Sunday, March 9, 2014

TERKENANG SEMASA DULU 83 - NEW ORLEANS, LOUSIANA - 1984.

Saya pergi naik kapalterbang dari Washington D.C ke beberapa buah bandar di selatan USA atas urusan rasmi. Bila sampai kat airpot (dah lupa nama) saya sewa kereta, kemudian pergi ke tempat-tempat tujuan. 

Bila nak balik, saya tinggalkan kereta kat aiport yang lain bukannya airpot tempat saya mula-mula turun tadi. Tentulah kat cawangan syarikat sewa kereta yang sama. Mudah kan?

Kat Malaysia boleh ke buat cam itu ? Contohnya dari KL  turun kat airport di Kuala Terengganu. Kemudian sewa kereta kat situ dan selepas digunakan beberapa hari kita tinggalkan kat syarikat cawangannya di airport Kota Baharu? 

 

Gambar 1: Di belakang tu kelihatan kapal persiaran sedang menunggu penumpang.
.

Gambar 2: Kapal persiaran untuk belayar di sungai Mississippi - sungai yang terpanjang di dunia.
 

Gambar 3: Kuda tu macam cakap ..  "naiklah .. tunggu  apa lagi".


 Gambar 4: Inilah kereta yang saya sewa itu. Tak tahulah ada kena saman had laju atau tidak .. hehe. Perasan tak, nombor plet kereta belah depan tak ada ?

Pengalaman memandu di sana sungguh menyeronokan (kecuali kalau dalam salji)  kerana umumnya semua pemandu adalah sangat berhemah. R & Rnya banyak dan sangat bersih. Keduanya yang lebih menggembirakan,  tak ada tol walaupun jalanraya dan jambatannya luas serta disenggara dengan elok sekali.




13 comments:

  1. Pakngah jawab apa pada kuda tu?

    ReplyDelete
  2. KAT MALAYSIA PON ADE TOL FREE PAK.. BILA NAIK MOTO.. :)

    ReplyDelete
  3. Ubiquitos.. cepat dan mudah.. =)

    ReplyDelete
  4. Lama betul tak bukak blog. Uncle tak pernah tak rajin nak update.
    Hehehe.
    P/s : saya masih belom kawen pun. Hehehe

    ReplyDelete
  5. Salam uncle.
    Lama tak bukak blog.
    Uncle tak pernah tak rajin nak update kan.
    Dari dulu. Hehe.

    p/s : saya masih tak kawen lagik pun sampai sekarang. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. jawapannya ada dalam entri pada hari ini - 15/3/2014.

      Delete
  6. ada..www.hawkrentacar.com.my
    saya pernah guna khidmat mereka..tp return di tempat yg sama.
    tapi saya ada baca review expat yang ambil di tempat lain dan return di tempat lain, mcm pengalaman tuan di u.s

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.