Saya berpindah duduk di Perlis pada 25/3/2014 kerana menemani Mak Ngahnya menjaga bapanya yang sangat uzur. Cerita lanjutnya ada DI SINI. Dua orang anak saya (Ifa dan Iqal) yang masih bersekolah menengah juga saya pindahkan ke sini. Hari ini adalah hari terakhir kami berada di negeri Perlis yang indah dan permai ini.
Dari masa ke semasa saya ada update blog saya dengan cerita-cerita saya duduk di Perlis. Entri yang ini bolehlah dianggap penyudah atau kesimpulan pengalaman saya tinggal di Perlis.
Banyak kenangan manis dan ada juga yang sedih atau kurang enak sepanjang tempoh saya tinggal di negeri ini selama kira-kira satu tahun delapan bulan. Saya mulakan dengan kisah sedih atau kurang enak dahulu. Tak banyak, cuma dua sahaja.
Gambar 1: Ayah mertua saya pergi buat selama-lamanya pada 19/2/2015. Inilah pusara tempat bersemadinya arwah bapa mertua saya. Semogo rohnya tenang di sana bersama-sama roh para solihin. Di pusara inilah juga arwah isterinya atau arwah ibu mertua saya turut bersemadi.
Gambar 2: Satu peristiwa yang kurang enak pula ialah bila Makngah terlibat dengan kemalangan pada 15 Januari 2015. Itulah pengalaman pertama dia dan juga saya menguruskan kenderaan yang ditimpa musibah. Saya anggap ini adalah musibah kecil untuk mengelakkan musibah yang lebih besar.
Seterusnya saya nak cerita pulak perkara yang indah-indah dan baik-baik pula.
Seterusnya saya nak cerita pulak perkara yang indah-indah dan baik-baik pula.
Gambar 3: Betullah apa yang dicoretkan dalam Utusan Malaysia bertarikh 26/1/2015 ini. Memang Perlis negeri yang indah khabar dan rupa.
Gambar 4: Inilah Sungai Santan yang terletak selang dua buah rumah dari rumah saya tinggal. Pada musim mengail ikan, ramai orang kampung terutama wanita memancing ikan di sungai ini.
Gambar 5: Di tebing Sungai Santan yang dibarisi pokok-pokok jati ini juga merupakan laluan jogging saya di kala ada mood dan kesihatan mengizinkan.
Gambar 6: Berurusan
dengan Jabatan kerajaan juga cepat. Terbaru saya ada update status saya di fesbuk tentang pengalaman buat paspot anak perempuan saya seperti cetakan skrin di atas.
Gambar 7: Untuk mendapatkan tempat
letak kereta juga tidak sulit. Contohnya saya dapat meletak kereta
betul-betul di hadapan sebuah bank dan ada dua petak lagi yang masih
kosong. Masa itu saya ingat lebih kurang jam 10 pagi. Tak perlu berpusing-pusing mencari tempat letak kereta dan letak pun percuma.
Gambar 8: Saya sudah tentu akan miss capati daging yang secukup rasa. Kerap juga kami minum pagi di sini kerana harganya yang munasabah, layanan yang mesra dan cepat di samping rasanya sentiasa berada dalam jangkaan saya.
Gambar 9: Umumnya harga makanan di sini secara relatifnya lebih murah dari Seremban. Tapi ada juga kueh atau masakan kegemaran saya yang tidak ada jual di sini dan kalau ada pun rasanya tidak sama.
Gambar 10: Sesi belajar mengaji al-Quran pasti akan terlekat di ingatan saya kerana saya mendapat beberapa ilmu baru yang sebelum ini tidak saya ketahui. Kelasnya diadakan selepas sembahyang Isyak' di masjid. Murid-muridnya kurang dari 10 orang walaupun jemaahnya hari Jumaatnya mencecah 3-4 ratus orang. Biasalah.
Gambar 11: Anak bongsu saya Haiqal (di kiri sekali) dengan sebahagian dari kawan-kawan sedarjahnya. Tetapi selepas hampir dua tahun tinggal di sini, dia masih tidak pandai cakap Perlis.
Gambar 12: Pengalaman banjir selama kira-kira seminggu yang mengganggu sedikit keselesaan hidup saya. Kereta saya terpaksa ditumpangkan di rumah jiran di kawasan yang lebih tinggi. Pernah Menteri Besar Perlis datang melawat mengharung air menghantar bantuan bahan makanan kepada kami. Segan juga nak terima tapi kami terima juga sebab tak nak mengecilkan hati dia yang susah payah datang.
