Thursday, April 26, 2012

TERKENANG SEMASA HADAPAN 1: HURU-HARA ANGKARA BERESIH.


DIPETIK DARI LAPORAN CMN, LOS ANGELES, 9  JUN 2013.

"Wakil kami di Kuala Lumpur melaporkan pihak tentera telah mengambil alih sepenuhnya kawalan keselamatan di seluruh Malaysia beberapa minggu selepas tercetusnya pergaduhan di antara penyokong pertubuhan BERESIH dan PATKIOT semasa berdemonstrasi.

Pergaduhan itu dilaporkan berpunca dari insiden tolak menolak yang kemudiannya diikuti dengan sindir menyindir dan maki hamun yang berakhir dengan kedua-dua belah pihak saling membaling objek seperti batu, kayu dan botol sehingga berlaku kecederaan dan kematian di kedua-dua belah pihak.

Pergaduhan tersebut kemudiannya telah bertukar menjadi huru hara dan merebak ke seluruh Malaysia sehingga sudah sampai ke peringkat tidak dapat dibendung lagi.  Difahamkan pergaduhan kali ini lebih buruk dari peristiwa 13 Mei kerana ia tidak lagi terhad kepada pergaduhan antara kaum. Kali ini pergaduhan sudah bertukar menjadi perang saudara akibat berlainan fahaman politik.  Bahkan wakil kami memaklumkan bahawa terdapat kejadian bunuh membunuh berlaku dikalangan adik beradik akibat ketaksuban kepada parti masing-masing. Ia diburukkan lagi dengan penglibatan penjenayah seperti pencuri, perompak dan juga banduan yang melarikan diri dari penjara yang mengambil kesempatan membuat onar dari keadaan huru hara ini.

Pada masa laporan ini ditulis, banyak kilang telah menghentikan operasinya.  Pekerja mereka yang menganggur hanya mengharapkan bekalan makanan  yang diberikan oleh pihak tentera secara catuan untuk meneruskan hidup.  Ramai  juga dari mereka yang telah balik ke kampung mengusahakan tanaman ubi keledek dan sebagainya bagi menambah bekalan makanan  kerana catuan makanan yang diedarkan oleh tentera adalah tidak mencukupi.

Pasaraya-pasaraya besar juga telah lama menghentikan operasinya dan barang-barang di dalamnya habis digeledah oleh penduduk untuk mendapatkan bekalan makanan. Kejadian mencuri, merompak, memecah rumah dan  membakar gudang sudah menjadi perkara biasa.

Perintah berkurung dari 6 petang hingga 6 pagi masih lagi berkuatkuasa di beberapa bandar besar seperti Kuala Lumpur, Seremban, Johor Baharu dan lain-lain.

Pada masa yang sama, beribu-ribu mayat yang kebanyakannya sudah tinggal rangka sahaja masih bergelimpangan di jalan-jalan di  bandar-bandar besar di seluruh Malaysia. Hospital kerajaan dan juga swasta sudah tidak lagi mampu  menampung pesakit-pesakit yang dihantar boleh di katakan setiap minit. Mereka yang cedera kebanyakannya terbiar di atas simen dan kawasan lapang di sekitar hospital menuggu mati.  Kebanyakan doktor juga dilaporkan enggan bertugas kerana banyak ubat-ubatan yang penting sudah hampir kehabisan. Bekalan darah pula sudah lama kehabisan. Keadaan di burukkan lagi oleh bekalan letrik yang sering terputus-putus.

Sisa bangunan, kilang dan rumah yang terbakar boleh dilihat di mana-mana kerana pihak bomba tidak berupaya untuk memadamkannya akibat kekurangan tenaga, jentera dan juga bekalan air. Sampah sarap sudah menggunung di merata tempat termasuk di dalam parit serta Sungai Gombak dan Kelang. Baunya menusuk hidung dan menjadi punca merebaknya penyakit.

