Wednesday, February 26, 2014

BR1M



 17,000 menolak tawaran bantuan BR1M - The Star, 24/2/2014.

Wang untuk BR1M umumnya bersumber dari wang dari rakyat (selain dari sumber-sumber lain) yang dikumpulkan dalam Kumpulan Wang Amanah Yang Disatukan (consolidated fund). Wang saya juga turut ada didalamnya dalam bentuk cukai tak langsung yang saya bayar seperti cukai petrol, gula dan sebagainya. Harapan saya dan juga semua pembayar cukai yang lain supaya pemegang amanah (iaitu Kerajaan) membelanjakan wang tersebut dengan cekap dan adil.

Dari laporan akhbar The Star pada 24/2/2014, diberithu terdapat kira-kira 17 ribu orang menolak menerima BR1M kerana merasa mereka sudah tidak layak lagi kerana pendapatan mereka sudah bertambah berbanding tahun lalu. Saya sangat percaya jumlahnya yang sebenar jauh lebih ramai dari itu.

Kebetulan saya telah bertemu beberapa individu yang tidak patut mendapat BR1M tetapi telah menerimanya. Salah seorang daripadanya siap tayang  (dengan bangganya) lagi dalam wall fesbuk. Saya tahu duit dia bertingkek-tingkek hasil dari perniagaanya.  Saya juga tahu dia tidak bayar cukai pendapatan dan juga mencarum dalam KWSP.

Sehubungan dengan itu saya cadangkan kerajaan menyerahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menguruskan pembayaran BR1M. Jabatan itu saya rasa paling layak kerana selama ini (sebelum ada BR1M), mereka telah menjalan tanggungjawab dengan baik menyalurkan bantuan Kebajikan Masyarakat yang dibayar pada setiap bulan kepada rakyat yang miskin yang layak menerimanya. Setahu saya sebelum sesuatu permohonan itu diluluskan, mereka akan buat penyiasatan yang agak teliti terlebih dahulu akan kelayakan seseorang pemohonan.

Kalau JKM yang menguruskan pembayaran BR1M mengikut kaedah mereka menguruskan bantuan wang kebajikan masyarakat selama ini, saya percaya cuma mereka yang benar-benar layak sahaja yang akan mendapat BR1M. Tidaklah nanti penerima BR1M menggunakan wang bantuan tersebut untuk menukar henfon Samsung Galaxy 4 kepada Galaxy 5.





25 comments:

  1. mmg betul ada penerima brim sebelum ni boleh dikatakan tak layak lagi dapat tahun ni sbb pendapatan isi rumahnya telah meningkat. bersangka baik ajelah nampaknya mungkin pendapatan meningkat tu seiiring dengan peningkatan ahli rumah jugak :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. bersangka baik itu memang digalakan .. tapi ini wang amanah. kenalah jalankan penyiasatan (due diligence) yang wajar.

      Delete
  2. Dekat office kakak pun ada yg tak layak tapi dapat BR1M ini.
    Tentang pengurusn ke JKM kakak pun setuju mungkin dpt pemantauan lebih baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya geram juga mendengarnya kerana wang rakyat dibelanja bukan di tempat yg sepatutnya.

      Delete
  3. Saya sokong dan kadang rasa tak puas hati sebab Bantuan Br1m tu sepatutnya bagi orang yang tak mampu dan miskin di kampung2 yang masih banyak lagi terdapat bukannya di beri kepada orang yang mampu tapi dia kata tak mampu kerana tinggal di bandar-bandar besar. Sepatutnya kenalah buat tapisan yang ketat pada pemohon supaya ianya sampai di tangan orang yang betul berhak menerimanya.



    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah pandangan kita ttg isu ini.

      Delete
    2. Assalam PakNgah....saya sokong sangat-sangat kerana setiap kali kerajaan distribute BRIM, akan ada orang tidak sesuai atau tak layak untuk menerimanya walhal pendapatannya melimpah ruah....yang sepatutnyalah terima terlepas pandang begitu sahaja....wallahualam :)

      Delete
    3. itulah tanggungjawab kerajaan dan pegawai2nya membuat tapisan yang teliti mengetahui perangai kurang baik majoriti orang2 kita.

      Delete
  4. Saya sokong 200% cadangan uncle :)

    ReplyDelete
  5. Ada yang layak terima tapi tetap jugak tolak. So apa cer?

    ReplyDelete
    Replies
    1. layak tapi tolak tu x apa... ni y x layak melalak lebih2... harubiru jadinya

      Delete
    2. Layak tapi tolak itu orang yg tinggi harga dirinya ..

      Delete
  6. Baru semalam cakap pasal Brim ni dengan papa JJ, so not praktikal (bukan dengki, jauh sama sekali) cumanya kenapa tak gunakan peruntukan yang ada tu untuk perkara lain yang lebih utama, yups I saw many yang berkelayakan got this money easily, and... pas ni jangan la heran bila harga minyak, gula naik lagi yer, yang penting kangkung murah hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang kurang kemas .. sayang wang banyak yg tersasar.

      Delete
  7. Saya setuju dengan pendapat Pak Ngah, BR1M diberi berdasarkan rekod LHDN jadi bagaimana dengan orang2 yg tak pernah bayar cukai pendapatan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg yg bayar cukai berapa persen jer kat Mesia ini.

      Delete
  8. Setuju dgn cadangan Tn Hj...errr tp...ada ke Pak Menteri nak terima cadangan ini..

    ReplyDelete
  9. Bernas sekali cadangan ini..cuma mampukah mereka menguruskan permohonan yg berjuta juta dlm masa yg diperuntukkan?.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau sudah bernas, mahu tak mahu kena cari jalan laksanakannya.

      Delete
  10. Salam...betoi ker..depa MENOLAK???...Jangan jadi macam GENERAL Amerika Perang Vietnam 1960an...tentera yang DAH MATI pun..general buat tuntutan GAJI dan Elaun dari Kerajaan USA...jangan jangan DUIT orang yang MENOLAK nih...masuk ke POKET...pengurus pengurus PROJEK...UMNO BN..tak...kan kan kan kan..ingat kes DUIT HARAM yang dikutip oleh UMNO Pulau Pinang...mana pi LESAP duit tuh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kembali. Tak berani nak ulas sebab saya tak ada maklumat.

      Delete
  11. Guna duit BRIM untuk beli tudung Fareeda atau Ariani yang super duper mahal tu pun ada Pak Ngah... PT pakai tudung fareeda, officer pakai tudung bawal kangaroo je...huhu...

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.