Gambar 13: Inilah gambar hadapan rumah saya yang walaupun kecil berbanding dengan rumah yang lebih besar, tetapi saya cukup seronok dan selesa tinggal di sini sejak berpindah dari kuarters di Putrajaya kira-kira 10 tahun lalu
Gambar 14: Ini pula gambar belakang rumah saya di Seremban - pandangan dari bilik tidur saya. Seronok duduk di sini kerana angin dari Bukit Putus bertiup tidak putus-putus.
Video banjir yang sempat saya rakam betul-betul di depan rumah saya. Macam pesta muda mudi.
Gambar 15: Kebetulan hari ini 13 Disember adalah hari ulang tahun kelahiran Ifa anak perempuan bongsu saya. Selamat ulangtahun kelahiran Ifa. Semoga menjadi anak yang solehah.
Dia baru selesai menduduki peperiksaan SPM pada 7hb yang lalu. Ayah doakan Ifa beroleh kejayaan dalam peperiksaan tersebut untuk mara ke fasa seterusnya yang lebih mencabar.
Tentunya pembaca boleh meneka yang mana satu anak saya. Dia tu tidaklah rendah sangat tapi mat dan mek saleh tu yang tinggi sangat.
Gambar 16: Saya tidak mampu menipu perasaan. Sebagai seorang atuk, saya sangat teruja untuk bertemu dengan ke empat-empat cucu saya ini dan seterusnya bersama-sama dengan mereka seperti sebelum ini.
Sekejap lagi saya akan bergerak balik ke Seremban. Saya memohon dari anda semua yang membaca coretan ini agar sudi apalah kiranya mendoakan keselamatan perjalanan kami sehingga sampai ke destinasi. Terima kasih banyak-banyak. Lepas ini saya akan mula bersiaran dari Nogori Sembilan pulak. Insyaallah.
kacak anal lelaki pakngah tu...ikut makngah ke pakngah ?
ReplyDeleteselamat berangkat kembali ke N9.semoga selamat dalam perjalanan .
Esok saya pula nak menuju ke utara....
masa sekarang rupa dia ikut makngahnya .. dah tua nanti barangkali ikut rupa pakngah.
DeleteTakziah dan AlFatihah untuk arwah bapa mertua.
ReplyDeleteterima kasih
DeleteSelamat kembali ke Seremban bersama ingatan dan kenangan yang pastinya mekar di fikiran.
ReplyDeleteSemoga perjalanan kembali dan perjalanan hidup seterusnya dipermudahkan Ilahi.
terima kasih kerana mendoakan ..
Deletebebila rindukan Perlis boleh lagi berkunjung ke sana kan... saya tak pernah ber holiday di perlis lagi.. lalu dan singgah sesekejap tu ada la.. selamat bermastatutin semula di Senawang.
ReplyDeletekalau dekat, mungkin setiap bulan saya pergi.
DeleteKelebihan-kelebihan Perlis dari sisi positif itulah yang hendak saya nyatakan apabila tuan bercadang balik semula ke Seremban tetapi tidak tertuliskan.
ReplyDeleteBoto lah ujan omeh di noghoghi oghang, omeh lai noghoghi sendighi...
Kelebihan-kelebihan Perlis dari sisi positif itulah yang hendak saya nyatakan apabila tuan bercadang balik semula ke Seremban tetapi tidak tertuliskan.
ReplyDeleteBoto lah ujan omeh di noghoghi oghang, omeh lai noghoghi sendighi...
saya anggap Perlis itu sebagai negeri sendiri.
DeleteWah murah harga makanan di perlis. Semuga selamat perjalanan Pak Ngah balik ke rumah sendiri.
ReplyDeletebandingkan dgn Seremban, Pak Ngah rasa umumnya 40% lebih mahal.
DeleteHappylah uncle dapat bemanja balik ngan cucu.harap lepas uncle pindah balik ke seremban angin rajin update blog semakin bertambah macam angin dari bukit putus tu.
ReplyDeletesetakat ni belum berkesempatan nak buat entri baru lagi .. banyak benda yg belum selesai.
Deletesalam pak ngah..cantiknye perlis..di sana makanan murah2..selamat kembali ke senawang pak ngah..
ReplyDeletesalam kembali. memang pak ngah missed keindahan dan makanan Perlis.