Semua penerbangan masuk ke negara ini telah dilencongkan ke negara jiran kerana lapangan terbang juga sebahagian besarnya habis dibakar dan sudah berhenti beroperasi. Akibatnya beribu-ribu pemandu teksi  serta pekerja dan peniaga di lapangan terbang telah hilang mata pencarian.

CMN turut melaporkan bahawa pemimpin tertinggi  BERESIH kelihatan berada di rumah mereka di  Paris  dan juga London menunggu keadaan aman semula sebelum kembali ke tanah air untuk meneruskan perjuangan. Mereka dan juga beribu-ribu lagi dari golongan berada, dilaporkan melarikan diri melalui jalan darat ke negara jiran sebelum terbang ke luar negara"


Fuhh .. pelik betul mimpi saya malam tadi.  Ia  mungkin  terbawa-bawa akibat membaca keratan akhbar di bawah sebelum tidur.


.

Wednesday, April 25, 2012

WW 33: BERMAIN-MAIN DENGAN WARNA - 1


 

 











 




Tuesday, April 24, 2012

MASING-MASING ADA CARA MENUNJUKKAN KASIH SAYANG.

Saya mendapat peringatan dari Nida seperti berikut. 

 
Saya faham maksud beliau. Dia seolah-olah bertanya kenapa bila saya bergambar dengan Makngahnya, tak ada pegang-pegang. Bukan tak ada ..  ada. Mari saya tunjukkan satu contohnya seperti gambar di bawah.


Berlatarbelakangkan Hyde Park, London. Terima kasih Faridah. 
Kerana awaklah, dapat saya membuat entri ini. Hehe ..


Tapi memang tak banyak gambar macam tu sebab saya segan untuk berbuat begitu, walau pun sudah berkahwin hampir 32 tahun, kecuali digalakkan sangat-sangat oleh jurugambar.

Bagi saya, kalau tak pegang-pegang, bukan bermakna tak sayang.  Saya percaya Makngahnya pun tahu.

Tapi kalau ada orang nak tunjuk sayang melalui pegang-pegang di depan orang, saya tidak pula menghalang dengan syarat dia bukang isteri / suami orang.  Silakang !


Anda pula bagaimana ?



Monday, April 23, 2012

BERDAYUNG DI SUNGAI MEKONG

Ini adalah cerita seperti yang saya janjikan dalam entri ini dahulu. Salah satu acara semasa lawatan ke Sungai Mekong ialah menaiki sampan  di sebuah sungai. Bagi saya orang kampung, acara ini biasa sahaja, tetapi nampaknya popular di kalangan pelancong Barat. Ia termasuk dalam pakej pelancongan kami. Maknanya tidak dikenakan apa-apa bayaran.

Lalu lintas di sungai ini agak sibuk hinggakan sampan yang lalu bergesel-geselan antara satu sama lain semasa berselisih. Silap-silap jari tangan kita boleh putus kalau kita memegang tepi sampan itu. Walaupun bergesel, mereka tak marah, tapi senyum sahaja.


Gambar 1: Beg hitam sengaja saya letakkan di depan  semasa bergambar dengan tujuan untuk melindungi perut daripada flash kamera. Hehe ...

 
Gambar 2: Sekali pandang, tak ada apa-apa yang menarik bagi saya seorang kaki pancing. Tetapi disebaliknya tersirat cerita duka kehidupan orang-orang Vietnam mengerah keringat untuk mencari sesuap nasi.


Gambar 3: Saya sempat meminta kawan saya mengambil gambar untuk di masukkan ke dalam blog. Gambar saya sengaja di kaburkan supaya perhatian anda terfokus kepada para pendayung itu.


Gambar 4: Sampan kami mencilok di celah-celah sampan yang lain. Masing-masing ingin berdahuluan untuk mengejar trip. Dua orang pendayung sampan kami adalah wanita. Sorang depan dan sorang lagi di belakang. Dengan badan mereka yang kurus, mereka mendayung dengan sekuat kudrat mereka membawa kami bertiga. Mercik peluh di dahi mereka. Tentulah lenguh seluruh badan jikalau seharian berdayung membawa pelancong. Pada satu tempat, pendayung di depan saya sempat menunjukkan rumah dia yang amat daif di mana dindingnya dibuat dari daun nipah yang dianyam di mana pokoknya banyak kedapatan di sepanjang tebing sungai ini.



