Tuesday, April 7, 2015

MARI BELAJAR BAHASA NEGERI SEMBILAN: PELAJARAN 7.



Bersambung dari entri ini.

PELAJARAN 7
. Menghilangkan bunyi huruf 'l' di hujung perkataan.


Orang N9 juga saya perhatikan tidak membunyikan atau tidak menekankan bunyi huruf 'l' yang berada di hujung perkataan. Akan tetapi kalau nak bunyikan pun saya rasa tak ada masalah, tapi janganlah tebal sangat.

Contoh:


bedal > boda
gumpal > gumpa
handal > handa
kapal > kapa
madal > mada
mahal > maha
pangkal > pangka
pintal > pinta
tebal > toba
tungkal >tungka

Pengecualian: Perkataan 'kawal' tetap kawal bukan 'kawa' dan 'bebal' bukan 'boba'. Saya tak pasti perkataan 'sundal' tukar jadi 'sunda' ke tidak kerana perkataan sunda tu turut dipakai pada nama sebuah pulau di Indonesia.


4 comments:

  1. menarik ni.. boleh main hilang2 pulak yer.. x perasan pulak ..hehehe. tak ramai kwn org nogori.. kalau ada pun , diorang x cakap dah..semua ckp kl..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang cakap Nogori makin kurang digunakan sekarang ini .. cuma diucapkan sesama orang nogori yang tinggal di kampung2. banyak istilah lama yang makin pupus.

      Delete
  2. Menarik sungguh loghat2 dalam negara ni kan Pak Ngah? kalau cakap sebiji-sebiji macam ni masih boleh difahami tapi kalau cakap laju2 mesti Nurul pun ternganga je dibuatnye.. hehe.. Madal tu ape ea?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang begitulah .. Pak Ngah pun kalau orang negeri lain cakap yang pekat2 tu .. contohnya Kelantan, pun susah nak faham.

      Madal tu maksudnya tak cerdik.

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.