DeleteSalam tuan, kedai capati tu kat area mana. Hujung tahun ni nak ke langkawi dan memang kami akan bermalam di perlis masa balik. Perlis dengan Nogori tak jauh. Bila rindu2 boleh ke perlis
ReplyDeletekedai itu bertentangan dengan balai polis Beseri .. tak boleh miss punya.
DeleteAssalam Pak Ngah. Saya baru je berblog balik. Bertahun lupa paswed.. Perlis satu negeri yang saya tak pernah jejak kaki. Mungkin satu hari nanti nak jugak ke Perlis.
ReplyDeletealaikumsalam. Cubalah jejak masa musim buah harum manis nanti .. pasti terpikat.
DeleteAssalamualaikum Bang, semuga senantiasa dilindungi Allah dan selamat dalam perjalanan ke Seromban.... In Shaa Allah...aaminnn...
ReplyDeletealaikumsalam. terima kasih atas doa itu. dah pun selamat sampai.
DeleteSalam Pak Ngah....sireh pulang ke gagang...gitu kut perumpamaanya...moga Pak Ngah dan keluarga sentiasa gembira walau dimana berada...dan rajin rajin update blog ye sebab saya suka baca :-)
ReplyDeletesalam kembali. terima kasih kerana suka baca blog Pak Ngah.
DeleteAssalamualaikum..
ReplyDeleteMoga uncle dan makngah selamat smpi seremban ye. Tiap kali lalu sana pasti sy ingat rumah uncle kat situ. Dah nk balik semula pun..
Cantik tempat laluan uncle jogging tu, dan tempat mengail ikan tu pun mengujakan. X pernah sy bertandang ke tempat mcm tu. takda kenalan atau saudara yg ada kg mcm kg makngah tu
alaikumsalam. Bolehlah singgah bila lalu area rumah uncle nanti.
DeleteSayangnya tak dan nak berjerembab pak ngah dah balik negeri...Sunggoh benar,Perlis bila dah mai duduk susah rasa nak tinggai.Santai dan permai.
ReplyDeletebetui tu .. Perlis santai dan permai.
DeletePerlis yang permai dan mempersona...bangga saya jadi anak Perlis. Orang Perlis hemoi2 belaka!
ReplyDeletememang hemoi2 .. tapi saya kadang tak faham kalau depa sembang sesama depa.
DeleteSaya mmg suka ke perlis..lebih2 lg pd hari minggu, jlnraya lenggang sekali dibandar kangar..agaknya penghuni rumah suka lepak dpn tv tgk melodi..hihi
ReplyDeleteNk lihat byk kereta dan org ramai, kn pi padang besaq di hari minggu.
kat sini banyak jalan pilihan utk ke sesuatu tempat .. tu sebab payah nak sesak.
Deleteselamat kembali ke seghomban pak ngah.
ReplyDeletetakpelah tak dapat capati pegheleh... nanti pakngah pekana capati stediem STAR of paroi plak yek.
oh ada jual capati kat situ ya .. nanti pak ngah pi cari.
DeleteTakde cerita harumanis?
ReplyDeletemusimnya belum sampai ..
Deletebila baca entry mi, pastinya pakngah dah ada kat n9, selamat menjalani kehidupan seperti sediakala di rumah sendiri.....rumah perlis pastinya jadi 'homestay' bila pakngah ke sana :)
ReplyDeleterumah kat Perlis saudara sebelah rumah tolong tengok2kan .. bila balik Perlis tak perlulah duduk hotel.
DeleteSelamat kembali ke seremban pak ngah!
ReplyDeleteterima kasih ..
Deletehi, menarik entri ni.. done follow, follow me back :)
ReplyDeletedah .. tk kerana sudi follow.
DeleteAssalamu'alaikum Pak Ngah.. dah berpindah ke Nogori la nampaknye sekarang ini.. rumah yang ade pokok mangga kat depan tu ke? hehee.. semoga Pak Ngah dan keluarga sentiasa sihat walafiat dan ceria2 selalu.. in shaa Allah :)
ReplyDeleteAlaikumsalam. Betul .. rumah tu lah. Sekarang ni mangga tu ada buahnya 3 biji. 2-3 minggu lagi bolehlah petik, kalau tak diambil orang.
DeleteSaya baru sekali ke Perlis, itupun masa adik perempuan saya berkahwinm di sana..
ReplyDeletemusim harum manis nanti pergilah ziarah adik di sana ..
Delete