Monday, January 21, 2013

PERLUKAH BERTERIMA KASIH KEPADA ORANG PENCEN ?


Antara aktiviti orang pencen - tanam sayur.

Selalu saya dengar orang memperlekehkan orang yang sudah bersara atau orang pencen macam saya. Ingat orang pencen tu macam nangka busuk yang harus dibuang ke dalam tong sampah sahaja ke ? 

Padahal dengan pencennya seorang kakitangan kerajaan itu lebih-lebih lagi kalau dia Ketua Jabatan, mungkin beratus-ratus orang lain akan mendapat faedah baik secara langsung atau pun tidak langsung.

Bila dia bersara, tentu akan ada pegawai lain yang akan naik pangkat menggantikannya. Jawatan pegawai yang menggantikannya juga akan diisi oleh orang lain melalui kenaikan pangkat juga. Begitulah seterusnya hinggalah ke jawatan yang paling bawah atau di gred biasa yang akan diisi melalui lantikan baru. Mereka itu semua ada keluarga - ibu bapa, adik beradik dan bagi yang yang sudah berkeluarga ada isteri/suami, keluarga mertua dan juga mungkin ada anak-anak. Mereka-mereka itu sedikit sebanyak dapat faedah berikutan pencennya seorang kakitangan kerajaan itu.

Ada analisis yang mengatakan bahawa kemenangan tipis dalam PRU yang lalu sedikit sebanyak berpunca dari tidak puas hati orang-orang pencen. Misalnya kalau dulu setiap ada majlis, mereka akan di jemput dan kadang-kadang "dipujuk" supaya datang. Bila sudah pencen, satu jemputan pun tidak diterima lagi. Takkanlah majlis perasmian masjid pun tidak boleh dijemput. Seolah-olah mereka sudah tidak wujud lagi di dunia ini.

Bila pencen seseorang itu, pandangan mereka sudah tidak diperlukan lagi dan tidak relevan. Kalau dulu apa sahaja yang keluar dari mulut mereka (bagi ketua-ketua Jabatan) akan dianggap satu arahan atau peraturan. Dan bila sudah pencen, tetiba mereka sudah dianggap jadi orang bodoh. Siapa yang sebenarnya bodoh ?

Setiap pesara ada keluarga. Pada hemat saya, seorang pencen yang tak puas hati mungkin akan mempengaruhi 4-5 orang dalam keluarganya. Bayangkanlah kesannya kalau ada 300 ribu orang pencen yang tidak puas hati.

Tak apalah. Kepada mereka yang memandang rendah kepada orang pencen, ingatlah satu hari nanti awak pun akan pencen juga. Orang putih kata "what goes around comes around"


Nota kaki: Sebenarnya entri ini sedikit sebanyak dipengaruhi oleh entri ini. 



33 comments:

  1. :D Kan orang pencen dah marah! Siapa punya kerja la ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. orang pencen susah nak marah, tapi sekali marah lama baru padam.

      Delete
  2. Jangan layan orang pencen macam ayam pencen, kan uncle?

    ReplyDelete
  3. takde orang pencen ...x de la orang baru nak keja...

    x baek dorang nihh... :)

    ReplyDelete
  4. Pak Tuan melalui fasa pertama zaman pencennya dalam keadaan stress, almaklumlah jamnya berputar 360 darjah. Perlu masa untuk sesuaikan dengan keadaan. Sekarang rutin harian. Pagi walking, pukul 10 kebun, tengahari lepakking, petang kebun, selain 5 waktunya dihabiskan kat surau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau berputar 360 darjah, ini bermakna Pak Tuan masih lagi bekerja. mungkin 180 darjah kot.

      ajaklah pak tuan tu berblog atau berfesbuk !

      Delete
  5. aslkm....

    ni sape punye kerja bagi uncle marah ni....ape diorang ingat orang pencen ni takde manfaat ke..ish...ish...ish....tak baik betul..jangan le dah habis manis sepah dibuang..kalau takde yang lama takde la yang baru....(^__^)

    jangan marah2 ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak marah .. terkilan. Cuba awak bayangkah kalau tak ada orang nak pencen, berlambaklah graduan baru tak ada kerja.

      Delete
  6. Betul tu kata2 dari org yg banyak pengalaman dan pandangan..Siapa yg dah buat org pencen ni merajuk!?..Baik pujuk balik..!

    ReplyDelete
    Replies
    1. akan ku rawat dan pujuk diri sendiri .. chewah !

      Delete
  7. tambah tambah kalau masa kita in service dulu bongkak dan sombong.Lagilah orang tak ambil pot dkt kita bila seliseh bahu.tapi pakngah tak gitu kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mujur saya tak begitu amnya .. tapi ada juga staf saya yang kena marah .. kalau dia orang nak berdendam, tak mengapalah .. saya marah pun bukan sembarangan tapi berkaitan kerja.

      Delete
  8. Klu mcm tu, sy kesian kat ayah sy. Die dah pencen. Pangkat tak tinggi. Lagi le dipinggirkan. Huuuuu~

    ReplyDelete
  9. Lambatnya lagi saya nak pencen... entah sempat entah tidak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ambillah pencen pilihan .. macam saya. tapi kalau boleh menyumbang, lebih baik bekerja.

      Delete
  10. Org yg tak kerja gomen takde pencen bila dah tak laku utk kerja ..... huhuhu

    Agaknya layanan kepada mereka ini lagilah hampeh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. orang yang tak pernah kerja gomen, tak akan rasa perbezaannya ..

      Delete
  11. ayah saya pun orang pencen. tapi saya takde pencen nanti. hihihi~

    ReplyDelete
    Replies
    1. uncle sarankan awak kawin dengan orang pencen .. kalau dia mati awal, awak sambung pencennya. hehe

      Delete
  12. ada ker orang yg anggap org pencen macam nangka busuk? chis! melampau tu...
    kalu gitu elok la macam saya ni...takder pencen...pencen bila mati jer nanti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang ada .. tapi ada juga orang pencen yang tak sedar diri minta dilayan macam masa dia masih bekerja dulu.

      Delete
  13. huhuhu.

    saye pun takde pencen nnt. entah mcm mane la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. oleh itu mulalah menabung/melabur dari sekarang ..

      Delete
  14. panjang umur, merasalah saya pencen 10 tahun lagi


    ReplyDelete
    Replies
    1. 10 tahun lama lagi tu .. masa itu saya entahkan ada lagi ke tidak.

      Delete
  15. tua - tua kelapa berguna juga..
    byk pengalaman dan pelajaran boleh kita timba dari org pencen ni.
    mereka power.

    ReplyDelete
  16. ternampak perkataan 'ayam pencen' dalam komen di atas sana hehehee. ayam pencen, kalau kena cara memasak, empuk dan sangat sedap. sama lah macam orang pencen, kalau kena cara, boleh kita berguru :)

    p/s: lama tak pekena rendang ayam pencen :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju .. rasanya macam ayam kampung kan ?

      Delete
    2. ye betul tuan. rasanya macam ayam kampung tapi lambat masak. jenuh jadi penunggu dapur heheheheh~

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.