Gambar 5: Topi itu di sedikan oleh pemilik bot untuk mengelakan panas matahari. Tapi tak boleh bawak balik kerana tak termasuk dalam pakej. Para pendayung ini juga kerap mengingatkan supaya memberi 'tips' yang banyak kepada mereka. Kalau dah banyak kali sangat diingatkan, rimas juga di buatnya. Bahkan pendayung lain yang berselisih juga mengingatkan kami supaya memberi tips kepada pendayung yang membawa kami.
Mahu saja saya jerit "aku tahuuuu lahhh !"



Gambar 6: Saya cuba menunjukkan bakat lama saya mendayung perahu .. masa kecik-kecik dulu saya selalu curi pinjam perahu orang untuk pergi memancing dan sebagainya. Sekejap jer dah "hongeh". Saya amat bersyukur kerana  saya atau Makngahnya tidak terpaksa berdayung macam mereka untuk menyara kehidupan dan membesarkan anak-anak.


Gambar 7: Dua orang sahabat saya yang sangat bergaya walaupun naik sampan. Kalau naik kapalterbang, entah macamanalah gaya mereka. Topi yang mereka pakai tu, baru sahaja dibeli dipengkalan tadi.

 Gambr 8: Akhirnya sampan kita sampai ke perahu yang membawa kami dari tanah besar tadi. Kawan saya yang menjadi bendahari kami, menitipkan tips untuk mereka berdua. (Agaknya perkataan "tips" berasal dari perkataan menitipkan). Saya melihat mereka tersenyum sampai ke pipi. Saya tahu kawan saya itu sangat pemurah orangnya.


Gambar 9: Saya sengaja memasukan gambar di atas kerana ingin menunjukan bahawa, ada juga orang Vietnam yang kaya, kalau berdasarkan saiz rumah mereka seperti gambar di atas yang sempat saya ambil semasa dalam perjalanan ke sini tadi. 
Rezeki masing-masing bergantung kepada usaha dan juga perkenanNya.


Sunday, April 22, 2012

CAK CAK CAK

Dialog di antara seorang atuk muda dengan cucunya.

Cucu:  Nak gula-gula ni ..

Atuk: Tak boleh .. dan rosak.

Cucu: Dah rocak ye ..

Atuk: Bukan rocak .. rosak !

Cucu: Ooo .. rocak.

Atuk: Bukan rocak .. rosak. Cer sebut rosak, rosak, rosak ..

Cucu:. Rocak, rocak, rocak ..

Atuk:  Sak, sak, sak.

Cucu: Cak, cak, cak.

Atuk: (pokok dek kaulah)

......................................................


Sub-Entri: Makan Kenduri Di Homestay Lonek Petang Tadi.


Kereta sapa ntah tu ... ngada-ngada parking sebelah tempat orang makan. Kalau  kereta Kelisa, entah cerok manalah dapat parking.


Pengantin  tunjuk bakat bermain Caklempong .. saya pun tunjuk bakat ambil gambar dengan sebelah tangan .. (walaupun 14 kali baru jadi)



Friday, April 20, 2012

TAK SENONOH BETUL PERANGAI ANAK RAJA INI.

Gambar berikut saya dapati dari Youtube bertajuk "Saudi Prince Spending Millions" yang mendakwa seorang anak raja dari Arab Saudi menaburkan wang, khabarnya berjuta-juta USD kepada seorang penyanyi wanita,  semasa berhibur di sebuah kelab malam di Dubai. Saya tidak pasti samada dakwaan itu betul atau tidak, tetapi saya cenderong untuk mempercayainya kerana telah menjadi rahsia umum bagaimana kebiasaannya orang-orang kaya Arab berhibur di luar negara.



