Kadang-kadang ada perkataan yang selama ini kita rasa sama sahaja maksudnya dengan perkataan lain. Contohnya perkataan betul dan benar.
Memang betul pada kebanyakan masa maksudnya adalah sama tetapi maknanya jadi berlainan bahkan boleh menjadi bertentangan kalau dibuat penambahan di awal dan di hujung perkataan tersebut. Mari saya berikan contoh.
1. Sama
1.1 Dia bercakap betul.
1.2 Dia bercakap benar.
2. Berlainan.
2.1 Dia telah mendapat kebenaran untuk memancing di kawasan larangan itu.
2.2 Dia telah mendapat kebetulan untuk memancing di kawasan larangan itu. (Ada ke perkataan macam ni ?)
3. Berlawanan.
3.1 Ustaz Kudin membenarkan bacaan Quran Lobai Salleh
3.2 Ustaz Kudin membetulkan bacaan Quran Lobai Salleh.
Jadi gunakanlah perkataan betul atau benar pada tempat yang betul.
Benar tu pak ngah...kalau perkataan tak betul, maknanya lari kan?? :)
ReplyDeletekalau bukan Melayu tersalah bolehlah kita fahami .. jadi kita elakkan dari berbuat salah.
Deletebetul tu tuan. kena gunakan dengan betul ditempat yang sepatutnya.
ReplyDeletesekarang ini makin lintang pukang saya tengok . terutama sejak 'bahasa' SMS digunakan.
Deletesaya pun kadang2 tak paham bahasa sms ni tuan. perkataan tu kalau boleh nak letak satu huruf je. kadang-kadang dok tanya balik ko cakap apa...
DeleteMungkin elok diadakan daftar perkataan SMS yang seragam.
Delete