Sunday, March 2, 2014

KALAULAH SAYA BORONG SEMUA DURIAN ...



Gambar hiasan hasil carian Google.


Katalah saya ada banyak duit. Saya beli/borong/pajak semua durian yang sedang berbuah di seluruh negara. Saya buat perjanjian dengan pemiliknya supaya tidak menjualnya kepada orang lain. Bila ada orang lain datang nak beli, sudah tidak boleh lagi melainkan mereka datang berjumpa saya. 

Maka paniklah semua peraih durian di seluruh Malaysia kerana musim ini tidak ada lagi buah durian untuk mereka perniagakan. Mereka pun berduyun-duyun berjumpa saya untuk berunding. Maka saya pun tarik harga. Masing-masing peraih pun mula berlawan sesama sendiri menawarkan harga yang tinggi kepada saya. Maka makinlah saya jual mahal.

Kemudiannya selepas saya mendapat tawaran harga yang saya inginkan, katalah 10 kali ganda dari harga borong saya, barulah saya menjualnya kepada peraih yang telah membuat bidaan yang tertinggi.

Agak saya begitulah caranya sindiket yang menyebabkan harga rumah melambung pada masa ini.  Bukannya rumah tak cukup atau tak ada, tetapi ada sindiket tertentu telah memborong semua rumah yang sedang dalam pembinaan seperti angan saya memajak durian di atas.



20 comments:

  1. kalau saya praktikkan benda ni kat sayur kangkung, rasanya boleh jugak mencetuskan sedikit panik kot. hehehee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak mungkin sebab kegilaan orang kepada kangkung tidak serupa dengan durian ..hehe.

      Delete
  2. Memang mahal sungguh jarga rumah sekarang.. rumah teres pun dah cecah juta..

    ReplyDelete
  3. Sebab itu kerajaan seharusnya memainkan peranan yang penting mengawal situasi ini daripada terus berleluasa.

    Bagaimana pendapat YB...?

    ReplyDelete
  4. itulah ... "kalau aku kayaaaaa"..... tapi nak buat cam na kan. Rumah sekarang tak ada 200 ribu ..... eemmm berputih mta lah. sampai mati tanggung hutang

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau berlaku deflas, harga rumah akan turun juga ..

      Delete
  5. sesiapa yg penah terlibat dengan bidang hartanah ni mesti dah tau sgt kenapa harga rumah mahal...

    ReplyDelete
    Replies
    1. permainan orang bijak pandai untuk memainkan harga ..

      Delete
  6. Sepatutnya kerajaan haramkan agen2 beli rumah, kena tapis betul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. lebih berkesan kalau persatuan pengguna kita kuat ..

      Delete
  7. betul tu. malahan ada rumah yang sepatutnya dalam lingkungan rumah sederhana rendah. tetapi masa nak jual jual pada 'orang dalam' je.. bila rumah siap.. orang dalam ni jual sekali ganda harga rumah tu..mana tak tercekik.. kami ni salah seorang yang beli rumah mcm tu.. terpaksa lah..


    ada pulak kes..main booking2.. booking letak beberapa ratus je.
    lepas tu booking rumah2 strategik lokasi nya. kemudian siapa nak beli kena beli dengan dia.. dengan harga yang lebih tinggi walaupun cuma beberapa ribu. tapi untung atas angin gitu ja.


    yang kaya makin kaya. yang miskin makin papa kedana

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju dan itulah perkara yang ingin saya sampaikan dalam entri pendek ini ..

      Delete
  8. Replies
    1. lebih kuranglah tu .. pengimport gula dulu dapat hak sebagai 'sole distributor' ..

      Delete
  9. MONOPOLI ADALAH HARAM DI SISI ISLAM.. SAYA ADA TERDENGAR PADA SATU CERAMAH.. DAN INILAH ANTARA KESANNYA..

    ReplyDelete
  10. apa-apa bentuk penindasan atau kezaliman, walau apa namanya adalah salah disisi ugama dan nilai kemanusiaan.

    ReplyDelete
  11. kalo tanya pada menteri perumahan dia akan jawap, buat apa duduk dlm rumah, duduk la dlm khemah

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau saya, akan minta khemah dari dia .. hehe

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.