Kalau anda tidak dapat melihat video di atas, saya sertakan gambar pegun (di lokasi yang berlainan) seperti di bawah di mana kelihatan seorang lelaki (mungkin anak raja yang sama)  "memandikan" dengan wang penyanyi wanita yang menghiburkannya.


Lihat pula gambar di bawah yang saya ambil semasa lawatan ke Saigon baru-baru ini. Kelihatan seorang wanita penjaja makanan yang hidupnya kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Cuba bayangkan betapa susahnya dia mencari wang dengan mengandar bahan dagangannya ke hulu ke hilir mencari pelanggan di dalam panas dan hujan dengan pendapatan yang tidak seberapa. Dan kalau ditakdirkan tiada ada orang membeli macamana ? Kalau sakit pening siapa pulak yang akan mengambil alih tugasnya ?

Pada masa yang sama, seorang anak raja begitu boros berfoya-foya menaburkan wang sesuka hati tanpa menyedari bahawa kekayaan yang dinikmatinya hanyalah pinjaman sahaja.


...............................................................................................

Sub-Entry: Dari Facebook - Pencen dah masuk.



pencen dah masuk .. amaun kenaikannya di luar jangkaan. syukur alhamdulillah. berbaloi juga kena belasah sebelum ini. hehe
· · · 9 minutes ago ·

Thursday, April 19, 2012

MESTI BACA: PETUA MENYUSUN KEUTAMAAN.

Kita tidak sunyi dari mendapat banyak tugasan dalam satu-satu masa. Kadang-kadang kita tidak cukup tangan hendak membuatnya. Tidak tahu mana satu yang harus dibuat dahulu. Jadi kalau hendak selamat dan tidak mahu hidup kita lintang pukang, ikutlah petua atau strategi menyusun keutamaan  seperti di bawah.

Bila kita menerima tugasan yang banyak secara serentak, kita susun tugasan itu mengikut keutamaan seperti  1 hingga 4 di bawah. 

Keutamaan Satu:  SEGERA DAN PENTING.
 
Keutamaan Dua:  SEGERA TAPI TIDAK BERAPA PENTING.

Keutamaan Tiga.  TIDAK SEGERA TAPI PENTING.

Keutamaan Empat.  TIDAK SEGERA DAN TIDAK BERAPA PENTING.


Maksud susunan itu tentulah menuntut kita menyiapkan kerja yang SEGERA DAN PENTING terlebih dahulu sebelum beralih membuat kerja yang SEGERA TAPI TIDAK BERAPA PENTING. Selepas itu siapkan tugasan yang TIDAK SEGERA TAPI PENTING barulah kita beralih membuat tugsan yang TIDAK SEGERA DAN TIDAK BERAPA PENTING.
 
Itulah ajaran dari seorang yang pernah jadi boss saya suatu masa dulu. Dia mengamalkan apa yang dia ajar itu sepenuhnya. Hidup dia cukup tenang dan teratur.   Bahkan bilik dan meja dia pun teratur.

Sebelum bersara dia memegang jawatan yang tinggi dalam perkhidmatan awam dengan menjadi ketua sebuah Agensi  Kerajaan Pusat untuk beberapa tahun.

Saya pernah juga cuba, tapi tak pernah menjadi. Kalau menjadi pun sekejap sahaja, lepas itu balik asal. Ini kerana setiap kerja yang boss beri semuanya dikata kan segera dan penting. Mungkin itulah juga agaknya yang menyebabkan saya bersara dengan gred awatan bertaraf Gurkha sahaja.



p/s: Saya teringat cerita Nida dan suaminya menyusun strategi dan membuat perancangan yang sistematik untuk menjawab kontes ke empat anjuran saya baru-baru ini. Hasilnya mereka dapat menjawabnya dalam masa tidak sampai 10 minit.  Entrinya yang sangat menarik bagaimana mereka dapat menjawab dengan tepat dalam masa yang amat singkat ada di sini.



