Tadi semasa duduk menunggu khutbah disampaikan, saya ternampak ada satu benang terjulur kat baju saya. Saya tarik, tarik dan tarik. Akhirnya ia terlepas bersama dengan sebuah butang baju yang saya pakai. Saya pun memerhati dan mencari di mana butang itu mendarat, tapi tak nampak kelibatnya.
Harga butang tu taklah mahal mana tapi dari pengalaman lalu, adalah agak sukar untuk membeli butang yang punya bentuk dan warna yang sama. Bahkan belum pernah lagi saya dapat membeli butang yang serupa dengan butang sedia ada. Kalau digantikan tempat yang kosong, nampak tak cantik.
Selepas mata melilau beberapa ketika, saya pun putus harapan. Mungkin ia telah tersepak oleh lepas seorang seorang jemaah yang memenuhi setiap ruang kosong di dalam masjid. Lalu saya berkata dalam hati ..
"kalau nak jumpa, jumpalah".
Selepas sembahyang Sunat Ba'diyah, saya pun beredar menuju ke pintu masjid untuk segera keluar kerana saya tak mahu anak saya menunggu lama di kereta di tengah-tengah panas terik mentari.
Tanpa saya duga, saya terlihat butang itu terletak di atas permaidani beberapa saf di belakang saya. Tadi saya cuma mencarinya dengan pandangan mata di hadapan dan di kiri kanan saya sahaja. Rupanya dia telah terlepas ke belakang.
Inilah gambar butang yang saya maksudkan itu.
Dari peristiwa ini, tetiba sayang teringat akan usaha mencari kapalterbang MH370 yang masih belum dijumpai itu. Kalau Allah hendakkan kita menjumpainya, maka terjumpalah.
Assalamualaikum,
ReplyDeleteBetul tu pakngah...bila Allah mahu kita jumpa, maka, jumpalah. Kalau dah takdirnya tak akan jumpa, tawakal ajelah kita untuk fikirkan setiap hikmah itu.
Ada masa Allah berikan kita ujian untuk kita lebih hargai hidup ni...
Alaikumsalam Anyss.
ReplyDeletebetul sangat cakap awak tu .. dah hilang pulak dah kat rumah. Grrrrr ..
laaa...hilang jugak ke? elok tukar yolah sumo sekali..pueh hati :D
ReplyDeleteDah jumpo jahitlah balik ..
DeleteTetiba teringat skrip butang baju abang mana pah...
ReplyDeleteCerita Madu Tiga kan ?
DeleteTERBAIK.. NASIB JUMPA.. KALAU TAK, MUNGKIN BAJU TU PON TAK DIPAKAI LAGI..
ReplyDeleteAkan dipakai juga walaupun butangnya tak serupa.
DeletePak Ngah, simbolik tetap ada...
ReplyDeletedalam lautan Hindi, kapal terbang sebesar butang baju pak ngah dah jumpa....
wallahualam.
Simbolik dan bermetafora ..
DeleteAssalam PakNgah....butang lain walau tak serupa dipakai juga...asalkan baju dapat ditutup dan tidak terbuka....betul dak ^^,
ReplyDeleteBetul .. walau sorang hindu sorang cina. Hehe.
Delete