

    orang2 ni tak takut ke ape..curi makanan, memang direct jadi darah daging. ish

    ReplyDelete
  18. Nampaknya orang tu tak tahan godaan. Mungkin juga dia tengah mengidam kot...

    ReplyDelete
  19. saya teingat kisah rasullulah.. kisah seorang lelaki termakan buah apple merah ditepi sungai..
    agak2 wanita yang makan tu taK? bakal menantu uncle.. hahaha

    lariiiiiiiiiiii

    ReplyDelete
  20. taruk wire letrik keliling buah manggu tu uncle!

    ReplyDelete
  21. salam uncle..
    kalau lah boleh dimangga solex kan mangga tuh.. pasti x der yg ambik kan?
    =]

    ReplyDelete
  22. bukankah memaafkan dan halalkan sahaja itu lebih baik!

    ReplyDelete
  23. salam Pak Ngah,
    memang besar dan nampak sedap sangt buah mangga tu...mesti Pak Ngah tanam pokok ni kat luar pagar kan? sebab tu senang dia orang nak ambil ..tapi tak apa lah Pak Ngah..halalkan sahaja mereka yg mengambilnya ... bak kata orang-orang tua (saya muda lagi eh ...hehehe) BERBUDI PADA TANAH ... semoga orang yg menanamnya akan mendapat ganjaranya di sana ... InsyaAllah ...

    p/s: suatu cara lain, mungkin Pak Ngah kena balut dengan kertas semua buah2 mangga tu supaya orang tak nampak sangat dan mereka tak terliur melihatnya ...hehehe

    ReplyDelete
  24. Adakah untuk musim mangga akan datang akan dipasang CCTV? hehe

    ReplyDelete
  25. besarnya buah mangga..tapi bagi tau anak buah tu..jangan la terkilan jika tak dapat dijadikan benih
    sebab biasanya kalau tanam dari biji susah nak dapat hasil yang sama..suruh je anak buah buat cantuman..ambik mata tunas dari pokok yang buah mangganya besar tu.insyaallah baru dapat hasil yang sama.

    ReplyDelete
  26. memang tak boleh tahan...tapi benda dah lesap, halalkan saja pakcik, jangan dimintak2 untuk dipulangkan balik, takut apa yang dipulangkan nanti sama macam apa yang Fuadansari sebut tuh..sanggup ker? ha hah ha

    *kagum dengan berat dan saiz mangga tu, kalau beri kepada saya 2 biji, mau merengkek saya bawak balik (masuk dalam bonet kereta)....

    ReplyDelete
  27. KEPADA SEMUA PENGUNJUNG DAN YANG MEMBERI KOMEN, TERIMA KASIH BANYAK2. MAAFKAN SAYA SEBAB TAK DAPAT JAWAB SATU2 KERANA MASA BANYAK DITUMPUKAN MEMBUAT ENTRI HARI INI.

    RAMAI YANG MENYARANKAN SUPAYA DIHALALKAN SAHAJA. MEMANG SEMASA SAYA MENANAM ANAK BENIHNYHA DULU LAGI SAYA SUDAH BERNIAT MENGHALALKANNYA KERANA SAYA TANAM PUN DI LUAR PAGAR.

    CUMANYA SAYA RASA KECEWA TIDAK DAPAT MENUNAIKAN HAJAT ANAK BUAT SAYA YANG MEMINTA SEBIJI BUAH YANG MASAK UNTUK DIBUAT BENIH. SAYA RASA TERKILAN KERANA TIDAK DAPAT MEMENUHI PERMINTAANYA. OLEH HAL YANG DEMIKIAN ENTRI INI HARUS DIBACA DALAM KONTEKS ITU.

    BARANGKALI SAYA AKAN SURUH DIA BUAT SEPERTI YANG DICADANGKAN OLEH ACIK ERNA SAHAJA.

    ReplyDelete
  28. pakngah pisang sya setandan di ambik orang, bak kata enpakwe bukan rezeki kita,yang sya tak puashati adalah orang tu tebang tandan pisang saja, tp tak tebang pokok nya, sya jugak yang menebang batang pisang tu dlm paksa rela..

    ReplyDelete
  29. aduhhh pakcik.. meleleh air liur ibu mengandung tengok mangga tu.. -_-

    ReplyDelete
  30. AJEE

    ISTERI SAYA DENGAN ANAK MENANTU, MAKAN MANGGA ITU CICAH KICAP DLL. DIA KATA AKTIVITI ITU SEBAGAI 'MENYICAH'

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.