Wednesday, April 18, 2012

APA YANG SAYA TENGOK DI SAIGON - LAWATAN KE DELTA MEKONG.

Ini adalah sambungan kepada entri "Apa Yang Saya Beli Di Saigon" sebelum ini ..

Bila sebut Sungai Mekong, saya teringat matapelajaran Ilmu Alam (Geografi) semasa bersekolah menengah dahulu. Nama Sungai Mekong selalu disebut-sebut oleh cikgu dan juga terdapat dalam buku teks. Jadinya bila kita merancang untuk melawat Delta Sungai Mekong, saya sangat teruja. Akhirnya setelah berpuluh tahun ia diperkenalkan dalam perbendaharaan kata  saya, saya dapat melihat sendiri dan menyeberanginya. Saya beryukur yang teramat sangat kepada Allah swt kerana dengan limpah kurnianya telah memanjangkan umur, memberi kesihatan dan rezeki serta peluang untuk saya menjejakkan kaki sampai ke sini.



Gambar 1: Ahli rombongan kami terdiri dari 3 dari Malaysia, 4 dari Filipina dan 2 dari UK. Kami menggunakan khidmat ejen pelancongan yang terletak sangat dekat denga hotel kami. Bayarannya cuma USD20 seorang. Saya rasa amat murah kerana ia termasuk bayaran perjalanan, makan minun, menaiki bot, kuda dan sampan sebagai satu pakej.


Gambar 2: Tempat persinggahan di pertengahan jalan untuk membasah tekak atau ke sungai kecil atau besar dan juga ada kedai menjual cenderamata. 



Gambar3: Saya teruja melihat jambatan yang merentasi Sungai Mekong ini yang ada iras-iras jambatan Pulau Pinang.

 

Gambar 4: Mula-mula saya ingatkan kapal besar itu yang akan kami naik. Rupanya perahu seperti di bawah. Cisss .. bedebah !


Gambar 5:  Perahu yang di kiri sekali itulah yang kami naiki untuk ke pulau-pulau di tengah Sungai Mekong.



Gambar 6: Walaupun sungai ini berkilometer lebarnya, tapi saya hairan tidak ada orang memancing atau memukat untuk menangkap ikan. Kata pemandu pelancong tiada ikan di dalam sungai sebesar ini kerana semuanya habis ditangkap oleh penduduk disebabkan ketiadaan makanan dan kemiskinan. Patutlah saya tak jumpa sebuah pun kedai pancing di Saigon. Nasib baik !

 

Gambar 7: Kilang membuat gula-gula kelapa. Tak ada seorang pun dari kami yang membelinya. Saya rasa geli untuk membelinya.

 

Gambar 8: Ini adalah di atas sebuah pulau di tengah Sungai Mekong. Banyak gerai menjual cenderamata yang kesemuanya buatan Vietnam. Tidak seperti tempat kita, kedai cendermata kita banyak juga menjual produk dari Indonesia, Thailand atau Filipina.


Gambar 9:  Setelah letih berjalan-jalan, kita berhenti di tempat ini membasahkan tekak sambil dihiburkan dengan nyanyian berkumpulan oleh penyanyi Vietnam.   Habis menyanyi mereka akan mengedarkan bakul untuk kita memasukan sumbangan.


Gambar 10: Kiranya lengkaplah kenaikan kami untuk sampai ke Vietnam. Dari rumah naik Estima saya, kemudian kapalterbang, kemudian teksi ke hotel, kemudian jalan kaki cari makan, kemudian naik van ke Sungai Mekong, kemudian naik perahu, kemudian naik kuda, kemudian naik sampan. Adapun naik sampan ini merupakan satu pengalaman yang sangat menarik yang  akan saya buat entri khas mengenainya nanti.


Gambar 11: Kita juga di bawa untuk singgah di Pulau Dua untuk makan tengahari.
(Nama Pulau Dua tu, saya main letak jer )


Berikut nikmatilan nyanyian lagu rap tradisional orang Vietnam seperti yang saya ceritakan di gambar No. 9 di atas.


Sebagai makluman kepada yang tidak dapat melihat dan mendengar video tersebut, lagu yang dinyanyikan mereka lebih kurang lagu "Biarlah Rahsia"  dendangan Dato' Siti Nurhaliza.

bersambung ..

.............................................................................................

Sub-Entry: Kereta Preve.

Che Ngang: Aku teringin nak pakai kereta Preve tu ..

Che Wel: Belilah kereta buatan Malaysia.

Che Ngang: Itu kereta buatan Malaysia lah tu ..

Che Wel: Ye ke .. aku ingatkan kereta Czechoslavakia tadi ...

KISAH SEBUAH KATIL LAMA.



Hati ini berdebar-debar dan resah gelisah menunggu cucu ke dua yang merupakan anak pertama dari anak ke dua saya  (faham tak ? ) ..  gambarnya di sini.

Ok, masuk cerita katil seperti gambar di atas. Katil tersebut saya beli di USA untuk Kakngah anak ke dua saya hampir 30 tahun lalu. Harganya sangat murah dan buatannya simple sahaja. Tetapi setelah begitu lama usianya dan digunakan oleh adik-adiknya, cucu saya, anak kepada sepupu Kakngah, ia masih lagi berkeadaan baik dan boleh digunakan. 

Insya-Allah dengan izinNya, pada pertengahan bulan Mei nanti, anak kepada Kakngah atau cucu ke dua saya akan berpeluang menggunakannya pula. Semoga selamat dan dipermudahkanNya urusan kelahirannya nanti.
 
Kenapa barang-barang buatan Malaysia tidak tahan lama seperti katil itu ?

Nota Kaki: Memang letih membuat entri bergambar. Banyak dan cerewet  prosesnya dan memakan masa. Itulah yang menyebabkan saya jarang berkesempatan 'blogwalking' akhir-akhir ini selagi entri lawatan ke Saigon tak sudah. Ada lagi cerita dan gambar yang menarik yang ingin saya tunjukkan.

Sekurang-kurang ada 10 tahap, seperti berikut :-

1.  Mula-mula pilih konsep atau tema.
2.  Kemudian pilih objek untuk digambar/pilih gambar.
3.  Kemudian 'crop' gambar.
4.  Kemudian 'tuning' gambar.
5.  Kemudian 'resize' gambar.
6.  Kemudian muatnaik gambar.
7.  Kemudian buat 'caption'/cerita.
8.  Kemudian 'publish'.
9.  Kemudian letih.
10. Kemudian tidur.


SAYA PUN NAK BUAT PAGE !


Saya tidak tahu tujuan sebenar orang yang menciptanya. Saya tengok orang buat, saya pun nak cuba buat. Jadi saya buatlah satu page yang menghimpunkan segala cerita, gambar dan video saya yang lalu di sini.  Mungkin saya telah menyalah guna atau menyimpang dari tujuan asal penciptaannya. Lantaklah.  Saya merayu dengan sepenuh hati tolonglah  silalah kunjunginya bila-bila anda ada kelapangan dan klik like sebab dia kata ...    

Once 30 people like your Page, you'll get access to insights about your activity.

 Apa maksudnya .. entah. Terima kasih.

 

Monday, April 16, 2012

BUNGA-BUNGA BERGUGURAN DI LAVENDER HEIGHTS.







Ingatlah wahai bunga .. bila sudah jatuh ke bumi, tiada siapa lagi yang ingin  peduli. Gambar-gambar tersebut anak saya Ifa yang ambil. Tapi saya yang mengarahkan dan membawa dia !

...............................................................................................................................................

Sub-Entry: Poskad dari Mieza.




Baru-baru ini saya menerima 3 keping gambar yang sangat cantik dari Meiza pemilik Blog Postcode 7647 yang kini sedang  berada di New Zealand.  Terima kasih Mieza di atas kiriman dan ingatan itu. Untuk melihat lebih banyak lagi gambar yang cantik dan berkualiti, silalah ke blog beliau.